Ini kali pertama saya menjejaki Sungai Rompin. Itu pun selepas termakan `racun’ dan pujukan Zaidi, anak jati Rompin. Zaidi beria mengajak saya bertandang ke lubuk permainan sebaraunya di Sungai Rompin.

 

Sempena cuti umum yang jatuh pada hujung minggu, saya bersama Andy dan Azlan bertolak menuju ke Rompin dari Lembah Kelang.

Seawal jam 6 pagi kami tiba di Rompin. Selepas solat subuh, kami bertemu dengan Zaidi dan bersarapan di gerai kampung di Rompin.

 

Bersama Zaidi, rakannya Sidek, Zaini dan Ayie juga turut serta. Sebenarnya, untuk trip ini, saya telah pun merancang untuk berkhemah satu malam dan sebelum bergerak ke Sungai Rompin, kami singgah di kedai runcit berhampiran bagi melengkapkan keperluan untuk berkhemah.

 

Mengilat Belang Tunggal Rompin

 

Hari Pertama

 

Tepat jam 8 pagi, kami tiba di jeti perkampungan orang Asli dan memulakan final camping checking iaitu memastikan peralatan untuk berkhemah cukup dan lengkap.

Perjalanan menyusuri Sungai Rompin ke camp site menggunakan tiga buah bot milik Zaidi dan rakannya. Ia mengambil masa kira-kira setengah jam dari jeti.

Sepanjang trip ini, spesies sebarau menjadi sasaran utama kami. Ini kerana menurut kata Zaini, Sungai Rompin masih banyak menyimpan lubuk yang dihuni spesies sebarau.

 

Setelah tapak perkhemahan telah siap dipasang, bermula lah aktiviti survivor kami, iaitu misi mencari lauk tengah hari.

Untuk permulaan, kami hanya melakukan aktiviti casting tidak jauh dari kawasan tapak perkhemahan.

 

Alhamdulilah, cuaca pada hari kejadian cukup baik. Saya menggunakan gewang untuk melontar ke seberang sungai betul-betul di celah reba kayu. Ada miss call tetapi rabut.

IKLAN

Selepas beberapa kali percubaan keadaan sunyi sepi. Rakan saya yang berada tidak jauh dari saya telah pun berjaya memperoleh lesen sebarau.

 

Selepas menapak beberapa minit, saya melihat deburan air menandakan ada pemangsa sedang mengejar sesuatu, betul-betul di bawah sepohon dahan yang rendang.

Saya menukar kepada spoon AXZ. Dua lontaran sahaja, hujung joran saya disergap kuat, tanda ada sebarau telah menyambar.

Sebaik sahaja melayannya, akhirnya sebarau yang saya anggarkan bersaiz lebih sekilogram berjaya diperolehi.

Cukup puas hati bertarung dengan sebarau sungai bersaiz begini. Lebih-lebih lagi sebarau sungai yang begitu kuat kudratnya.

 

Mengilat Belang Tunggal Rompin

 

Tiba di camp site, kami semua berjaya memperoleh 3 ekor sebarau bersaiz memuaskan dan semuanya dijadikan hidangan makan tengah hari.

Selepas makan tengah hari, aktiviti casting disambung semula sehingga lewat petang. Hasilnya beberapa ekor sebarau juvenil bersaiz 200 – 400g berjaya diperolehi .

Tidak ada spesies yang kasar diperolehi sebagaimana pagi tadi. Hanya Andy yang berjaya memperoleh saiz melebihi sekilogram.

Mana-mana sebarau bersaiz kecil, kami lepaskan semula selepas hanya bergambar dengannya.

IKLAN

 

Aktiviti Malam

 

Malam hari, kami menikmati menu masakan yang simple sahaja, iaitu masakan dalam ikan sardin dalam tin, ayam goreng, sayur kubis goreng dan ikan kering ia tetap menu yang terhebat buat kami.

Apatah lagi Zaini menyediakan sambal tempoyak dan jering muda sebagai ulam. Fuhh terangkat, apatah lagi sambalnya cukup pedas.

Sebagai persediaan, kami telah pun memasang unggun api besar berdekatan khemah di mana sejak awal petang tadi juga kami telah mencari banyak bangkar kayu untuk dijadikan unggun api.

 

Mengilat Belang Tunggal Rompin

 

Malam melabuhkan tirai, kami memulakan aktiviti pancingan dasar berhadapan khemah. Sasaran utama, sudah pastilah ikan baung. Umpan cacing dan sedikit umpan tapa menjadi umpan terbaik untuk dipertaruhkan.

Namun aktiviti membaung berlangsung selama 4jam berakhir dengan hasil yang tidak memberangsangkan.

Kami berpendapat lubuk di hadapan khemah ini bukanlah spot terbaik mencari spesies baung. Jam 11 malam, kami semua selamat memasuki khemah dan tidur.

 

IKLAN

Hari Kedua

 

Hari kedua, kami memutuskan untuk naik ke bahagian hulu sungai. Iaitu memasuki kawasan anak sungai yang lebih cetek airnya dan boleh diharungi separas pinggang.

Teknik casting sambil meranduk air memang memerlukan kesabaran, ketahanan fizikal dan mental.

 

Mengilat Belang Tunggal Rompin

 

Anak sungai di sini dipenuhi spot-spot menarik, bangkar-bangkar kayu sangat mudah ditemui. Mungkin ia kesan banjir besar pada musim tengkujuh yang melanda Disember lalu.

Di setiap selekoh sungai pasti ada sahaja spot-spot yang menarik. Memang berbaloi dengan hasil tangkapannya.

Strike demi strike diperolehi oleh semua ahl trip. Cuma tiada kelibat bersaiz 800 gram ke atas. Rata-rata saiz yang diperolehi 200-600 gram sahaja yang berjaya diperolehi.

 

Mengilat Belang Tunggal Rompin

 

Sekitar jam 4 petang, kami menamatkan trip ini. Walaupun trip ini singkat, namun bagi saya dan rakan-rakan yang datang dari ibu kota, menganggapnya ia trip yang memberi kenangan seribu makna.

 

Memandangkan masih ada ahli komplot yang kumpau dan lose control sekali gus belum merasai pecutan sang sebarau Sungai Rompin, kata putus diambil, satu trip susulan akan diadakan lagi selepas Aidilfitri nanti. Sungai Rompin, mu tunggu aku datang semula.

 

Mengilat Belang Tunggal Rompin

(Oleh: Zai Maxx)

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI