Lazimnya, teknik pancingan ini hanya dilakukan di delta sungai air payau, muara atau di laut lepas sahaja. Namun ia lebih popular di laut lepas apabila bertemu dengan longgokan sampah dari sungai.
Objek apung yang paling popular dan diburu oleh ramai pemancing ialah pokok nipah hanyut. Boleh dikatakan, sesiapa yang paling awal menemui objek apung ini pasti akan memperoleh hasil. Spesies buruan utama penghuni apung ini tentulah ikan pecah periuk atau turut dikenali sebagai patipok.
Dalam memburu penghuni apungan, teknik menghanyut umpan dan melontar perlu dilakukan sehampir mungkin ke apungan tersebut. Ini kerana lazimnya penghuni apung berlegar tepat di bawah apungan.
Perambut sepanjang setengah depa menggunakan perambut kabel ataupun tali mono 60lb boleh dipraktikkan dalam memburu spesies ini. Penggunaan perambut yang lebih halus hanya memberi kemenangan kepada penghuni apung. Harus diingat juga jika perambut terbelit pada objek apung pasti memberi kelebihan kepada ikan untuk memboloskan diri.
Umpan sotong atau hirisan kembung sangat sesuai digunakan untuk menjerat mangsa yang kebiasaannya mencari makanan di sekitar apungan yang hanyut. Spesies pelagik ini kebiasaannya akan melarikan umpan di antara dasar dan permukaan air.
Set pancing yang digunakan juga tidak perlulah menjurus kepada set yang terlalu berat kerana, aksi tarikannya memang dinantikan pemancing. Namun lokasi ini bukanlah padang permainan untuk set ultra ringan.
Secara amnya, ikan pecah periuk akan menjamah apa jua umpan yang dilontarkan berhampiran kumpulan mereka.
Selain hirisan kembung dan sotong, penulis pernah melontarkan batu ladung yang diikat bulu itik dan ianya juga mendapat sambutan dan tidak keterlaluan jika saya katakan spesies ini mudah dipancing jika kena lubuknya.
Kebiasaannya apabila trip ke laut dalam, kekili aksi berat menjadi pilihan utama kaki pancing sesuai dengan saiz ikan yang bakal dibuat perhitungan dan aras kedalaman lubuk itu sendiri.
Kekili pilihan kebanyakannya multiplier siri 30 hingga 50 siri dengan dua kelajuan dan mampu memuatkan tali utama sehingga 1000 meter.
Saiz begini sesuai di padankan dengan joran aksi menengah berat 20lb hingga 80lb kekuatan.
Lewat masa kini kekili mengunakan kuasa bateri mejadi pilihan ramai kaki pancing berpoket besar dan jenis yang cari lauk dan jual ikan.
Kekili jenis spinning amat tidak digalakkan kerana jenis ini mampu meletihkan pemancing pada kedalaman lebih dari 200 kaki. Bawah 100 kaki kurang sedikit masalah.
Walaupun spesies ini rakus pada peringkat permulaan hingga pertengahan air, namun cepat lemah apabila timbul di permukaan. Lebih-lebih lagi pelampung dan matanya
tersembul keluar. Masa ini pemancing tidak perlu lagi gopoh untuk mengeluarkan ia dari permukaan air.
Terdapat beberapa teknik memancing ikan merah ini yang sering di gunakan oleh nelayan dan sesetengahnya menjadi ikutan pemancing yang sering menempah bot nelayan tersebut. Teknik ini kemudiannya di kembangkan dari masa ke masa.
Cuma teknik merawai, dan apollo berpelampung jarang diamalkan oleh pemancing rekreasi. Teknik yang paling digemari oleh pemancing ialah mengunakan tanduk disusuli perambut 3 depa.
Jika kebanyakan nelayan mengunakan perambut 5 hingga 10 depa sesuai dengan mengunakan koyan (handline), bagi kita pemancing amat sukar dipratikkan kerana saat
yang paling sukar ialah ketika tanduk sudah terjuntai di hujung joran manakala ikan masih berkeliaran di bawah.
Hasil (ikan) cepat berbelit dengan tangsi lain dan bantuan rakan amat diperlukan. Jadi bila pakai joran dengan tanduk, jangan guna perambut yang terlalu panjang.
Ikan merah jalang ini jarang merembat jig maupun gewang. Ia tidak mudah ditipu kerana kepekaanya pada sekeliling serta mangsanya sendiri.
Tidak kira berapa kekuatan tali utama bukanlah soal pokok, pentingnya ialah tali perambut mestilah sesuai dengan warna dan kekuatannya.
Untuk saiz sekilo hingga 5kg disyorkan guna perambut mono sekadar 50lb berwarna hijau Berkley atau perambut putih yang biasa dijual di kebanyakan kedai pancing.
Jika berani pakai lebih halus lagi bagus kerana kadar rentapan ikan lebih berbanding perambut kasar.
Jangan mengunakan perambut kasar untuk memancing ikan merah ini jika tidak ingin kecewa.
Batu ladung merupakan peralatan terminal yang amat penting khususnya bagi pancingan dasar. Antara lain fungsinya adalah untuk menghantar umpan ke spot yang dikehendaki.
Walau bagaimana pun batu ladung ada kelebihan dan kelemahan tersendiri. Beberapa panduan perlu dititikberatkan sama ada ketika membeli atau menghasilkannya sendiri.
➡ Tidak semua batu ladung dihasilkan dengan sempurna. Kadangkala kita boleh temui batu ladung yang tidak kemas kerja-kerja akhir pembuatannya dengan terdapatnya bucu-bucu yang tajam.
Khususnya batu ladung hidup berbentuk buah kana atau bulat. Bucu-bucu tajam ini akan bergesel dengan tali pancing sekaligus menyebabkan tali pancing terluka dan putus.
➡ Sekiranya memilih dan membeli batu ladung di kedai pancing yang masih `segar’ dari kilang atau pembekal, sebaik-baiknya cuci tangan berbuat demikian.
Lebih-lebih lagi jika anak-anak yang berbuat demikian. Timah adalah bahan yang sangat bertoksik.
➡ Begitu juga anda membuat sendiri batu ladung dengan mencairkan timah. Wap dari timah cair sangat berbahaya dan boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius.
Keadaan lebih parah jika timah cair terkena anggota badan.
➡ Jika menghasilkan batu ladung sendiri juga pastikan juga bahagian pertemuan atau bucu-bucunya tidak ada serpihan dan bucu tajam.
Pastikan ia diratakan sebelum digunakan. Selain boleh melukakan anggota tangan, ia juga boleh mencederakan tali pancing.
➡ Dari segi penggunaan batu ladung pula pilihlah saiz batu ladung yang setara dengan kelajuan arus.
Memadai sekadar untuk menjatuhkan umpan ke dasar, tidak menyebabkan persembahan umpan menjadi terlalu kaku atau terlalu dihanyutkan arus.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...