Tongsan tidaklah kuat melawan, set pancing 8-12lb pun dah best nak layan tongsan ni. Tetapi kenalah sesuaikan dengan umpan dan perambut yang digunakan. Gunalah tali tangsi yang halus untuk memancingnya tetapi jika terlalu halus maka tali akan terputus pula semasa balingan umpan dibuat.

 

Tongsan sisik halus dipancing dengan menggunakan dedak dalam jumlah yang banyak. Jika kurang mampu, guna saja dedah yang murah contohnya dedak hong (dedak padi). Kalau berduit lebih boleh la gunakan dedak bomb coklat.

 

Gunakan umpan yang agak wangi tapi jangan terlalu wangi. Saya selalu gunakan perisa pisang cap Star Brand atau Cap Ros beberapa titik untuk dicampurkan ke dalam umpan. Atau boleh gunakan Power Bait hijau dan ada cap kepala tongsan.

 

IKLAN

Gunakan perambut berpelampung. Perambut pulak lebih kurang 3 kaki sahaja. Gunakan spring dan kepalkan umpan pada spring. Kalau gunakan pelampung mata kail tak perlu diletakkan umpan. Biarkan terdedah pun boleh. Tongsan tak kisah.

 

Kalau tak gunakan pelampung (pancing bottom), letakkan bintil atau manik polisterin kat mata tu. Test kat air terapung ke tidak… kalau terapung dah ok dah. Guna mata kail yang agak besar kalau menggunakan 2 mata kail seperti saiz 3/0 atau 5/0.

 

IKLAN

Perhati riak permukaan kolam, dan memancinglah di kawasan yang terdapat olak air yang menandakan ikan tongsan berada di kawasan itu. Biasanya tongsan berlegar tidak jauh dari tebing kolam. Sekitar 10 kaki dari tebing saja.

 

Yang paling penting bancuhan umpan hendaklah peroi. Macam mana nak tahu yang umpan tu peroi atau tak? Caranya bancuh umpan dengan memasukkan air sedikit demi sedikit. Gaulkan umpan tapi jangan dikepal umpan tu.

 

IKLAN

Bila letak kat perambut, pelampung akan tenggelam dan nampak sedikit sahaja pelampung yang timbul. Lama kelamaan pelampung akan timbul sepenuhnya. Jangka masa pelampung untuk timbul sepenuhnya lebih kurang dalam 15 minit.

 

Kalau terlalu cepat maknanya umpan terlalu peroi dan kalau lama sangat maknanya umpan terlalu kental. jika terlalu peroi tambahkan sedikit air, kalau terlalu kental tambahkan dengan dedak sedikit demi sedikit.

 

Genggam umpan dengan kuat dan cuba gosokkan dengan kedua belah tangan. Pastikan umpan akan kembali kepada keadaan peroi lepas digosok.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI