Perlawanan dengan ikan haruan tidaklah terlalu mencabar seperti spesies snakehead lain seperti toman namun beberapa tips perlu anda ketahui untuk memburu spesies berkepala ular ini.

 

Walaupun anda baru dengan teknik casting percayalah bahawa memburu ikan haruan adalah sangat mudah asalkan lubuk yang diterjah tersebut memang ada ikan haruan.

 

Panduan Penuh Pancingan Haruan Untuk Pemancing Baru!!

 

Memburu ikan haruan tidak secerewet memancing spesies ikan lain. Antara yang perlu dititik beratkan semasa ingin memancing ikan haruan adalah mengenal pasti lubuk ikan haruan.

 

IKLAN

Ikan haruan lazimnya mudah didapati di mana-mana parit terutamanya berdekatan dengan sawah padi dan juga di kebun kelapa sawit.

 

Kebiasaannya lokasi seperti ini memang menjadi tumpuan mudah kaki casting. Buat karauan 4-5 kali pada sesuatu tempat pada dan jika anda pasti ada ikan di situ buat karauan pada tempo yang berlainan bagi memujuk ikan haruan menyambar umpan anda.

 

Panduan Penuh Pancingan Haruan Untuk Pemancing Baru!!

 

IKLAN

Ikan haruan juga gemar berada pada sesuatu spot seperti di sebalik dahan pokok yang tumbang, atau di bawah rimbunan pokok yang mempunyai samai dibawahnya.

 

Umpan-umpan pilihan

 

Tidak dinafikan sama sekali bahawa katak adalah sinonim dalam pancingan ikan haruan. Ini kerana, katak adalah makanan kegemaran haruan selain daripada anak ikan. Tidak disangkal katak hidup merupakan umpan pilihan utama.

 

IKLAN

Namun jika anda tidak menyukai katak atau tidak menggemari menggunakan umpan hidup anda boleh menggunakan alternatif lain yang banyak berada di pasaran sekarang seperti jump frog, katak getah (soft frog), soft plastic, spoon, spinner, dan gewang yang mempunyai warna dan bentuk seperti anak ikan.

 

Panduan Penuh Pancingan Haruan Untuk Pemancing Baru!!

 

Lain tempat lain ragamnya. Seperti spesies ikan lain, adakalanya ikan haruan juga memilih. Ada tempat yang mana umpan tiruan langsung tidak diendahkan oleh ikan haruan.

 

Namun secara amnya ikan haruan tidak terlalu memilih umpan. Ini kerana haruan gemar menyambar apa-apa sahaja yang melalui kawasannya. Dengan sedikit pergerakan sahaja ikan haruan sudah mula menimbulkan minat.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI