Aktiviti memancing ikan belida mempunyai tarikan dan peminat yang tersendiri. Kekuatan ketika pertarungan serta bentuk menarik ikan ini menaikkan nilai giant featherback sebagai salah satu ikan air tawar yang wajar diberikan pujian. Beberapa kaedah pancingan boleh dicuba untuk cuba memperdaya spesies ini.

 

Antara teknik yang boleh diaplikasi termasuk pancingan dasar, pancingan menggunakan pelampung, casting serta teknik trolling. Ikan belida mampu mencapai berat sehingga 25 kilogram dengan panjang ukuran badan sehingga 1.5 meter. Tidak hairanlah ikan ini mampu menarik perhatian kaki pancing untuk diletakkan dalam senarai ikan wajib dipancing.

 

Panduan Penuh Menjerat Ikan Belida Sungai

 

Dalam pancingan ikan belida, ketika sambaran berlaku pemancing harus bersedia kerana belida akan melakukan aksi lompatan ke belakang deras yang penuh karisma bagi cubaan menanggalkan mata kail.

 

Ketika ini, pemancing harus memastikan tali utama sentiasa dalam keadaan tegang ketika lompatan dibuat. Selain itu, ketika pendaratan juga, pemancing tidak boleh alpa kerana belida sering melakukan henjutan akhir tatkala telah hampir ke tebing atau ketika cuba disauk menggunakan jaring.

 

Panduan Penuh Menjerat Ikan Belida Sungai

 

IKLAN

Ikan belida juga jarang memberikan kerjasama ketika pengendalian setelah dinaikkan. Biasanya ikan ini akan terus menggelepar sehingga kepenatan. Jika anda mahu melepaskan kembali, pastikan anda kendalikan dengan cermat. Pastikan juga ikan ini mendapat tenaga secukupnya sebelum dilepaskan semula dengan menghayun

 

ikan ini ke depan dan belakang untuk beberapa minit sehingga ekornya beralun dan dapat memegang badannya di dalam air.

 

Waktu terbaik untuk memancing belida ialah awal pagi dan juga lewat petang. Selain itu, mungkin anda mahu mencuba ketika waktu lepas hujan kerana belida juga gemar keluar memburu selepas waktu hujan.

 

Panduan Penuh Menjerat Ikan Belida Sungai

 

Umpan

IKLAN

 

Untuk memancing ikan belida, teknik dasar atau pelampung boleh digunakan. Jika menggunakan kaedah pelampung anda boleh menggunakan cacing atau udang hidup sebagai umpan utama.

 

Selain itu, anda juga boleh menggunakan ikan kecil sebagai umpan. Teknik pancingan dasar juga merupakan salah satu teknik paling efektif untuk pancingan belida. Umpan yang boleh digunakan termasuk cacing, ikan seluang, ikan puyu, ikan lampam serta ikan sepat.

 

Panduan Penuh Menjerat Ikan Belida Sungai

 

Jika menggunakan umpan, pastikan anda menggunakan perambut yang halus diameternya kerana belida antara ikan yang agak sensitif. Spesies ini akan meluahkan semula umpan yang diambil jika merasakan terdapat tegangan pada perambut.

IKLAN

 

Gewang

 

Selain penggunaan umpan, penggunaan umpan tiruan juga efektif menjerat pemangsa nokturnal ini. Penggunaan gewang minnow yang kecil, spinner serta sesudu mampu untuk memperdayakan belida untuk menghentam gewang yang digayakan.

 

Panduan Penuh Menjerat Ikan Belida Sungai

 

Kaedah mengilat boleh digunakan dengan variasi karauan yang pelbagai. Namun oleh kerana kawasan lingkungan teknik mengilat agak terhad, mungkin anda boleh mencuba kaedah trolling.

 

Kebanyakan belida tumpas dengan teknik trolling kerana lingkungan kawasan yang boleh dilalui oleh gewang anda lebih luas. Belida tidak akan teragak-agak untuk membaham gewang anda jika gewang anda lalu di hadapannya.

 

Panduan Penuh Menjerat Ikan Belida Sungai

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI