Walau di mana jua lokasi dan aktiviti yang dilakukan, kita perlu meletakkan faktor keselamatan di tempat pertama, kemudian barulah memancing.

Di antara keperluan wajib untuk memancing di atas bot bagi trip laut dalam melebihi tempoh 24 jam ialah…

 

Jaket keselamatan

Pastikan jaket keselamatan berfungsi baik dan bukan ala kadar. Walau cekap berenang sekali pun ia hanyalah bonus untuk waktu yang singkat saja.

 

Pakaian

Pakaian sesuai yang dapat mengekang kepanasan disiang hari serta kedinginan pada waktu malam. Topi dan baju hujan juga satu kemestian.

Begitu juga pakaian bersih untuk menunaikan ibadat solat lima waktu. Sebaiknya boleh barang keperluan dan dokumen penting disimpan dalam bekas atau beg yang kalis air.

IKLAN

 

Set pancing

Peralatan memancing maksimum tiga set. Satu set kekili elektrik, satu set jigging aksi sederhana dan satu set aksi ringan khusus untuk mencari umpan seperti ikan-ikan pelagik dan sotong.

Tidak perlu bawa set pancing sebagai standby mode. Namun tali pancing simpanan sebaiknya dibawa bersama.

 

Kotak pancing

Segala peralatan terminal dan aksesori memancing sebaiknya dimuatkan ke dalam satu kotak pancing sahaja.

IKLAN

Elakkan dari membawa kotak pancing berlebihan terutamanya bersaiz besar kerana ia akan memakan ruang yang sememangnya terhad di atas bot.

 

Mata kail

Mata kail pelbagai saiz bermula dari 2/0 hingga 5/0 untuk ikan besar, manakala mata 4 hingga 1/0 untuk skala ikan kecil.

Adalah disarankan susun atur mata kail mengikut saiz supaya lebih mudah untuk digunakan nanti. Jangan campur mata kail baru dengan yang sudah digunakan.

 

IKLAN

Perambut

Perambut sesuai berkekuatan daripada 30 lb hingga 100 lb berwarna cerah atau jernih. Kabel atau perambut dawai 40 hingga 60 paun perlu untuk memancing ikan bergigi tajam.

 

Umpan

Selain umpan yang disediakan oleh pihak bot, boleh juga untuk dibawa umpan sendiri. Terutamanya umpan tiruan seperti jig dan candat sotong.

 

Makanan dan ubatan

Lazimnya pengusaha bot memancing akan menyediakan makan dan minum. Bagaimanapun seeloknya kita turut membawa minuman dan makanan tambahan berserta bekalan ubat yang dirasakan sesuai. Terutamanya ubat mabuk dan ubat tahan sakit.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI