Cabaran memancing ada kalanya cukup sukar bila mana lokasi spesies target berada di lokasi yang bahaya dan boleh mengancam nyawa seandainya alpa dan mengabaikan langkah-langkah keselamatan atau tiada persiapan rapi bertandang ke sini.

 

Khone falls, Laos

Merupakan sungai berjeram paling besar di Asia Tenggara. Berada di Lembah Sungai Mekong, karakter Khone Falls ini terdiri daripada beribu pulau kecil sehingga digelar Si Phan Don atau ‘The 4000 Islands’. Ancaman pancingan di sini ialah arus yang sangat deras.

Spesies target – Giant Mekong catfish

 

Padang Pancing Paling Ekstrem Di Dunia

 

Hazard Rock, US

Merupakan spot ikan bersaiz besar terbaik untuk teknik surfcasting namun sangat merbahaya dan telah meragut beberapa nyawa. Air sangat dalam biarpun di tebing berbatu dan pukulan ombak mampu menarik pemancing ke tengah laut dan hampir mustahil untuk berenang ke tebing jika terjatuh,sebaiknya berenang ke tengah dan cuba mencapai boya. Beberapa kes dihanyutkan ombak dilaporkan.

Spesies target – Spesies trevally, tuna

 

Padang Pancing Paling Ekstrem Di Dunia

 

Devil Hole, New York

Terletak dalam Sungai Niagara. Ancaman daripada air berpusar kuat yang disebabkan oleh air terjun dan kipas daripada 3 buah power plant. Pernah menghanyutkan pemancing selama 6 hari sebelum dijumpai.

Spesies target – Steelhead

 

IKLAN

Padang Pancing Paling Ekstrem Di Dunia

 

The Red Triangle, California

Sangat popular di kalangan pemancing kayak atau kayak fishing. Namun risiko terbesar datang daripada serangan ikan jerung putih. 38% kes serangan jerung kepada manusia di Amerika Syarikat terjadi di sini.

Spesies target – Halibut, Sailfish

 

Padang Pancing Paling Ekstrem Di Dunia

 

Gulf of Riga, Latvia

Merupakan spot pancingan popular terutama ice fishing. Namun, Riga juga mempunyai reputasi menakutkan kerana ais yang bergerak dengan cepat ditambah dengan perubahan suhu dan angin boleh menyebabkan perkara tidak diingini berlaku pada pemancing.

Spesies target- Garfish, Sea bass

 

Padang Pancing Paling Ekstrem Di Dunia

IKLAN

 

Umba River, Russia

Antara lokasi terbaik bagi pancingan salmon. Namun perlu berhati-hati kerana kemungkinan beruang menjadi peneman tanpa disedari.

Spesies target – Salmon

 

Padang Pancing Paling Ekstrem Di Dunia

 

Baikal Lake, Russia

Salah satu tasik terbesar di dunia ini terletak di kawasan Siberia. Selain pecahan ais, pemancing di sini terdedah kepada penyakit tick-borne encephalitis, satu penyakit berjangkit yang datang dari hutan di sekeliling Baikal. Penyakit ini mampu menyebabkan kematian dan pemancing biasanya mengambil vaksin jika ke sini.

Spesies target: Omul

 

Padang Pancing Paling Ekstrem Di Dunia

IKLAN

 

The Arctic

Terletak di utara Russia, kawasan ini terdedah kepada serangan beruang polar dan juga suhu yang terlampau rendah.

Spesies target: Arctic Char

 

Padang Pancing Paling Ekstrem Di Dunia

 

The Great Lakes

Antara lokasi popular di kalangan ice fishing. Great Lakes terdedah kepada risiko pecahan ais. Pada 2009, dengan bantuan airbone, kapal dan helikopter, seramai 135 orang pemancing berjaya diselamatkan oleh pasukan penyelamat akibat dihanyutkan oleh ais yang pecah.

Spesies target: Salmon

 

Padang Pancing Paling Ekstrem Di Dunia

 

Chernobyl (Kiev Reservoir), Ukraine

Ancaman risiko terdedah kepada radioaktif akibat daripada letupan loji nuklear Chernobyl 1986. Pemancing dan pengunjung ke sini dinasihatkan agar tidak makan, minum, merokok atau menyentuh tumbuhan di kawasan terbuka.

Spesies target: Pike, Silver bream, Pike-perch

 

Padang Pancing Paling Ekstrem Di Dunia

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI