Warna lazim adalah skema terang seperti fire tiger, merah dan oren. Warna natural dan transparent juga begitu efektif untuk digunakan di sini semasa matahari telah semakin meninggi.
Ads
Waktu ini, penggunaan gewang selaman, suspending dan sinking lebih praktikal terutamannya Storm flutterstick, Lucky Craft wander dan Smith pannish. Penggunaan soft plastic dan clouser spinfly yang diikat pada pemberat juga antara yang popular digunakan bagi memujuk PB yang berlegar jauh di bahagian dasar lombong.
Ads
Ads
Satu lagi kaedah yang efektif untuk diaplikasikan di sini adalah teknik tundaan menggunakan gewang selaman dalam. Antara spesies lain yang biasa didaratkan dengan menggunakan teknik ini adalah belida, toman, baung dan juga tapah.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Admin banyak menerima soalan dalam inbox Facebook Majalah Umpan berkenaan umpan yang sesuai untuk memancing di sangkar ikan, kelong dan rumah rakit. Pada awalnya admin ingin beri maklum balas secara langsung di segmen tersebut, tetapi berubah fikiran untuk berkongsi di ruangan ini agar ia dapat disebarkan dengan lebih meluas.
Sama ada port memancing di sangkar ikan, rumah rakit dan kelong… ketiga-tiga port memancing ini berkongsi perairan yang sama.
Lazimnya ketiga-tiga port memancing ini didirikan di kawasan muara atau persisir laut perairan air masin. Oleh yang demikian, kesemua cadangan umpan terbaik yang admin sediakan ini sesuai digunakan.
Udang (hidup dan mati), umpun-umpun serta apollo merupakan umpan dan barang yang bawa jika memancing di sangkar ikan, rumah rakit dan juga kelong. Anda juga boleh bawa umpan alternatif lain seperti ikan dan sotong untuk dijadikan umpan potong atau hirisan.
Sama ada udang hidup atau mati merupakan umpan terbaik untuk target ikan gred A atau bersaiz besar.
Boleh dikatakan hampir semua spesies ikan muara atau persisir pantai menjadikan udang sebagai sumber makanan utama. Sebaiknya bawa udang hidup kerana walaupun sudah mati ia masih terbaik untuk dijadikan umpan segar.
Umpun-umpun terutamanya umpun-umpun sarang merupakan umpan terbaik untuk spesies tak bersisik seperti sembilang, duri, ketuka atau pari.
Ikan-ikan ini sememangnya spesies yang sering ditemui di kawasan port memancing ini. Selain itu ikan-ikan gred A juga turut membaham umpun-umpun jika ditemui. Malah admin sendiri pernah menaikkan siakap 6kg menggunakan umpan umpun-umpun sarang di kelong.
Apollo terutamanya bersaiz kecil (4-8) perlu dibawa kerana ia boleh digunakan untuk mencari umpan ikan hidup seperti bilis dan tamban.
Kedua-dua ikan ini merupakan umpan terbaik jika digunakan ketika hidup atau masih segar. Malah apollo juga boleh digunakan sebagai teknik perambut.
Dengan meletakkan umpan pada mata kail apollo, anda berpeluang untuk memancing ikan gelama, bebolos, daun baru dan sebagainya.
Mengilat atau casting haruan agak mudah kerana haruan gemar kepada benda bergerak. Namun, sekiranya anda menemui spot yang dikenal pasti ada haruan tetapi tiada sebarang aksi sambaran, tip berikut boleh dicuba.
Cara-Caranya:
Lontar gewang dan buatlah karauan laju tiga hingga empat kali. Kemudian ubah kepada karau perlahan sambil melakukan henjutan pada gewang secara perlahan. Cara ini adalah untuk menarik perhatian haruan pada gewang yang digunakan. Gaya persembahan gewang perlu dipelbagaikan dan tidak statik pada satu gaya saja.
Sekiranya menggunakan jump frog atau soft frog, selang-seli kadar karauan sambil mengenjut gewang yang digunakan. Ada ketika haruan mengambil sedikit masa memerhati gewang sebelum menyambar.
Seterusnya lakukan karauan perlahan kemudian berhenti dan biarkan gewang pegun seketika. Kemudian lakukan henjutan dan teruskan dengan karauan perlahan.
Jika masih tiada sambaran, tukar pula gewang atau soft frog aksi tenggelam. Karau perlahan-lahan disulami henjutan kecil.
Persembahan gewang untuk memujuk haruan tidaklah semudah menggunakan umpan hidup seperti katak yang terbukti memiliki kelebihan semulajadi. Sekiranya masih tidak ada sambaran juga, bolehlah berpindah ke lubuk lain untuk seketika dan kembali untuk memujuk hingga berjaya.
Sebagaimana yang dinyatakan dalam segmen info spesies ikan telinga gajah, terdapat satu spesies ikan telinga gajah yang makan pancing atau boleh dipancing. Untuk memancing telinga gajah ini kita terlebih dahulu perlu tahu lokasi habitat, kesesuaian waktu, jenis umpan, cara persembahan umpan dan peralatan yang tepat.
Ikan telinga gajah boleh ditemui secara konsisten di kawasan tukun kapal karam, tukun-tukun konkrit yang besar atau struktur tiang konkrit dengan kedalaman sehingga 50 meter. Antara lokasi popular untuk menemuinya ialah di gugusan pelantar minyak, rumah api Pematang Sedepa atau One Phantom Bank dan kelong konkrit seperti Kelong Paradise di Sabak Bernam.
Di Kelong Paradise dan rumah api One Phantom Bank contohnya sudah sekian lama menjadi medan pancingan telinga gajah.
Kesesuaian waktu
Tiada waktu khusus untuk pancingan ikan telinga gajah. Ini kerana ia aktif mencari makan pada waktu siang dan malam. Walau bagaimana pun ia dikatakan lebih sesuai dipancing ketika air kecil dan kurang berarus. Dan lebih agresif memburu makanan ketika air pasang mula berhenti.
Umpan dan persembahan.
Ikan-ikan kecil, krutesia dan alga merupakan diet utama telinga gajah. Maka tidak hairanlah ia memilih lokasi seperti tukun dan struktur tiang-tiangan yang menjadi tumpuan sumber makanan sebagai habitatnya.
Selain udang hidup yang banyak digunakan sebagai umpan, ikan telinga gajah juga boleh dipancingan dengan menggunakan dedak ayam. Malah penggunaan dedak ayam sebagai umpan sudah menjadi trend sejak sekian lama oleh para penggemar telinga gajah.
Peralatan
Kesesuaian peralatan banyak bergantung kepada habitat telinga gajah itu. Sebagaimana diketahui, habitat kegemaran telinga gajah dipenuhi dengan struktur yang menjadi bentang kepadanya untuk menyelamatkan diri.
Justeru peralatan yang berkuasa perlu digunakan. Kekili yang mempunyai kuasa putaran yang tinggi dan mampu menghalang telinga gajah memasuki struktur. Begitu juga dengan joran. Sekiranya joran digunakan lembik maka peluang untuk mendaratkannya adalah rendah.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...