Panduan Asas Memancing Kolam Berbayar

Kebanyakan kaki pancing terutamanya di Lembah Kelang pastinya pernah memancing di kolam berbayar air tawar. Tidak kiralah kolam pancingan tangkap dan lepas atau kolam berlauk.

IKLAN

Sekiranya korang belum pernah memancing dan bercadang untuk mencubanya, di sini kami sediakan sedikit panduan untuk korang pratikkan.

 

Survey dulu

Berkenalan dengan keadaan dan situasi kolam terlebih dahulu. Kalau bertanya terus pada pengusaha dan pekerja kolam pun bagus juga. Ketahui port strategik, umpan dan teknik yang digunakan kerana lain kolam lain umpannya.

 

Info spesies

Ambil tahu juga jenis-jenis ikan yang ada di dalam kolam. Ini penting untuk mengetahui teknik dan persembahan umpan yang betul.

Selain itu tanya juga jadual pelepasan ikan bagi mengelak daripada silap umpan dan kumpau kerana ikan tak bukak mulut. Terutamanya jika ia adalah kolam rohu.

 

 

IKLAN

Ikut peraturan

Patuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pengusaha kolam. Terutamanya jumlah penggunaan mata kail bagi mengelak daripada putih mata kerana ikan yang diperoleh tidak layak disenaraikan dalam ranking jackpot.

 

Set pancing

Pastikan juga set pancing yang digunakan adalah bersesuaian dengan saiz ikan yang terdapat di dalam kolam bagi mengelakkan kes melayan ikan terlalu lama sehingga mengganggu pemancing lain. Dan lebih penting lagi ikan yang dipancing berjaya didaratkan dengan sempurna.

 

 

Adab memancing

Elakkan membaling umpan secara menyilang kerana tidak semua kaki kolam bersifat mesra, bahkan ramai otai kolam yang bersifat ala-ala KL Gangster.

 

Joran terbang

Sebaiknya guna pancang yang sesuai dan pastikan drag pancing telah dilonggarkan sebelum duduk bersantai menunggu umpan dimakan ikan bagi mengelakkan daripada berlakunya kejadian pancing terbang ke dalam kolam.

 

 

Kerjasama

Sentiasa peka pada aktiviti memancing di kolam terutama bila pemancing lain sedang menarik ikan. Beri kerjasama untuk mengelakkan tali pancing bersilang atau menyentap tali pancing pemancing yang sedang melayan ikan.

 

Jangan segan bersuara

Sekiranya giliran kita pacak dan bertarung dengan ikan, usah segan untuk bersuara sebagai isyarat kepada pemancing agar tidak menyentap tali pancing kita sekaligus menyebabkan ia putus, ikan terlepas an kita berputih mata.

 

 

Bantu membantu

Saling tolong menolong. Sekiranya pemancing di sebelah menaikkan ikan, tolonglah tangguk kerana kita juga akan diberi pertolongan jika bertarung dengan ikan nanti.

 

Ramah dan mesra

Cubalah bertegur dengan pemancing lain yang sudah biasa memancing di kolam tersebut. Ia amat penting sekiranya anda terus membangau setiap kali memancing di kolam tersebut.