Secara amnya teknik memancing ikan debam adalah lebih kurang sama seperti ikan bermulut kecil yang lain.

Bagaimanapun kesukaran menjeratnya adalah merujuk kepada lokasi serta habitat utama. Cara terbaik, mudah dan dipratik dengan meluas ialah teknik perambut apollo.

 

Di antara umpan yang biasa saya gunakan ketika memancing  ialah perumpun atau ruat sarang, hirisan ikan seperti sotong pasar, kembung, selayang dan selar. Udang mati dihiris kecil sesuai untuk mata kail halus.

 

Jangan terlalu besar umpan sebab lihat saja mulutnya mana mampu makanan di telan. Ia spesies ikan pengutis makanan. Jika air cetek umpan boleh dilabuh terus ke dasar dan kawasan air dalam boleh guna pelampung atau hanyutkan umpan di permukaan air.

IKLAN

 

debam  seekor ikan bermulut kecil dan jenis suka mengutis umpan sudah tentu mata halus adalah lawannya. Cara terbaik adalah perambut stail apollo yang memiliki perambut 10-15lb dengan mata kail saiz 8.

 

Sebesar manakah umpan yang perlu dipersembahkan untuk membuak-buakkan selera ikan kulit liat ini di bawah permukaan air. Persoalan ini haruslah dirungkai dengan mudah dan jangan terlalu mengambil berat akan kegagalan keputusan akhir nanti.

IKLAN

 

Setengah pemancing menabur rasuah terlebih dahulu agar ia leka dan keluar dari kawasan persembunyiannya. Rasuah umpan biasanya isi ikan yang dihancurkan dan paling mudah ialah mengunakan dedak.

Dedak ditabur agar ikan galak dan selang seketika umpan bermata kail kecil di hulur di kawasan yang di kerumuni ikan ini.

 

IKLAN

Ikan debam seperti ikan muara bermulut bukanlah ikan idaman oleh hampir kesemua pemancing malah kehadirannya tidak diendahkan oleh kaki pancing.

Jika berhajat mengunakan set apollo  lebih bagus dan efektif hasilnya, terus ikat mata dengan perambut. Setelah saiz mata dipilih, perambut 15lb boleh digunakan untuk mengikat mata kail kecil dengan mudah.

 

Pastikan ikatan kemas dan jangan terlucut pula ia ketika dalam pertarungan. Kalau nak ummp lagi guna peralatan ultra light (aksi ringan seperti joran udang) dengan kapasiti tangsi 6lb. Baru syok layan debam apabila ia rembat pancing kecil anda sampai berdenyut rasanya bertarung.

 

 

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI