Ikan dengkis tidak dijual secara meluas di pasar basah atau pasaraya. Jika anda ke pasar dan bertemu ikan ini, ambillah sedikit masa untuk untuk memilih ikan yang benar-benar segar. Kesegaran ikan dengkis amat penting agar tidak menjejaskan kualiti rasanya.
Pilihlah daging ikan dengkis yang memiliki warna kulit terang dan cerah sehingga daging terlihat lebih fresh dan segar.
Bila menekan daging ikan dengkis akan terasa kenyal. Kalau tekstur kulitnya tenggelam bermakna isinya sudah lembik dan tidak lagi segar.
Perhatikan keadaan matanya. Mata ikan dengkis yang masih segar cenderung seperti tersembul keluar dan cembung kelihatannya. Kalau dah tenggelam bermakna ia sudah tidak segar lagi.
Ads
Periksa insang dan sirip ikan. Insang ikan yang masih segar juga terlihat berwarna merah dan siripnya kuat tidak mudah dipatahkan.
Setelah memilih ikan untuk dimasak maka langkah selanjutnya adalah proses penyimpanan ikan dengkis jika tidak memasak semuanya sekaligus. Untuk menyimpan ikan yang baik, cara untuk melakukannya adalah seperti berikut:
Ads
Kebanyakan suri rumah menyimpan ikan di dalam ruang sejuk beku peti ais. Penyimpanan ikan di dalam peti sejuk beku memang bagus karena membuatkan ikan kekal awet.
Namun penyimpanan yang melebihi dari 6 bulan sudah tidak digalakkan lagi. Jadi sebaiknya segera dimasak saja jika sudah mendekati tempoh 5 bulan.
Ads
Jika ikan yang di dalam peti sejuk dibekukan maka langkah selanjutnya adalah dengan nyah beku atau mencairkan ikan dengan membiarkannya begitu saja di luar peti sejuk.
Ikan dengkis yang sudah pernah dibekukan maka sebaiknya jangan dibekukan lagi sekali di dalam pei sejuk. Sebaiknya sesudah dikeluarkan dari peti sejuk segera dimasak saja.
Itulah beberapa langkah proses penyimpanan ikan yang baik agar nutrisi di dalam ikan tetap terjaga dan bermanfaat bagi kesihatan kita juga.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Bagi kenderaan di darat penggunaan kilometer per jam adalah sinonim dipraktikkan di negara Asia dan kiraan jarak perbatuan di gunakan di negara Eropah.
Namun kiraan batu nautika bagi kegunaan mengukur jarak dari satu lokasi ke satu lokasi bagi lautan adalah menggunakan jarak batu nautika atau knot mengikut kelajuan sesebuah pengangkutan air.
Ia turut digunakan oleh pengangkutan udara dan juga kegunaan ketenteraan bagi memberi koordinat sesebuah lokasi.
Hubung kaitnya dengan soal hobi memancing adalah adakah kita mengambil tahu setiap jarak yang dilalui untuk menuju ke sesebuah lubuk?
Ramai yang tidak peka tentang jarak ini kerana bagi pemancing segalanya terletak di tangan tekong yang membawa bot.
Bagi pemancing yang peka dan bersikap mengambil tahu biasanya akan membuat sedikit kajian tentang keadaan cuaca, lubuk di sekitar lokasi pancingan dan membuat kajian dalam internet bagi sesuatu trip.
Penentuan jarak ini adalah bagi pergerakan yang lurus dan mungkin akan bertambah sekiranya pengangkutan seperti bot melencongmengelak ombak atau mengelak halangan ketika menuju ke sesebuah lubuk.
Bagaimana menentukan knot dan jarak batu nautika Biasanya bagi kenderaan darat seperti kereta dan motosikal akan mempunyai meter dan sentiasa berpusing mengikut putaran roda.
Bagi pergerakan di lautan pula penggunaan GPS yang merekodkan perjalanan dapat menentukan jarak batu nautika dari jeti ke lubuk memancing ataupun ke lautan lepas.
Kegunaan lain bagi jarak batu nautika ini adalah bagi tujuan keselamatan sekiranya terjadi perkara yang tidak diingini.
Koordinat dan jarak perbatuan nautika ini amat membantu pasukan menyelamat untuk mencari jika bot ditimpa musibah.
Paras air yang turun menyerlahkan banyak tunggul kayu serta reba yang selama ini tenggelam. Struktur-sruktur yang baru timbul ini biasanya sangat padat.
Pancingan menjadi berisiko, hanya mereka yang berani saja yang sanggup melemparkan gewang ke reba sebegitu kerana tahu kebarangkalian gewang untuk putus lebih tinggi berbanding menaikkan ikan.
Ramai yang lebih memilih untuk mensasarkan kawasan yang kurang tunggul-tunggul kayu. Jadi faham-fahamlah jika ikannya kurang.
Ketika paras air rendah juga menyebabkan jarak antara permukaan air dan reba menjadi bertambah rapat.
Kalau air tinggi masih ada peluang nak main ikan, tapi ketika air rendah sekejap saja ikan sudah lekat ke reba. Kebiasaanya strikes itu masih ada tapi dalam 10 kali gewang dirembat ikan hanya beberapa ekor saja yang dapat didaratkan.
Jika diperhatikan ketika air surut, tebing-tebing tanah merah terserlah, keadaan tasik empangan yang luas membuatkan selalu ada tiupan angin yang menghasilkan ombak-
ombak kecil dan ia sentiasa menghempas tebing-tebing tanah merah ini lalu menghasilkan keladak-keladak terampai yang akhirnya akan membuatkan air tasik menjadi agak keruh.
Keadaan ini berlanjutan selama mana musim kering berlangsung. Ikan sukar melihat gewang yang dipersembahkan lantas membuatkan peratusan sambaran kurang.
Keadaan musim kering yang berangin kuat juga salah satu faktor ikan kurang ketika air surut.
Pancingan menjadi sukar kerana kurang konsentrasi pemancing apabila bot sentiasa berubah kedudukan akibat angin, lemparan gewang juga selalu tersasar dari lokasi yang diinginkan akibat tiupan angin terutamanya di tempat toman menimbul.
Permukaan air yang sentiasa berombak menghasilkan biasan dalam air yang mengelirukan penglihatan ikan.
Malah untuk memainkan gewang permukaan terutamanya pencil bait juga tidak secantik semasa air tenang akibat ombak-ombak yang terhasil menjadikan ikan kurang berminat untuk menyergapnya.
Keadaan cuaca yang kering berminggu-minggu membuatkan proses pemeluwapan sentiasa berlaku lantas membuatkan oksigen mudah hilang dari permukaan air. Malah, perimeter permukaan air juga sentiasa panas. Bila keadaan ini berlaku.
Hidupan seni yang menjadi makanan ikan-ikan kecil akan turun ke kawasan yang dalam di mana masih ada lagi kandungan oksigen. Ikan-ikan kecil juga akan berlegar di kawasan yang dalam ini juga untuk mencari makanan.
Sedia maklum lokasi yang dalam ini berselirat dengan reba, jadi ikan-ikan pemangsa menjadi sukar dijejaki kerana ia juga lepak rapat ke reba untuk mengendap ikan-ikan kecil. Keadaan ini bileh juga menyebabkan kita ingat ikan kurang ketika paras air rendah.
Sama ada menebing atau pancingan pantai, pasti ada spesies ikan yang menjadi sasaran utama. Berikut merupakan senarai spesies yang sering menjadi sasaran.
Pari
Tidaklah sama ada pari benting, pari daun atau pari lalat… ia merupakan spesies sasaran utama mana-mana pemancing pantai. Ini adalah kerana daya juangnya yang tidak mengenal erti kalah.
Semakin besar saiz ikan pari yang ditawan, semakin seronoklah cabaran yang diberikan. Selain itu, ikan pari turut menjadi sasaran disebabkan faktor keenakan dagingnya. Umpan yang biasa digunakan untuk memancing pari terdiri daripada udang, ikan dan juga sotong.
Gerong Belang
Gerong belang atau golden trevally lebih mudah dipancing dan menjadi sasaran surfcaster di sebelah Pantai Timur Semenanjung. Di Pantai Barat, spesies ini agak sukar untuk ditemui berikutan faktor geografi dasar pantai.
Gerong belang diminati oleh penggemar surfcasting berikutan pecutan dan tenaganya yang jitu. Sebagaimana ikan pari, ia turut diburu untuk sumber protein dan memiliki daging yang enak. Gerong belang biasanya diburu dengan menggunakan umpan hidup, ikan dan juga sotong.
Ebek
Ebek atau diamond trevally lazimnya akan menghuni kawasan perairan berbatu karang yang mempunyai kedalaman sekitar 20 meter hingga 100 meter sebagai habitatnya. Begitu pun, ebek juvenil lebih bersifat pelagik dan sering berlegar mengikut arus.
Kadangkala ebek juvenil mengikut arus laut sehingga ke kawasan muara atau tepian pantai. Ebek-ebek inilah lazimnya yang diburu oleh para pemancing pantai. Selain ebek juvenil, adakalanya ebek dewasa turut sama berjaya ditawan dan ia dianggap bonus.
Ebek biasanya dipancing dengan menggunakan umpan udang hidup, udang lipan dan turut mengambil umpan hirisan sotong.
Yu kemejan
Spesies campuran yu dari pari ini mampu menghabiskan tali utama sepanjang 200 hingga 400 meter di dalam gelendung kekili milik surfcaster dengan sekelip. Justeru yu kemejan menjadi spesies sasaran utama bagi pemancing pantai yang mendambakan pertarungan yang sengit dan penuh mencabar.
Yu kemejan merupakan spesies yang gemar mendiami kawasan berpasir, berlumpur selut dan kawasan rata yang mendatar. Waktu utama pemburuannya ialah pada waktu malam kerana ia lebih aktif memburu mangsa pada tersebut. Umpan bagi memburu spesies ini lebih kurang sama dengan pari iaitu udang, sotong dan ikan.
Talang
Ikan talang atau queenfish biasanya boleh ditemui di lagun pantai, terumbu dan persekitaran pulau-pulau. Mereka mendiami perairan yang jernih dari permukaan hingga kedalaman 100 meter.
Sementara talang juvenil mendiami kawasan air cetek berhampiran pantai dan boleh memasuki muara termasuk kawasan air payau. Walau bagaimana pun ikan dewasa turut menghampiri pesisir pantai dan sering menjadi sasaran kepada pemancing pantai.
Ikan ini digemari oleh surfcaster kerana aksi akrobatiknya selepas tercangkok mata kail. Ia boleh dipancing dengan menggunakan umpan belanak hidup, udang hidup serta hirisan ikan.
Daun baru
Ikan daun baru atau sicklefish boleh ditemui hampir merata pesisiran pantai semenanjung. Ikan daun baru menjadikan pesisiran pantai berkarang, berpasir dan berlumpur sebagai habitat utamanya.
Walaupun tidak tergolong dalam game fish yang memberikan tantangan hebat kepada pemancing, ia turut tersenarai dalam ikan sasaran penggemar pancingan pantai. Ikan daun baru boleh dipancing dengan menggunakan umpan umpun-umpun, hirisan ikan dan udang.
Sembilang
Sembilang atau gemang merupakan spesies sasaran utama khususnya di bahagian sebelah Pantai Barat Semenanjung yang memiliki pesisir pantai berlumpur. Spesies yang terkenal dengan sirip berduri dan berbisa ini juga mampu melenturkan joran panjang jika bersaiz kasar.
Ia menjadi sasaran utama bukanlah kerana keupayaan pertarungan, sebaliknya lebih kepada hidangan di meja makan kerana keenakan dagingnya. Banyak jenis umpan boleh digunakan untuk memancing sembilang seperti udang, sotong, ikan, umpun-umpun dan kerang-kerangan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...