Jika kita lambat membuat hook-up pasti akan tersangkut di batu karang. Ketika ini perlu banyak bersabar menunggu agar ruby kembali keluar dari celah-celah batu karang. Sebab itulah disaran menggunakan perambut jenis apollo yang berkekuatan 150 lb agar tidak mudah putus.
Batu ladung yang beratnya hingga mencecah 2 kg itu jangan pula tersangkut kat mana-mana lubang karang, kalau tidak puaslah menarik untuk memutuskannya. Bayangkan sendiri untuk memutuskan tali pancing sejauh lebih 200 meter di dalam air.
Ads
Oleh demikian ada baiknya gunakan swivel kecil sebagai penyambung atau jambatan agar batu ladung tadi putus dan ikan dapat dinaikkan. Apalah sangat nilai batu ladung dengan si ruby yang merah menyala tu kan.
Kebiasaannya ruby akan menyerah kalah apabila perlawanan hampir ke separuh kedalaman air. Tekanan yang kuat daripada kekili elektrik akan menyebabkan gelembung udaranya keluar melalui mulut dan ia akan semakin lemah.
Ads
Apabila hampir di permukaan air biasanya ia akan timbul dengan sendirinya seolah-olah seperti ikan hanyut. Ketika ini teruskan mengarau walaupun tali utama kendur dan nampak mangsa yang terapung beberapa meter dari bot kita.
Ads
Kadangkala ia hanyut begitu sahaja apabila mata kail terkeluar daripada rahangnya. Oleh sebab itu gunakan dua mata kail agar lebih selamat. Ketika ini jangan pula ada yu atau jerung yang berkeliaran kalau tidak, pasti di cukainya dengan sekelip mata…!
Untuk memancing ruby snapper umpan hirisan ikan tongkol adalah yang terbaik. Selain itu, sotong segar juga boleh digunakan sebagai alternatif.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Sekiranya anda ke benteng pemecah ombak, terutamanya benteng yang ditambak jauh ke tengah laut, jangan lepaskan peluang memancing di situ.
Ikan apa yang ada kat celah batu? Banyak ikan beb…!
Ada ke kerapu di sebalik batu? Ya, memang betul. Memang kerapu sering menjadikan struktur kawasan berbatu sebagai lokasi mencari makanan malah sebagai rumah persembunyiannya.
Di kawasan tambak berbatu, cari kawasan lubang-lubang yang agak dalam airnya (Untuk mengetahui lubang tersebut dalam atau tidak boleh survey dahulu kawasan tersebut sewaktu air surut dan tandakan kawasan-kawasan yang berpotensi).
Tekniknya sangat mudah. Jika anda terlupa bawa set pancing pun masih boleh memancing kerapu. Apa yang penting hanya perlu ada tali pancing, mata kail dan umpan.
Anda hanya perlu menghulurkan tali dan mata kail berumpan sahaja. Tidak perlu batu ladung. Namun lebih seronok jika ada set pancing.
Jika ingin menggunakan joran, tidak perlulah menggunakan joran pantai. Memadai joran biasa bersaiz 5 hingga 8 kaki. Kekili pula gunalah kekili yang tahan air masin.
Umpan udang kopek paling efektif digunakan. Boleh juga gunakan udang hidup, umpun-umpun dan hirisan sotong.
Apabila menjatuhkan umpan ke dalam lubang batu, mainkan sedikit umpan itu agar ia bergerak-gerak di dalam air kemudian biarkan seketika.
Jika tiada sambaran mainkan lagi umpan itu untuk menarik perhatian ikan.
Jika lama tiada sebarang sambaran ataupun kawasan tersebut telah dikuasai spesies pengacau seperti buntal dan sesirat, anda bolehlah berpindah ke lubang-lubang batu yang lain.
Penting untuk anda sentiasa menjaga joran anda. Ini kerana, apabila sang kerapu menyambar umpan, ia akan terus membenamkan dirinya masuk ke dalam batu.
Jadi untuk mengelakkan kail anda tersangkut ke batu, anda harus segera menyambar joran apabila kerapu menyambar umpan.
Waktu paling efektif memburu kerapu ialah ketika air gerak pasang sehinggalah pasang penuh.
Selain kerapu, ikan-ikan lain seperti semilang, tetanda, siakap, kitang dan bayan juga boleh dieratkan dengan teknik ini.
Peranti Sistem Kedudukan Global (GPS) merupakan alat yang tepat mengira lokasi geografi dengan menerima maklumat daripada satelit GPS. Pada mulanya ia digunakan oleh tentera Amerika Syarikat, tetapi kini kebanyakan penerima berada di dalam kereta dan telefon pintar.
GPS adalah sistem navigasi berasaskan satelit yang terdiri daripada rangkaian 24 satelit ditempatkan ke orbit oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat. Dahulu penggunaan satelit hanya dikhususkan oleh tentera tetapi pada tahun 1980an penggunaan peranti GPS telah dibenarkan penggunaannya untuk orang awam memudahkan urusan seharian mereka.
Adakah ia berguna kepada nelayan dan pemancing? Jawapannya adalah YA. Kegunaan penentuan bagi lokasi lubuk ke lubuk yang terdapat di laut yang cukup terbentang luas boleh di tanda dengan alat ini. Cara nelayan-nelayan terdahulu hanya menggunakan arah angin, awan dan penanda di laut mungkin kurang tepat ke lubuk yang ditandai menggunakan GPS. Teknologi ini telah lama diaplikasikan kepada nelayan tempatan yang telah banyak merubah taraf hidup nelayan dan mampu meneroka lubuk-lubuk yang ada di laut.
FUNGSI KEPADA PEMANCING.
Fungsi GPS tidak terhad kepada laut sahaja bahkan hutan dan pergunungan juga ia boleh digunakan kerana ia menggunakan pancaran satelit. Bagi kaki pancing yang gemarkan keindahan alam semula jadi, penggunaan alat peranti ini mampu membawa pemancing meneroka lokasi-lokasi yang jauh dan sukar dijejaki orang lain.
Ia boleh dijadikan panduan perjalanan di hutan agar tidak sesat. Ia satu alternatif lain kepada penggunaan kompas yang memerlukan peta sebagai bahan rujukan.
Terdapat pelbagai jenis alat GPS di pasaran termasuklah peranti yang dimuatkan di dalam telefon mudah alih yang mampu membantu pemancing untuk sampai ke lubuk-lubuk yang berpotensi dengan mudah.
Setiap alat peranti ini mempunyai kelebihan masing-masing yang ditampilkan oleh pengeluar. Rujuk buku manual bagi mengetahui fungsi-fungsi yang boleh digunakan bagi mengesan kedudukan kita.
Bagi sebuah GPS, ia biasa didatangkan dengan bateri litium atau yang terdapat di kedai namun sebelum digunakan, pengguna dinasihatkan agar sentiasa memeriksa bateri agar dalam keadaan penuh dan mampu bertahan sepanjang trip berlangsung.
Lobster adalah invertebrata dengan kerangka luar yang keras. Seperti kebanyakan arthropoda, lobster harus bersalin kulit untuk tumbuh, yang membuat mereka terdedah kepada bahaya.
Selama proses moulting (bersalin kulit), beberapa spesies berubah warna. Lobster memiliki 8 kaki berjalan; tiga pasang hadapan memiliki cakar, yang pertama lebih besar dari yang lain.
Sepit hadapan juga secara biologis dianggap sebagai kaki, sehingga mereka termasuk dalam Order Decapods (sepuluh kaki).
Meskipun lobster sebahagian besar semitrikal secara bilateral seperti kebanyakan arthropoda lainnya, beberapa genus memiliki penyepit khusus yang tidak setara.
Anatomi lobster meliputi dua bahagian tubuh utama: cephalothorax dan abdomen. Cephalothorax menggabungkan kepala dan thorax, yang keduanya ditutupi oleh karapas chitinous.
Kepala lobster terdiri dari antena, rahang bawah, maksila pertama dan kedua. Kepala juga menyandang mata majmuk.
Berikutan lobster hidup di lingkungan keruh di dasar lautan, mereka kebanyakan menggunakan antena sebagai sensor.
Mata lobster memiliki struktur reflektif di atas retina cembung. Sebaliknya, mata yang paling kompleks menggunakan konsentrator sinar bias (lensa) dan retina cekung.
Thorax lobster terdiri dari maxillipeds, pelengkap yang berfungsi terutama sebagai bahagian mulut, dan pereiopoda, pelengkap yang berfungsi untuk berjalan dan mengumpulkan makanan.
Abdomen termasuk pleopoda (juga dikenal sebagai perenang), digunakan untuk berenang serta kipas ekor, terdiri dari uropoda dan telson.
Lobster, seperti sesiput dan lelabah, memiliki darah biru karena adanya hemocyanin, yang mengandungi tembaga.
Sebaliknya, vertebrata dan banyak haiwan lain memiliki darah merah dari hemoglobin yang kaya zat besi.
Lobster memiliki hepatopankreas hijau, yang disebut tomalley oleh para chef, yang berfungsi sebagai hati dan pankreas haiwan.
Lobster dari keluarga Nephropidae serupa dalam bentuk keseluruhan dengan sejumlah kelompok terkait dengan yang lain.
Mereka berbeza dari lobster air tawar dalam kekurangan sambungan antara dua segmen terakhir thorax, dan mereka berbeda dari lobster karang keluarga Enoplometopidae dalam memiliki penyepit penuh pada tiga pasang kaki pertama, bukan hanya satu.
Perbezaan dari keluarga fosil seperti Chilenophoberidae didasarkan pada pola alur pada karapas.
Lobster hidup di semua lautan, di dasar berbatu, berpasir, atau berlumpur dari garis pantai ke luar batas landas kontinen.
Mereka umumnya hidup sendiri di celah-celah atau di liang di bawah batu. Lobster adalah omnivora dan biasanya memakan mangsa hidup seperti ikan, moluska, krustasea lain, cacing, dan beberapa tanaman.
Mereka memakan bangkai jika terdesak, dan diketahui juga bersifat kanibalisme di dalam kurungan.
Namun, ketika kulit lobster ditemukan di dalam perut lobster, ini belum tentu merupakan bukti kanibalisme kerana lobster memakan kulitnya setelah moulting.
Sementara kanibalisme dianggap tidak ada di antara populasi lobster liar, itu diamati pada 2012 oleh para peneliti yang mempelajari lobster liar di Maine.
Secara umum, lobster memiliki panjang 25-50 cm (10-20 inci, dan bergerak dengan perlahan berjalan di dasar laut.
Namun, ketika mereka melarikan diri, mereka berenang mundur dengan cepat dengan menekuk dan meluruskan perut mereka. Kepantasan 5m/s (11mph) telah dirakam. Ini dikenali sebagai reaksi pelarian karidoid.
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...