Biasanya pemancing yang gemar mengunakan teknik hanyut, belon atau casting mudah memperoleh spesies ini ketika memancing buruan utama seperti tenggiri, gerepoh dan layaran.
Ia dikatakan pengacau kerana gemar membunuh ikan umpan hidup. Kita boleh mengandaikan bahawa umpan hidup telah dikerjakan todak melalui kesan gigitan atau bekas gigi pada ikan umpan tersebut.
Ini berdasarkan pada sifat todak yang tidak terus menelan mangsa, sebaliknya mengonggong seketika sebelum mengerjakan sebahagian badan mangsa.
Oleh kerana todak adalah pemangsa di kawasan permukaan air maka cara terbaik memancingnya ialah melalui teknik hanyut menggunakan belon atau apa saja bahan apungan.
Cara hanyut lebih mudah ketika arus laju manakala belon pula ketika angin lebih kuat dari kelajuan arus.
Ads
Paling penting umpan perlu dipastikan berada di permukaan air. Umpan perlu dihanyutkan kira-kira 10meter dari kedudukan pemancing kerana todak lebih bersifat penakut pada
bayangan manusia kecuali pada malam hari kerana bayangan manusia dilindungi oleh limpahan cahaya lampu bot. Memadai jika kita tidak nampak umpan di hadapan.
Untuk menjerat todak dengan mudah, umpan tidak oleh dirembat atau di sentap sebaik sahaja sistem penggera berbunyi. Biarkan ia melarikan umpan seketika, tunggu hingga larian kedua barulah boleh direntap joran.
Sebaiknya mengunakan umpan mati berbanding hidup kerana todak bertindak membunuh sebaliknya melemahkan mangsa terlebih dahulu melalui cengkaman gigi di sepanjang muncungnya.
Ads
Ia akan menikmati habuannya setelah mangsa tidak boleh berbuat apa-apa lagi. Umpan yang digunakan jangan terlalu besar dari saiz mulut todak yang diburu.
Paling sesuai umpan sebesar 1 hingga 2 jari sahaja. Umpan seekor lebih berkesan dari hirisan ikan.
Sesuai dengan barisan gigi tajam yang dimiliki todak, perambut dawai lebih sesuai digunakan berbanding tangsi. Disyorkan perambut tangsi 30lb dipadankan dengan kabel 20lb hingga 40lb.
Ads
Kombinasi matakail (lebih dari satu mata kail) lebih mudah menjerat todak berbanding mengunakan mata tunggal.
Jika inginkan keseronokan, guna 1 mata kail sahaja kerana ia lebih menyeronokkan dipadankan pula set pancing aksi ringan.
Bila guna aksi ringan joran melentur bagai nak rak, penggera sentiasa berbunyi seolah-olah tengah fight ikan besar.
Malah, melihat aksi akrobatiknya di udara dalam cubaan melepaskan diri dari mata kail juga amat menghiburkan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Jika aktiviti mengilat atau casting memiliki spesies sasaran utama tersendiri, begitu juga dengan dunia pancingan pantai atau surfcasting ini. Malah spesies sasaran dalam pancingan pantai ini jauh lebih bernilai kerana ia bukan saja memberikan tentangan hebat kepada para surfcaster, kebanyakan spesiesnya juga bernilai tinggi di pasaran. Berikut disenaraikan spesies sasaran tersebut.
Pari
Tidaklah sama ada pari beting, pari daun atau pari lalat… ia merupakan spesies sasaran utama mana-mana pemancing pantai. Ini adalah kerana daya juangnya yang tidak mengenal erti kalah. Semakin besar saiz ikan pari yang ditawan, semakin seronoklah cabaran yang diberikan. Selain itu, ikan pari turut menjadi sasaran disebabkan faktor keenakan dagingnya. Umpan yang biasa digunakan untuk memancing pari terdiri daripada udang, ikan dan juga sotong.
Gerong Belang
Gerong belang atau golden trevally lebih mudah dipancing dan menjadi sasaran surfcaster di sebelah Pantai Timur Semenanjung. Di Pantai Barat, spesies ini agak sukar untuk ditemui berikutan faktor geografi dasar pantai. Gerong belang diminati oleh penggemar surfcasting berikutan pecutan dan tenaganya yang jitu.
Sebagaimana ikan pari, ia turut diburu untuk sumber protein dan memiliki daging yang enak. Gerong belang biasanya diburu dengan menggunakan umpan hidup, ikan dan juga sotong.
Ebek
Ebek atau diamond trevally lazimnya akan menghuni kawasan perairan berbatu karang yang mempunyai kedalaman sekitar 20 meter hingga 100 meter sebagai habitatnya. Begitu pun, ebek juvenil lebih bersifat pelagik dan sering berlegar mengikut arus. Kadangkala ebek juvenil mengikut arus laut sehingga ke kawasan muara atau tepian pantai.
Ebek-ebek inilah lazimnya yang diburu oleh para pemancing pantai. Selain ebek juvenil, adakalanya ebek dewasa turut sama berjaya ditawan dan ia dianggap bonus. Ebek biasanya dipancing dengan menggunakan umpan udang hidup, udang lipan dan turut mengambil umpan hirisan sotong.
Yu kemejan
Spesies campuran yu dari pari ini mampu menghabiskan tali utama sepanjang 200 hingga 400 meter di dalam gelendung kekili milik surfcaster dengan sekelip. Justeru yu kemejan menjadi spesies sasaran utama bagi pemancing pantai yang mendambakan pertarungan yang sengit dan penuh mencabar.
Yu kemejan merupakan spesies yang gemar mendiami kawasan berpasir, berlumpur selut dan kawasan rata yang mendatar. Waktu utama pemburuannya ialah pada waktu malam berikutan ia lebih aktif memburu mangsa pada tersebut. Umpan bagi memburu spesies ini lebih kurang sama dengan pari iaitu udang, sotong dan ikan.
Talang
Ikan talang atau queenfish biasanya boleh ditemui di lagun pantai, terumbu dan persekitaran pulau-pulau. Mereka mendiami perairan yang jernih dari permukaan hingga kedalaman 100 meter. Sementara talang juvenil mendiami kawasan air cetek berhampiran pantai dan boleh memasuki muara termasuklah kawasan air payau.
Walau bagaimana pun ikan dewasa turut menghampiri pesisir pantai dan sering menjadi sasaran kepada pemancing pantai. Ikan ini digemari oleh surfcaster berikutan aksi akrobatiknya selepas tercangkuk mata kail. Ia boleh dipancing dengan menggunakan umpan belanak hidup, udang hidup serta hirisan ikan.
Daun baru
Ikan daun baru atau sicklefish boleh ditemui hampir merata pesisiran pantai semenanjung. Ikan daun baru menjadikan pesisiran pantai berkarang, berpasir dan berlumpur sebagai habitat utamanya. Walaupun tidak tergolong dalam game fish yang memberikan tentangan hebat kepada pemancing, ia turut tersenarai dalam ikan sasaran pengemar pancingan pantai. Ikan daun baru boleh dipancing dengan menggunakan umpan umpun-umpun, hirisan ikan dan udang.
Sembilang
Sembilang atau gemang merupakan spesies sasaran utama khususnya di bahagian sebelah Pantai Barat Semenanjung yang memiliki pesisir pantai berlumpur. Spesies yang terkenal dengan sirip berduri dan berbisa ini juga mampu melenturkan joran panjang jika bersaiz kasar. Ia menjadi sasaran utama bukanlah kerana keupayaan pertarungan, sebaliknya lebih kepada hidangan di meja makan berikutan keenakan dagingnya.
Banyak jenis umpan boleh digunakan untuk memancing sembilang seperti udang, sotong, ikan, umpun-umpun dan kerang-kerangan.
Belukang
Ikan belukang atau sagor catfish, lazimnya boleh didapati di tepi pantai berlumpur dan kuala sungai. Ia hidup di laut berlumpur berdekatan pantai dan estuari. Bagi sesetengah pemancing menganggap ikan belukang umpama ikan pengacau umpan.
Namun ia masih menjadi buruan utama bagi sesetengah pemancing lain, malah menjadi sasaran utama khususnya di dalam pertandingan memancing pantai. Berikutan ia dilabel sebagai pengacau umpan maka apa saja umpan yang digunakan untuk memancing spesies sasaran lain boleh dijadikan umpan untuk memancing belukang.
Ibu Gelama
Ibu gelama atau temerih mendiami kolom dasar, lubang dalam di muara, selokan yang terbentuk dengan baik di luar pantai, terumbu pantai yang berlumpur, bangkai kapal atau lubang yang bersebelahan dengan terumbu luar pantai sehingga 40 meter.
Diet utama ibu gelama terdiri dari cecacing, udang, sotong dan ikan kecil.
Saya suka pakai 150lb untuk koyan. Tangsi digosok dengan kertas pasir sebelum digunakan agar ia kesat dan memudahkan kita memegang dengan kemas.
Tangsi bila kena air masin akan menjadi licin. Untuk joran pula 30lb untuk kekili aksi menengah. Pakai 15lb hingga 20lb tiada masalah sama sekali.
Tapi perlu guna kekili yang mampu mengulung tangsi dengan cepat dan laju.
Ini adalah faktor paling penting untuk mengendap tenggiri. Tenggiri adalah pemburu pertengahan dan bawah permukaan air.
Ia gemar berada kira-kira 20kaki hingga 40kaki dari permukaan air. Jika menggunakan perambut 4 depa, umpan tadi perlu diangkat 5 depa setelah batu ladung mencecah dasar.
Kemudian umpan dihanyutkan mengikut arus dan diangkat sedikit demi sedikit dalam tempoh tertentu jika tiada tanda-tanda sentapan.
Kedalaman kemudian disukat jika berlaku sentapan tenggiri. Jadi golongan nelayan dapat membaca secara kasar kedudukan tenggiri.
Cara ini lebih efektif selain kita laraskan kedalaman bagi mereka yang mengunakan kekili elektrik.
Bacaan kedalaman air boleh membantu mereka melabuhkan umpan pada tahap kedalaman yang tepat.
Di kawasan unjam pula ramai menggemari teknik hanyut atau di bawah sedikit di permukaan air sahaja.
Tenggiri bukan pemburu dasar dan amat jarang menyerang mangsa di dasar air kecuali mangsa sedang dikarau naik ke atas.
Yang penting umpan mesti digantung dari dasar minima 6meter atau lebih. Tengok kedalaman air.
Bagi teknik menghanyut pula disarankan pakai belon. Pastikan umpan berada kira-kira 7 depa dari belon.
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Nombor satu keselamatan, nombor dua keselamatan, nombor tiga barulah strike! Ingat tu, keselamatan adalah aspek paling penting apabila melakukan aktiviti memancing di bawah jambatan. Beberapa perkara yang disenaraikan ini perlu anda hadam demi keseronokan memancing.
Jaga Keselamatan fizikal
Pakai pakaian yang sepadan dengan aktiviti dan geografi lokasi. Pastikan badan tidak terdedah dengan cuaca yang terlalu sejuk atau panas. Begitu juga dengan alas kaki. Sebaiknya pakailah alas kaki yang lebih selamat berbanding berselipar sahaja. Lebih-lebih lagi jika kita tidak pasti tahap kelicinan pelantar benda-benda tajam yang mungkin tersembunyi di permukaannya.
Pakai Jaket Keselamatan
Jangan berasa segan jika ingin memakai jaket keselamatan. Terutamanya jika anda ada masalah gayat dan langsung tidak tahu berenang. Jika ingin memakai jaket keselamatan pilihlah jaket keselamatan dari jenis foam kerana selain daripada berfungsi di dalam air, ia juga boleh digunakan sebagai jaket pemanas badan pada waktu malam.
Bekalan Air Bersih
Selain membawa bekalan makanan yang mencukupi, apa yang lebih penting sebenarnya adalah bekalan air bersih untuk diminum dan tujuan lainnya. Tak mengapa kalau kelaparan tak cukup makanan tetapi kalau kehabisan air untuk diminum, ia tak boleh diganti dengan air laut.
Pancing Berteman
Sama ada ingin memancing untuk tempoh yang lama atau beberapa jam sahaja, sebaik-baiknya biarlah berteman. Jangan sesekali memancing secara bersendirian. Kita tidak tahu apa yang bakal berlaku. Kadang-kadang kemalangan yang kecil sahaja boleh menyebabkan nyawa terancam.
Keselamatan Barangan Peribadi
Simpan segala barang-barang yang penting seperti handphone dan kunci kenderaan di tempat yang selamat. Khususnya selamat dari diterbangkan angin dan terkena tempias air masin. Kalau boleh biar diikat terus pada tiang jambatan. Setidak-tidak kalau tersepak pun tidaklah terus melayang ke air.
Sentiasa Peka
Jangan berada dalam keadaan terlalu selesa. Maksudnya, bila dah rasa selesa sangat kita akan lupa di mana sebenarnya kita berada. Kita jadi terlupa yang kita berada kawasan yang dikelilingi oleh air berarus deras. Bukannya berada di daratan sebenar.
Fenomena Air Pasang Besar
Ia jarang berlaku tetapi pernah terjadi ada pemancing yang terperangkap di atas pelantar dan hampir dihanyutkan arus apabila dilanda peristiwa air pasang besar. Jadi, anda harus pantau jadual air pasang surut dan cubalah elak daripada memancing di bawah jambatan apabila berlakunya peristiwa air pasang besar.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...