Kalaulah harga joran mencecah ribuan ringgit sekalipun, jika tidak dijaga dengan cermat lambat lain ia akan rosak juga. Jadi pemancing semua, apa kaedah yang anda gunakan untuk memastikan kualiti joran kalian sentiasa dalam keadaan tip top?

Berikut adalah lima tip asas untuk menjaga joran anda, mungkinkah anda menggunakan cara yang berbeza?

 

Rajin Bersihkan Joran

Bersihkan joran sebelum disimpan. Sesetengah kaki pancing suka bertangguh untuk membersihkan joran. Sekiranya anda memancing di air masin, membersihkan joran dengan air tawar dan menggunakan sabun adalah paling utama bagi menjamin ketahanan joran. Terutamanya bahagian guide atau cincin joran. Bahagian ini paling mudah bergaram sekaligus mereputkannya.

 

Jangan Lupa Lap Joran

IKLAN

Sebelum menyimpan joran anda, pastikan ia sudah dikeringkan sepenuhnya. Gunakan kain bersih untuk mengelap joran selepas dibersihkan. Sebaiknya juga ia dibiarkan kering dalam suhu bilik sebelum ia disimpan di dalam almari atau sarung khas.

 

 

Sapu Minyak Pada Cincin

Sapukan minyak pada cincin dan lapkan lebihan minyak. Sekiranya tak mampu nak beli minyak yang mahal-mahal, guna minyak Singer pun boleh. Minyak memainkan sedikit peranan bagi menghalang pembentukan garam atau dijangkiti fungus.

 

Cara Penyimpanan Joran 

Dapatkan beg atau rak khas untuk menyimpan joran atau letakkan joran anda di tempat simpanan yang sepatutnya. Jangan sesekali menyandarkan joran secara condong pada dinding kerana ia akan menyebabkan joran melengkung.

 

Jom like & See First page portal memancing terbaru – www.facebook.com/umpanmania101

 

Jauhi Panas Terik Matahari 

Jika mahu menyimpan joran, pastikan ia tidak terkena panas secara langsung dan bahang panas seperti meletakkannya di dalam kenderaan. Suhu panas berbahang boleh merosakkan joran anda terutamanya joran jenis grafit.