Pernah anda memancing tanpa menggunakan mata kail? Tentu saja tidak pernah. Ini jelas membuktikan betapa pentingnya mata kail sebagai peralatan memancing.
Sebagaimana pentingnya mata kail untuk memancing, begitu jugalah pentingnya untuk anda mengenali anatomi atau bahagian mata kail.
EYE/CINCIN
Ia merupakan bahagian paling atas di mana ia menjadi bahagian utama untuk menghubungkannya dengan tali pancing dengan simpulan atau ikatan-ikatan mata kail.
SHANK/TERAS
Bahagian yang menyambungkan mata ke bingkai mata kail. Setiap mata kail memiliki teras yang berlainan kepanjangannya dan bergantung kepada jenis aplikasi memancing.
Ads
Sama ada terus panjang atau pendek, penghujungnya semakin cenderung untuk bengkok.
BEND / LENGKUNG
Lengkung atau selekoh di bahagian bawah mata kail yang terdiri daripada pelbagai gaya dan jurang.
Bahagian ini adalah tulang belakang mata kail kerana jika diberi tekanan berlebihan akan melurus sekali gus bakal kehilangan ikan yang dipancing.
GAP / JARAK
Ads
Ia adalah jarak antara hujung bilah mata kail dan teras yang tercipta dari hasil panjangnya lengkung.
Jarak jurang itu ditentukan berdasar pada umpan yang digunakan dan lebar rahang spesies sasaran.
Untuk lebih jelas, untuk cangkukan sempurna ikan berahang luas memerlukan jurang mata kail yang lebih luas.
POINT / MATA JARUM
Boleh dikatakan ia bahagian paling penting pada mata kail. Mata jarum yang kuat dan tajam adalah kritikal kerana ia adalah titik pertama di mana ia berhubung dengan ikan.
Ads
Sekiranya ia gagak menembusi mulut ikan maka ia adalah kegagalan mutlak.
BARB / DURI PANDAN
Bahagian ini direka untuk memegang ikan yang dipancing apabila mata kail menembusi bahagian mulutnya.
Bahagian ini juga menjadi bahagian paling ditakuti oleh pemancing sekiranya mata kail tertancap pada anggota badan sendiri.
Justeru bagi pengamal sukan memancing sejati, mereka akan mematahkan duri pandan atau menggunakan mata kail tanpa duri pandan kerana ia bersifat lebih adil dan mesra kepada pemancing dan juga ikan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Umpun-umpun, ruat atau perumpun merupakan umpan paling popular bagi pancingan muara. Oleh yang demikian amatlah penting ia dijaga dengan sempurna agar dapat digunakan dalam keadaan baik sehingga selesai sesi memancing.
Tip 1
Tak kira apa saja jenis umpun-umpun, ia perlu disimpan di dalam bekas dan di tempat yang lembap dan jauh dari cahaya terus matahari. Sekiranya anda membelinya terlebih awal, sebaiknya simpan ia di kawasan sejuk dan tidak terkena cahaya matahari.
Tip 2
Lebih elok jika umpun-umpun dapat disimpan bersama tanah atau selut yang merupakan habitat asalnya. Tanah dan selutnya ini perlu dipastikan agar sentiasa lembab dan basahkan dengan air apabila ia mengering.
Tip 3
Sekiranya umpun-umpun disimpan di dalam air masin, pastikan air tersebut ditukar ganti bagi tempoh tertentu. Air yang terlalu lama akan berasid dan menyebabkan umpun-umpun cepat mati.
Tip 4
Sekiranya memancing di atas bot, bekas simpanan umpun-umpun sebaiknya lebar dan dapat membekalkan oksigen yang secukupnya. Airnya juga perlu ditukar baru selepas beberapa jam (anggaran 3 hingga 4 jam).
Tip 5
Jika menggunakan umpun-umpun sarang, pastikan ia tidak dikeluarkan dari sarang sehinggalah hendak digunakan. Pastikan juga sarangnya dilembabkan dengan air laut dan disimpan di kawasan teduh.
Tip 6
Adalah penting untuk anda mengenali bahagian kepala dan ekor umpun-umpun sebab bahagian ekor perlu digunakan dahulu. Potong bahagian ekor terlebih dulu kerana bahagian kepala mampu bertahan lebih dari 3 hari jika kekal lembap.
Tip 7
Rajinkan diri untuk melihat keadaan umpun-umpun di dalam bekas simpanan. Tengok kalau-kalau ada yang sudah mati. Segera asingkan umpun-umpun yang sudah mati dengan umpun-umpun yang masih hidup.
Tip 8
Jika ada kertas surat khabar, gunakan ia sebagai alas pelindungan tambahan. Lembabkan kertas surat khabar dengan air laut dan untuk kekalkan kesegaran umpun-umpun, tukar surat khabar yang baru selepas tempoh tertentu.
Tip 9
Sekarang ini sudah ada pengeluar umpun-umpun segar yang telah dikeringkan. Jika tiada alternative untuk dapatkan umpun-umpun segar, bolehlah bawa umpun-umpun kering ini ke mana saja destinasi pancingan anda.
Memasuki arus permodenan, dan pengurangan penggunaan mata 3 khususnya dalam sukan memancing casting dan jigging, dunia pancingan kolam air tawar seperti masih ketinggalan di belakang.
Masih ramai pemancing yang mengekalkan teknik konvensional ini khususnya pancingan rohu. Mata bom dan mata kail sehingga 10 penggunaan mata kail masih digunapakai sehingga ke hari ini.
10 mata kail digunakan hanya untuk memancing seekor ikan. Tidak dinafikan ia teknik yang berkesan dan peratusan seekor ikan akan memagut umpan pada 10 mata kail adalah tinggi. Namun persoalan yang timbul adalah, apa bezanya teknik perambut mata bom ini dengan teknik sembat mata 3 dan cakar ayam?
Meskipun teknik sembat tidak lagi dibenarkan, dibenarkan atau tidak teknik ia pasti diguna pakai juga apabila menggunakan perambut mata bom. Setiap gerakan kecil pada tali utama pasti akan dibalas dengan sentapan atau sembat. Jika ikan sedang memakan umpan pasti mata kail akan tertusuk di dalam mulutnya. Jika ikan sedang mengutis umpan sekalipun akan tercangkup juga mata kail sama ada di luar mulut, mata mahupun anggota badannya.
Jika bernasib baik, ikan akan berjaya didaratkan dan disumbat ke dalam jut kerana lazimnya pancingan rohu lebih merupakan pancingan berlauk atau bawa pulang tak mengira boll ataupun tidak. Jika tidak bernasib baik, ikan terlepas dan membawa bersama kecederaan akibat tajamnya mata kail tersebut.
Selain boleh mendatangkan kecacatan pada ikan, mata bom dan mata rambai juga boleh mendatangkan kecederaan kepada pemancing. Terutamanya kepada pemancing baru yang belum berpengalaman dalam pengendalian ikan.
Menanggalkan sebatang mata kail yang tertancap dalam mulut ikan dengan keadaan 9 mata kail lagi bergerak bebas tatkala ikan sedang menggelupur untuk membebaskan diri adalah tugas berisiko tinggi. Sedangkan menanggalkan mata 3 gewang dari mulut ikan sering saja berlaku kemalangan kepada pemancing, inikan pula terdedah kepada 10 mata kail.
Barangkali sudah tiba masanya para pemancing khususnya peminat rohu, memodenkan teknik pancingan rohu dengan penggunaan maksimum 2 mata kail. Tentu saja pemancing merangkap nelayan kolam yang mencari makan dengan menjual hasil tangkapan ikan rohu akan membantah sekeras-kerasnya cadangan ini.
Namun, jika sudah ditetapkan rezeki, hanya menggunakan satu mata kail sekalipun masih boleh gasak. Malah dengan penggunaan mata kail yang minima juga dapat menguji umpan yang digunakan. Logiknya, kalau umpan tak power, guna 100 mata kail sekalipun belum dapat mendaratkan seekor ikan.
Tentu saja usaha ini tidak akan tercapai tanpa kerjasama dari pengusaha dan pemilik kolam pancing. Meskipun tidak semua tapi masih ada pengurusan kolam yang membenarkan penggunaan mata bom sehingga 10 mata kail ini. Pihak kolam tidak perlu risau risiko kehilangan pemancing kerana seketat mana pun peraturan, pemancing akan turun juga ekoran ketagihannya.
Dalam masa yang sama, penggunaan mata kail yang minima bukan merugikan sebaliknya menguntungkan kolam. Yang pasti, sudah tiba masanya teknik pancingan yang boleh memudaratkan ikan serta pemancing sendiri dilupuskan.
Pernah atau tidak anda daratkan apa-apa saja spesies marin yang berstatus monster?
Admin percaya tentu korang gagal mendaratkannya kerana kalau tak dapat naik tentunya monster.
Asal tak naik je monster. Tapi, apa yang disiarkan ini ialah monster yang berjaya dinaikkan.
Lobster : Maine, Amerika Syarikat.
Lobster yang terbesar pernah ditangkap direkodkan di perairan Maine, New England di Amerika Syarikat.
Lobster ini seberat 27 paun dan besarnya kira-kira saiz kanak-kanak berusia 3 tahun. Ia diberi nama ‘Rocky’ dan sepitnya sahaja mampu mencederakan lengan seorang lelaki dewasa.
Beratnya tertumpu pada sepitnya dan ia dikatakan mampu mematahkan lengan jika disepit. Rocky telah dilepaskan kembali ke lautan beberapa hari selepas itu.
Red King Crab : Lautan Pasifik
Ketam juga merupakan salah satu hidupan akuatik yang mempunyai ciri-ciri yang unik serta mempunyai rasa yang lazat sebagai hidangan.
Namun begitu, tahukah anda ketam terbesar yang pernah dinaikkan mempunyai berat sehingga 15kg?
Itulah seekor ketam Varanger (Varanger king crab) dengan jarak hujung ke hujung hampir 2 meter yang pernah dinaikkan di Lautan Pasifik.
Ketam Varanger ini juga sering digelar sebagai “red king crab”.
Giant Squid : Lautan Artik
Sotong gergasi ini telah ditangkap di Lautan Artik dan direkodkan seberat 1089 paun. Ia telah mengatasi rekod berat sotong sebelum itu yang direkodkan di New Zealand iaitu 992 paun.
Panjang sotong gergasi dari Lautan Artik ini mencecah sehingga 6 meter panjang. Bayangkan betapa besarnya gergasi ini!
Pirarucu : Amazon, Brazil.
Arapaima gigas boleh dikatakan spesies legenda yang masyhur di kalangan pemancing.
Jadi tidak hairanlah Lembah Amazon di Brazil ini mampu berbangga dengan spesies ikan naga sebagai rekod terberat pernah dinaikkan menggunakan rod dan kekili.
Spesies yang dijinakkan oleh pemancing profesional tersohor, Jakub Vagner pada 2010 ini telah merekodkan angka 339 paun (154 kg) dan ianya juga diperakui oleh IGFA sebagai rekod rasmi.
Cichla temensis : Rio Negro, Brazil
Berhampiran dengan Lembah Amazon, Rio Negro memang terkenal sebagai lokasi pancingan peacock bass ditambah dengan sokongan daripada pihak negeri untuk menjadikan lokasi tangkap dan lepas.
Pada tahun 2010, seorang pemancing warga Brazil iaitu Andrea Zaccherini, telah berjaya menaikkan seekor spesimen spesies C. temensis seberat 29.1 paun ketika trip memancing yang disertainya.
Ini seterusnya memadam rekod lama seberat 28 paun yang direkodkan hanya kira-kira 10 bulan sebelum itu.
Alligator Gar : Texas, Amerika Syarikat
Spesies yang menyerupai haiwan pra-sejarah ini berjaya dijinakkan oleh seorang pemancing dari Texas iaitu Brent Crawford.
Beratnya melebihi 300 paun dengan panjang berukuran 8 kaki 2 inci. Tangkapan Crawford dikatakan menjadi rekod terbesar alligator gar yang didaratkan dengan teknik pancingan busur (bow-fishing) mengatasi rekod lama iaitu 279 paun.
Bagi rekod tangkapan alligator gar menggunakan rod dan kekili, rekod terberat ialah 365 paun.
Blue Marlin : Kona, Hawaii
Marlin ini digelar marlin biru legenda Pasifik setelah ia berjaya didaratkan pada tahun 1984 di perairan Kona, Hawaii.
Panjang marlin ini mencecah sehingga 17 kaki dan beratnya pula direkodkan seberat 1656 paun. Ia mengambil masa lebih daripada 2 jam bagi pemancing menaikkan gergasi ini.
Begitu pun, ia dikatakan marlin kedua terberat yang pernah dinaikkan menggunakan rod pancing.
King Salmon : California, Amerika Syarikat
Seorang pegawai hidupan liar telah menangkap seekor salmon yang dikatakan terberat di selatan California.
Spesies salmon Chinook ini direkodkan seberat 85 paun dengan panjang mencecah 4 kaki.
Ikan ini dikatakan berenang sejauh hampir 100 batu menuju ke hulu sungai untuk menghempaskan telur sebelum mati kemudiannya.
Giant Stingray : Thailand
Pari air tawar yang terbesar pernah ditangkap telah direkodkan di Thailand. Dengan berat mencecah 770 paun ianya ditangkap oleh seorang warga British yang memancing di Thailand ketika membantu program tagging spesies berkenaan.
Ukuran spesimen sekitar 7 kaki panjang dan 7 kaki lebar ini mengambil masa hampir 2 jam sebelum berjaya didaratkan.
Giant Mekong Catfish : Thailand
Pada Mei 2005, seekor patin Mekong (Pangasionodon gigas) telah berjaya didaratkan yang mana saintis percaya ia merupakan yang terbesar pernah dinaikkan.
Saiznya sepanjang 9 kaki dan beratnya mencecah 646 paun hampir sebesar seekor beruang.
Oleh kerana ia dikategorikan sebagai spesies terancam, nelayan di sana cuba untuk melepaskan kembali, namun sayangnya Mekong tersebut mati.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...