Spinnerbait merupakan antara gewang tiruan yang paling awal direka oleh pemancing. Dengan putaran blade kecil serta riak daripada skirt atau getah halus cukup untuk menaikkan nafsu ikan pemangsa.

Spesies ikan bass biasanya pengaruh kepada ciptaan spinnerbait, namun pemancing di Malaysia pula biasanya menggunakan gewang ini untuk memburu snakehead.

Apa pun spinnerbait terbukti mampu menjadi gewang killer kepada pemancing baik snakehead atau bass. Jom kita lihat antara 10 spinnerbait terbaik ini.

 

Mann’s : “The Classic ”

 

Spinnerbait ini telah membantu Hank Parker menjuarai pertandingan Bassmaster Classic pada tahun 1989 dan seterusnya menjadi rebutan di kalangan pemancing.

Salah satu kekuatan spinnerbait ini ialah komposisi lengan yang ultra halus yang menghasilkan getaran menggoda dengan padanan ball-bearing swivel untuk menghasilkan ilusi renangan.

 

Eco Pro Tungsten : Rapid Fire Spinnerbait

 

Produk tungsten lebih terkenal dengan jig dan batu ladung. Namun penghasilan Rapid Fire menjadikan spinnerbait ini mempunyai ciri tarikan tersendiri.

Kerangka daripada tungsten membuatkan gewang ini lebih tumpat serta mampu membuat balingan yang lebih jauh selain rekaan badan yang menarik.

 

Freedom Tackle : Live Action Spinnerbait

 

Spinnerbait daripada Freedom ini wajar dimiliki kerana merupakan antara spinnerbait pertama yang menggunakan mata berasingan, mudah ditukar dan bersifat free-swinging yang memberikan aksi tambahan.

IKLAN

Sambungan mata pada badan yang lebih longgar menghasilkan renangan yang lebih menggoda dan spinnerbait ini terbukti kuat dan teguh.

 

Booyah : Vibra -FLEX

 

Direka oleh pemancing bass terkenal, Jimmy Houston, spinnerbait ini menampilkan kerangka Vibra-FLEX yang menghasilkan getaran yang lebih menggoda berbanding kerangka stainless steel biasa.

Kerangka ini juga kuat dan sukar bengkok jika tersangkut sekalipun. Ciri lain juga menampilkan blade dengan putaran berlawanan menjadikan spinnerbait ini sangat ampuh.

 

Jackall : Super Eruption

 

Menonjol dalam situasi kurang cahaya dan air yang keruh, Super Eruption dilengkapi dengan 2 bilah blade yang akan berputar laju setelah memasuki air.

Juga dilengkapi dengan kerangka 0.8 mm. SUS304 stainless steel, memberikan getaran dan kekuatan untuk menaikkan ikan seekor demi seekor.

IKLAN

Bentuk kepala spinnerbait ini juga agak unik dan menghasilkan aksi tambahan.

 

Blue Fox : Vibrax Super Bou

 

Cukup terkenal dengan kemampuan menggoda bass bersaiz besar, spinnerbait sepanjang 8 ½ inci ini mungkin mampu menarik spesies seperti mama haruan dan mama toman.

Dibina dengan kerangka super-duty stainless steel, badannya juga dilengkapi dengan rekaan safety-pin untuk mengelakkan lebur jika tersangkut. Datang dengan 8 pilihan warna utama.

 

Northland Tackle : Reed-Runner Classic -Series Tandem

 

Spinnerbait ini datang dengan blade willow-leaf dengan tambahan blade kecil sebagai kicker. Blade bagi spinnerbait ini juga datang dengan pelbagai pilihan warna daripada metalik hingga hitam.

Dipadankan dengan silikon Crazy Leg serta mata kail merah daripada Lip-Stick Hook menambahkan lagi tarikan spinnerbait ini.

IKLAN

 

River2Sea : Bling

 

Spinnerbait rekaan Ish Monroe ini menghasilkan getaran daripada kerangka yang ringan dan serta blade yang ultra-nipis.

Selain itu, ciri lain yang menjadi tarikan bagi spinnerbait ini ialah swivel dengan ball-bearing pada blade atas untuk membantu membuat putaran pada karauan perlahan serta rekaan kepala untuk membantu mengelakkan sebarang halangan sewaktu renangan.

 

Strike King : KVD Finesse

 

Direka oleh Kevin VanDam dan barisan jurutera Strike King, KVD Finesse dihasilkan untuk menahan asakan ikan bass.

Dihasilkan dengan kerangka yang kuat serta pilihan warna natural, bentuk kepala yang agak bulat menghasilkan aksi tambahan ‘bumps’ pada dasar perairan.

 

Terminator : T-1 Titanium Twin Spin

 

T-1 Titanium Twin Spin merupakan dual-armed spinnerbait yang terbukti antara spinnerbait killer terhadap pelbagai spesies ikan pemangsa.

Dilengkapi dengan sepasang blade Oklahoma double-barreled flash, ia menjadi padanan sesuai kepada kerangka Snap Back titanium untuk melawan asakan pemangsa.

Dengan mata kail VMC Needle Point, spinnerbait ini mampu menjadi senjata yang meyakinkan buat pemancing.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI