Konsepnya hampir sama dengan Hawaiian clip tetapi ia terbentuk hasil daripada teknik pemulasan untuk menambah kekuatan dan membantu pengekalan kili serta gelung penyambung dengan tepat. Ia amat kuat bagi saiz sedemikian dan tentu cepat dan mudah digunakan. Anda boleh tambah kili atau swivel jika mahu. Bagaimanapun ia tidak muat untuk dimasukkan pada lubang seperti jighead kecil, kerana ketebalan wayarnya pada gelung penyambung adalah berganda. Jika titik sambungan melibatkan dawai berdiameter lebih halus daripada speed clip, ia cenderung untuk terselit di antara gelung penyambung kili ini, menyebabkan gewang boleh terlepas keluar. Penambahan gegelung cincin (spilit ring) boleh mengatasi masalah ini.
Kili ini adalah hasil kraftangan dan bentuknya mirip kili kertas, tetapi diperbuat daripada wayar yang lebih kuat dengan beberapa idea yang sangat bijak. Sedikit bengkokan pada hujungnya membolehkan kemasukan gewang dengan mudah. Manakala lengkokan tersudut di hujung satu lagi menghalang gewang dari terlucut. Pertama kali melihatnya saya kagum. Ia amat kuat dan mudah digunakan. Anda boleh boleh tambah kili dengan mudah jika mahu, dan ia boleh disambung kepada apa saja jenis gewang. Walau bagaimana pun kili ini agar sukar ditemui di pasaran.
Ads
Ads
Kili ini diperbuat daripada sebatang wayar halus yang dipulas untuk membentuk system cangkuk berspring bagi menutup kedua-dua hujungnya. Ia merupakan kili yang agak baik dan dipercayai untuk pancingan ringan. Cuma ia diperbuat daripada wayar yang lembut. Oleh kerana ia sangat ringan, ia tidak terlalu mempengaruhi aksi gewang. Ia merupakan antara kili yang banyak digunakan oleh pengilat.
Kili ini sama seperti duolock snap kecuali ia diperbuat daripada wayar berkuatan tinggi dan system penguncinya terletak di atas seksyen wayar yang membuatkan ia lebih kuat dan selamat. Walaupun kili ini didatangi dengan saiz agak kecil, ia diperbuat untuk keperluan pancingan tugas berat yang membuatkannya agak berat. Jadi untuk pancingan ringan, elok gunakan system kili yang lain. Ia merupakan kili pilihan saya untuk apa saja yang memerlukan kili kecil tetapi kuat dan ramai pemancing lain juga.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Tidak dapat dinafikan apabila menyebut umpan ikan kelah maka nama sawit akan pertama sekali disebut. Pada asalnya buah kelapa sawit bukanlah diet asal ikan kelah kerana ia bukanlah pokok hutan di sungai pergunungan. Ia mula menjadi salah satu dietnya apabila ada campur tangan pemancing setelah berpuluh tahun lamanya. Buah kelapa sawit yang menjadi pilihan kelah ialah kelapa sawit yang masak tua atau diperam sehingga lembut terlebih dahulu. Kelapa sawit boleh digunakan mencangkukkan buahnya (dengan biji atau tanpa biji) pada mata kail atau dihiris-dihiris.
Ikan kelah dikenali sebagai spesis ikan yang sangat suka kepada pelbagai jenis buah-buahan hutan. Kebanyakan buah hutan ini berbuah mengikut musim yang berbeza beza. Buah hutan yang paling popular sekali ialah buah neram, buah maris, buah ara, buah perah dan macam-macam lagi. Untuk menggunakan buah-buahan ini perlulah mengikut musimnya. Dikatakan buah merupakan umpan terbaik di antara buahan hutan. Mungkin disebabkan sifatnya yang agak berair dan lembut. Apabila buah ara, neram atau buahan lain jatuh ke dalam sungai, kelah seperti `menggila’ untuk mendapatkan makanan idamannya itu. Buah ini boleh dipotong dadu atau kecil kecil begitu sahaja. Ada juga yang memeramnya, tapi jangan terlalu lama kerana akan menjadi terlalu lembik.
Sebagaimana yang sedia maklum cacing tanah merupakan umpan universal untuk memancing hampir kesemua ikan sungai. Begitu juga jika ingin memancing kelah. Tatkala umpan lain tidak dihiraukan oleh kelah maka beralihlah kembali ke umpan universal ini. Cacing tanah yang paling sesuai untuk digunakan ialah cacing tanah yang digali dari tanah kawasan lubuk. Atau cacing tanah yang digali sendiri di mana-mana lokasi asalkan bukannya cacing yang diternak untuk tujuan komersial seperti yang terjual di kedai-kedai pancing. Cara menggunakan cacing ini pun mudah. Cangkukkan saja seberapa banyak yang mampu pada kail.
Peratusan untuk mendaratkan kelah dengan menggunakan anak ikan dan udang mungkin lebih rendah berbanding menggunakan buah-buahan. Tetapi harus diingat kelah adalah haiwan omnivor. Dikatakan juga warna pada badan kelah berpunca dari dietnya memakan krustasea dan serangga. Anak ikan atau udang ini haruslah diperoleh dari lokasi lubuk pancing yang sama. Malah penggunaannya lebih berkesan jika memancing pada malam hari. Berdasarkan pengalaman pemancing, ada diantaranya berjaya mendaratkan kelah mencecah berat 6kg dengan menggunakan umpan anak ikan.
Mendaratkan ikan kelah menggunakan gewang mungkin peratusan yang rendah tetapi ia bukanlah cakap kosong. Untuk bersua dengan kelah yang menyambar gewang sama ada sesudu, gewang selaman atau permukaan anda perlu ke sungai lubuk dara yang belum diterokai atau sangat jarang dimasuki pemancing. Gewang-gewang dengan warna tertentu seperti warna buah sawit dan dipersembahkan seperti buah-buahan hutan yang gugur berpeluang tinggi akan disambar kelah. Berbanding teknik pancingan menggunakan umpan asli, memperoleh kelah hasil teknik mengilat merupakan satu kepuasan yang tiada tolok bandingnya.
Dalam kategori ikan sungai, puyu agak terkebelakang berbanding ikan keli, patin dan tilapia yang biasa dilihat di pasar.
Ikan yang sering ditemui di parit dan paya ini dianggap kurang berharga dan tidak menjadi rebutan penggemar ikan darat, mungkin kerana saiznya kecil dan kurang isi.
Namun, pandangan tersebut mula berubah apabila ikan puyu diperkenalkan dengan saiz lebih besar malah mampu mencecah sehingga 500 gram seekor.
Ikan puyu semakin mendapat perhatian selepas beberapa usaha dijalankan untuk mengeluarkan hasil lebih bermutu dengan saiz lebih besar selain rasa enak.
Dikenali dengan nama puyu siam, baka baharu tersebut mula memenuhi kolam penternak ikan tawar apabila mendapat permintaan tinggi malah mampu dijual antara harga RM 20 hingga RM 25 sekilogram.
Pada masa kini telah ada teknologi untuk menternak ikan puyu secara komersial dijalankan iaitu dengan cara menggunakan kolam simen atau kanvas dan paling sesuai dalam kolam tanah.
Teknologi penternakan ikan puyu boleh dipelajari melalui kursus penternakan ikan air tawar dianjurkan oleh Jabatan Perikanan atau melalui lawatan pensendirian ke projek ternakan ikan puyu di dalam negara atau luar negara.
Thailand dilaporkan menjalankan penternakan ikan puyu dengan agresif dikawasan sawah padi sebagai sumber pendapatan tambahan.
Penternakan ikan puyu cara moden menggunakan bahan makanan daripada pelet makanan ikan komersial.
Ikan puyu popular dikalangan penduduk di Utara Semenanjung Malaysia untuk dibuat pekasam selain daripada digoreng rangup dan dimakan dengan nasi putih.
Kajian menunjukkan ikan puyu yang sesuai untuk dijual bila saiz ikan sekitar 180 – 250 gram seekor. Jika ikan terlalu kecil atau terlalu besar agak sukar diterima pasaran tetapi yang penting adalah kesegaran dan keseragaman ukuran.
Dimaklumkan ikan ini akan matang dalam masa 120-150 hari bergantung kepada saiz benih, pemberian makanan dan cara pengurusan air.
Sementara itu didapati ikan puyu jantan purata beratnya cuma 150 gram seekor berbanding ikan puyu betina yang bersaiz lebih berat iaitu sekitar 180-250 gram seekor.
Kajian menunjukkan dalam satu populasi sebanyak 60% adalah ikan puyu betina dan 40% adalah terdiri dari ikan puyu jantan.
Ikan puyu nampak mudah untuk diternak kerana faktor ketahanan nyawa, tahan lasak, susah mati, memiliki sistem air breather dan juga ikan ini makan apa sahaja makan yang diberikan.
Teknologi kini lebih mudah dan cepat membesar dengan formulasi makanan ikan komersil di pasaran. Lazimnya semasa anak ikan baru masuk kedalam kolam pembesaran mesti
diberi makan secukupnya iaitu 4-5 kali sehari menjadikan kadar pembesaran sehingga 20% dari berat badan. Kaedah ini perlu dijalankan selama 2-3 minggu pertama.
Keadaan pemberian makanan pada umur 2-3 minggu pertama adalah kritikal untuk memberi makan sebanyak 4-5 kali sehari kerana ikan puyu adalah sejenis ikan karnibal yang akan makan anak puyu lain atau anak ikan lain didalam kelompok di kolam.
Pemberian usus ayam, baja ikan dan lain-lain bentuk makanan selain daripada pellet dapat membantu mengurangan isu karnibalisme di mana cara ini mampu mengurangkan sehingga 50% dari jumlah populasi jika tidak dikawal.
Pengalaman penternak menunjukkan selepas sebulan buatlah aktiviti pengredan atau pemilihan ikan puyu dimana kita perlu mengeluarkan ikan puyu jantan kerana apabila sampai peringkat matang ianya susah membesar seperti ikan betina.
Bagi meningkatkan bilangan telur pada puyu betina perlu berikan makan berlemak dan berminyak bangi meningkatkan penghasilan telur dan seterusnya anak ikan puyu.
Ternakan ikan puyu merupakan satu usaha yang boleh manjana pendapatan dengan usaha bersungguh-sunggu dan sedikit ilmu pengetahuan yang baik.
Pengenalan penternakan ikan puyu boleh diperoleh daripada laman web, kursus rasmi atau melalui tinjauan teknologi kekawasan projek sedia ada.
Ikan puyu betina jauh lebih besar dan lebih cepat besar dari puyu jantan. Kita yang biasa dengan ikan ini akan mendapati perbezaan ketara dari segi marfologi ikan puyu jantan dengan betina apabila menelitinya.
Dalam kita hendak memahirkan proses ini, aktiviti menggredkan ikan puyu dilakukan selepas sebulan dengan mengasingkan puyu jantan yang agak kecil dan panjang.
Walaupun ikan ini di ternak sehingga 6 bulan, lazimnya ikan puyu jantan susah membesar dan susah hendak di jual.
Ikan puyu boleh memakan apa saja kerana ia jenis omnivor dan ini menyebabkan ikan ini daiketegorikan sebagai ikan yang lasak.
Sebaiknya untuk berjaya kenalah menternak puyu betina. Puyu betina memerlukan jumlah lemak dan minyak yang lebih dari ikan-ikan yang lain kerana ikan puyu betina menyimpan lemak sebanyak mungkin untuk bertelur.
Bagi meningkatkan bilangan telur pada puyu betina perlu berikan makanan berlemak dan berminyak bagi meningkatkan penghasilan telur dan seterusnya anak ikan puyu.
Seekor induk ikan puyu mampu mengeluarkan sehingga 50 ribu anak benih. Ini membolehkan mereka yang ada kemahiran untuk menghasilkan benih puyu tidak
bermasaalah untuk mencari benih puyu dengan syarat ia mempunyai kemahiran dan kelengkapan.
Ketika kami sedang trolling, tiba-tiba kami dikejutkan dengan sergapan kuat. Paling mengejutkan adalah gewang berkenaan terkena ikan kerapu besar. Berkemungkinan ketika kami sedang menunda berhampiran pulau yang airnya tidak terlalu dalam, gewang berkenaan melalui rumah sang kerapu. Ia memang satu bonus kerapu diperdaya dengan teknik trolling.
Tiada Lagi Barracuda
Pada sebelah lewat petang, kami sedikit hampa kerana tiada lagi barracuda yang berjaya diperdaya ole kami meskipun banyak kali tundaan dilakukan di lokasi yang berbeza. Lantas, kami sebulat hati untuk mencuba casting dan mikro jigging di sekitar pulau-pulau di sini.
Khabarnya, pada lewat petang terdapat GT yang mencari makan di kawasan kami di antara Pulau Bidan dan Pulau Telor. Menunaikan hasrat yang terpendam sekian lama untuk mencuba, akhirnya tidak memerlukan durasi masa yang panjang untuk menjumpai saiz GT sederhana yang terjerat dengan mikro jig Bakau.
Memanglah seronok sekali, apabila tertancap sahaja mata kail pada gewang di mulut GT. Larian yang tajam dan kencang memberi sedikit sebanyak perasaan keterujaan lebih-lebih jika kekili yang digunakan berkategori sederhana ringan di antara 3000 hingga 3500.
Cuba-Cuba Appolo
Menuju penghujung trip, kami sempat mencuba-cuba memancing teknik pancing appolo. Menyedari potensi pancingan appollo di kawasan ini agak tinggi dengan tidaklah berhadapan kesukaran begitu ketara.
Kami dihadiahkan dengan saat-saat pancingan yang indah sekali apabila selang beberapa minit mencuba akhirnya beberapa ikan sasaran yang kami hajati naik ke permukaan. Kami akui pancingan teknik appolo tidak membosankan jika mencubanya.
Durasi masa yang hendak ditunggu untuk ikan sasaran menjelma ke permukaan tidaklah begitu lama. Walau bagaimanapun, bergantung pada keadaan air laut dan cuaca, jika segalanya baik dan air tidaklah begitu bergelora pastinya pancingan appolo hasilnya lebih baik di sini.
Kesimpulan Trip
Apa yang boleh kami simpulkan sepanjang trip di Pulau Telor dan Pulau Bidan untuk trolling boleh disifatkan memberangsangkan. Walaupun pada mulanya, kami berhasrat untuk melihat beberapa lagi strike dari barracuda yang bersaiz gadang tidak kesampaian.
Namun begitu, kepuasan apabila setiap kali tancapannya paling bakal kami tagih jika berkesempatan datang ke sini semula. Melihatkan pemilihan warna gewang juga memainkan peranan yang besar.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...