Oleh kerana banyak lokasi kuku yang saya ketahui adalah di tempat air cetek dan kawasan pinggiran pantai, peralatan dengan kekuatan kurang dari 20Ib adalah paling efektif.
Tangsi 15lb lebih pratikal jika kawasan pancing itu adalah beting pasir atau lagun cetek.
Pancing mengunakan batu hidup dengan panjang perambut sekaki sesuai diamalkan.
Mata kail pilihan ialah mata udang nombor 12 atau mata kail biasa nombor 2 boleh dipadankan dengan saiz mulut ikan kuku ini.
Set pancing sederhana dengan kapasiti tali kurang 100meter menjadi pilihan saya jika memancing ikan ini.
Kuku adalah pemangsa dasar dengan sebab ini umpan juga perlu berada di dasar, jangan gantung terlalu tinggi.
Ads
Walaupun lariannya kencang, tentangan diberikan amat menakjubkan tetapi jika kawalan terhadap tentangan dilayan dengan baik kita masih boleh menjinakkan kuku kecuali jika ia mengasak dari kawasan batu pantai.
Perambut 20 paun mampu menangani kuku yang rata-rata kurang dari 1 kg saiznya di perairan kita.
Oleh kerana ramai pengemar pancing pantai tertumpu pada set joran surfcasting, teknik dan peralatan begini tetap sesuai lebih-lebih lagi sasaran lagun atau beting terletak jauh di tengah.
Ads
Jika anda pengamal pancing ultralight, anda juga juga bermain dengan ikan kuku dengan set rod antara 6-12lb sudah memadai. Gunakan kekili bersaiz antara 500 hingga 1000.
Spot memancing kuku biasanya di kawasan berbatu dan lontaran tidak perlu jauh.
Kesabaran amat penting kerana spesies pengacau akan mengacau umpan selain banyak kali perambut putus kerana bergeser atau tersangkut di celah batu
Ads
Antara spot terbaik pancingan kuku di kawasan Pantai Timur termasuklah Tanjung Api, Cerok Paloh, muara Sungai Paka, Lagun Kuala Ibai, jambatan Kemaman, benteng Kuala Terengganu, Sungai Kelantan dan Jambatan Tok Bali.
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Ciri fizikal: Mempunyai warna merah pada bahagian pipi dan warna oren di lelangit mulutnya. Sisiknya keras dan bercorak seperti warna karang.
Diet: Ikan kecil, moluska & krustasea
Habitat: Dasar berkarang, kawasan tukun batu karang
Saiz: Maksimum 80cm namun spesimen biasa ditemui 20-25cm.
Taburan: Selatan Jepun hingga Autralia, Lautan Hindi dan kepulauan Solomon. Sabah, pantai timur dan utara Semenanjung.
Mempinang adalah yang paling mudah dikenali di kalangan keluarga ikan yang bergelar maharaja atau emperor fish ini berpandukan pada warna merah yang terdapat pada pipi. Bibirnya tebal dibarisi permukaan kasar di hadapan bahagian mulut.
Warna kulitnya bercampur-campur, di mana warna kemerahan pada bahagian atas badan dan sirip dorsal pertama. Pangkal ekor agak tegap dan padu untuk memberi daya seimbang kepada ekor bercabang besar. Lelangit di dalam mulut berwarna merah/oren dan bahagian mulutnya agak keras.
Landok (longface emperor), seroncheng (starry pigface emperor), assoh (thumbprint Emperor atau Lethrinus harak) adalah ikan yang sekeluarga dengan mempinang.
Terdapat 5 jenis mempinang yang ditemui di perairan tempatan. Tapi saya hanya menemui 4 jenis sahaja sehingga artikel ini ditulis. Keempat-empat jenis ikan ini adalah ikan karang yang biasanya aktif pada waktu malam. Boleh ditemui di dalam kawasan yang sama (bercampur) dan memiliki diet dan tabiat yang hampir sama.
Ikan Mempinang seperti mana ratusan ikan karang yang lain mudah ditemui di perairan yang mempunyai karang di dasar pada kedalaman 20 kaki hingga 140 kaki. Tidak kira gugusan karang tersebut besar (terumbu karang) malah ikan karang ini didapati meronda di kawasan pantai atau perairan yang mempunyai tompok-tompok karang kecil (spot reef).
Waktu siang banyak dihabiskan dengan berehat di celah-celah karang dan mundar-mandir di kawasan sekitar tidak keluar dari gugusan karang. Rondaan pada sebelah malam pula agak luas di mana kawasan perairan cetek (pantai) juga dijajahi ketika memburu makanan.
Namun ia jarang dijumpai mendiami kawasan tukun kapal maupun tukun tayar. Lokasi yang paling digemari ialah jenis karang bercampur antara tanah keras, karang lembut (soft coral) dan jenis karang keras.
Taburan tempatan untuk ikan pipi merah ini lebih ketara di sebelah Pantai Timur dan Malaysia Timur, terutama Sabah. Di Semenanjung pula lubuk terbaik memburu ikan ini ialah di sebelah Pulau Aur, Pulau Pemanggil, Pulau Dayang dan Pulau Tinggi. Karang Emas di Johor, Pulau Tioman, Karang Luas, Karang Tinggi di Pahang dan gugusan Pulau Redang, Pulau Bidung, Pulau Karah dan Pulau Yu di Terengganu.
Sepanjang pengalaman saya memancing di perairan semenanjung, kawasan taburan batu karang di sepanjang pantai timur lebih produktif untuk memperolehi ikan ini berbanding di sebelah pantai barat. Kadang kala tangkapan hasil didominasi ikan mempinang berbanding ikan lain. Sebaliknya di sebelah pantai barat yang lebih tertumpu kepada keluarga Lutjanis atau jenahak dan siakap merah.
Selain mengenali spesies hidupan marin sama ada yang boleh dipancing atau tidak, ada baiknya juga kita turut mengenali spesies hidupan yang menjadi umpan memancing. Kali ini, apa kata kita mengenali keridik dengan lebih dekat.
Keridik (Gryllus spp) merupakan sejenis serangga dari keluarga Gryllotapidae yang tradisinya hidup secara liar di hutan dan juga di kawasan kebun. Ada yang panggil keridik sebagai jengkerik, cengkerik, sorok-sorok dan juga mole cricket dalam bahasa Inggeris. Keridik mengeluarkan bunyi nyaring terutama pada malam hari melalui sistem tersendiri.
Saiz badan kira-kira 2-3 cm dengan badan mempunyai warna coklat kehitaman dan mempunyai 4 pasang kaki termasuk kaki panjang di belakang untuk melompat. Matanya bersaiz besar dan jenis serangga omnivores. Makanan asasi keridik seperti larva, rumput, akar tanaman, cacing dan terkini makanan ternakan ayam.
Walau keridik mempunyai sepasang kepak pendek ianya jarang-jarang terbang. Secara amnya keridik mampu hidup di seluruh kawasan di dunia kecuali di kutub utara dan kutub selatan.
Serangga ini mempunyai 3 genera utama iaitu Gryllotalpa, Necurtilla dan Scaptericus. Ada keridik yang mengorek dalam tanah serta mempunyai sepasang kaki untuk mengorek lubang.
Ada juga keridik dewasa yang boleh terbang. Pembiakan keridik adalah cepat jika mendapat makanan dan sarang yang sesuai dan kini dikomersialkan.
Keridik secara semulajadi merupakan musuh kepada petani kerana ia merosakkan anak benih tanaman yang baru tumbuh dengan memakannya. Dan secara semulajadi juga ia merupakan umpan yang sangat berkesan untuk memancing kebanyakan spesies ikan air tawar.
Keridik hidup segar dalam suhu 30 celcius dengan kelembapan antara 80-90%. Kumpulan keridik dimasukkan dalam kotak lut sinar dengan kira-kira 2 cm lapisan tanah dan ditutup. Bekas perlu gelap dan warm seperti habitat semulajadi ditutup dengan kadbod. Berikan makanan ayam dan air bersih setiap dua hari jika ingin menyimpan lama keridik ini.
Dalam kajian terbaru (Walton et al 2015) common mahseer of Malaysia iaitu kelah merah yang selama ini dikelasifikasikan sebagai Tor tambroides telah diganti dengan Tom tambra. Kajian ini sekaligus merubah nama saintifik kelah merah (semenanjung) dan empurau (Sarawak) yang sekian lama telah digunapakai. Walaubagaimana pun spesies Tom tambroides tidak dapat dipastikan bagaimana rupanya.
Tor tambra atau kelah merah telah menjadi ikon raja air tawar dan sering diburu oleh kebanyakan pemancing. Gelaran raja air tawar ini disebabkan oleh kesukaran mendapatkannya selain mempunyai nilai yang tinggi sebagai hidangan dan juga perhiasan akuarium. Ramai juga yang memburu spesies ini pulang hampa dek tamparan kumpau atau ikan tak buka mulut. Jom kita selidik lebih lanjut tentang sang raja air tawar ini.
Ikan kelah atau mahseer merupakan antara spesies bernilai tinggi dan sering menjadi buruan kaki pancing khususnya di negara kita. Selain mempunyai nilai tinggi dibuat hidangan makan, spesies daripada keluarga kap (cyprinnidae) ini juga menjadi ikan sukan yang sangat popular sehingga digelar ‘Raja Air Tawar’ di kalangan pemancing.
Dalam pengelasan taksonomi, perincian spesies agak sukar dibezakan kerana mempunyai sifat luaran yang hampir sama. Secara amnya, kelah dikelaskan dalam tiga genus iaitu Tor, Neolissochilus dan Naziritor. Gelaran mahseer biasanya merujuk kepada spesies dalam genus Tor. Di negara kita, spesies kelah merah telah dikenal pasti sebagai Tor tambra atau Malayan mahseer.
Mengimbau kembali ke belakang, spesies kelah pertama telah dihuraikan secara saintifik oleh Francis Buchanan- Hamilton sekitar 1822 iaitu Tor tor (Short-gilled mahseer). Hamilton juga merupakan penemu kepada spesies T. putitora (Golden mahseer, Himalayan mahseer). Pada 1833, majalah Oriental Sporting telah menyebut secara khusus bahawa mahseer sebagai ikan cabaran hebat dalam ikan sukan. Sejak itu, mahseer menjadi kegilaan bagi pemancing British di India.
TABURAN SPESIES
Taburan spesies ikan kelah boleh dijumpai di kawasan sungai yang berarus deras dan berjeram. Kawasan sebegini merangkumi Burma, Thailand, Malaysia, Kemboja, Laos dan Sumatera di Asia. Taburan ikan kelah juga merentasi Asia Tenggara sehingga ke beberapa bahagian di India.
Begitu pun, kebanyakan sistem sungai berjeram termasuk di negara kita semakin rosak lantas mengundang risiko yang semakin tinggi kepada habitat ikan kelah. Risiko kehilangan habitat secara langsung mengancam kemandirian spesies ikan kelah sehingga dikelaskan sebagai spesies terancam.
Antara penyebab utama terhadap kemungkinan kepupusan spesies ini termasuklah pencemaran sungai, pancingan tanpa kawalan dan juga aktiviti pembinaan yang sering dikaitkan dengan pembinaan empangan.
BIOLOGI DAN PEMBIAKAN
Ikan kelah secara tipikalnya mendiami dan berlegar di kawasan dasar yang berbatu dan berkayu sebagai tempat berlindung di kawasan hilir sungai. Terdapat juga yang memilih untuk berlindung di kawasan yang lebih luas dan dalam. Ketika musim mengawan, ikan kelah akan bermigrasi atau berhijrah dan berenang melawan arus ke hulu sungai. Di hulu sungai, ikan kelah akan memilih kawasan sungai-sungai yang lebih kecil untuk melepaskan telurnya.
Musim mengawan ikan kelah berlaku sekali secara puncak dalam setahun. Telur akan dilepaskan dalam kawasan air secara terbuka dan induk kelah tidak akan menjaga anak kelah atau juvenil yang menetas. Menurut kajian di Thailand, puncak musim mengawan ikan kelah berlaku sekitar bulan Julai setiap tahun.
Ketika musim mengawan, pada bahagian pipi di bawah mata ikan kelah akan kelihatan bintik-bintik halus atau turbecles. Bintik-bintik ini menandakan ikan sedang dalam proses mengawan.
MORFOLOGI
Badan ikan kelah mempunyai bentuk yang agak tirus dimana memberi kelebihan kepadanya ketika berenang melawan arus dan memanjat jeram. Warna badannya pula bervariasi daripada kuning keemasan sehingga ke warna kemerahan. Sisik di badannya mempunyai warna berkilau dan cantik. Kelah matang biasanya mempunyai sisik sehingga sebesar duit syiling 50 sen.
Sirip dorsal ikan kelah biasanya agak besar. Pada bahagian mulutnya, ikan kelah atau mahseer dari genus Tor mempunyai bibir median bawah yang lebih tebal. Bibir ini membezakannya daripada spesies tengas atau kejor (copper mahseer) dari genus Neolissochilus. Kelah jantan yang matang pula biasanya lebih kecil berbanding kelah betina yang matang.
DIET PEMAKANAN
Ikan kelah bersifat omnivor dan memburu ikan kecil serta serangga hutan sebagai diet makanannya. Selain itu, ikan kelah juga menjadikan buah-buahan hutan sebagai diet lainnya. Antara buah hutan yang popular menjadi diet kelah termasuklah buah neram, buah ara, buah kepala sawit, serangga kecil dan sebagainya.
JENIS KELAH DI MALAYSIA
Menurut kajian, terdapat beberapa spesies kelah daripada genus Tor di Malaysia iaitu Tor tambroides, T. tambra dan T. douronensis. Sementara itu, tengas dan kejor juga merupakan spesies daripada keluarga yang sama namun spesies tersebut datang daripada genus Neolissochilus.
Spesies T. tambra yang biasa dijumpai di semenanjung Malaysia juga digelar sebagai kelah merah manakala T. douronensis pula merupakan kelah biru. Gelaran tempatan kepada kelah merah dan kelah biru berdasarkan warna sisik pada badannya.
Di Sabah, ikan kelah juga digelar sebagai pelian (Tor douronensis) sementara empurau (Tor tambra) merupakan gelaran ikan kelah merah di Sarawak. Sementara semah di Sarawak adalah spesies Tor duoronensis.
TAKSONOMI
Kingdom: Animalia
Phylum: Chordata
Kelas : Teleostomi
Orer : Cypriniformes
Family: Cyprinidae
Genus : Tor, Neolissochilus, Naziritor
Spesies : Tor tambroides, Tor douronensis, Tor tambra,
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...