Lubuk-lubuk berpotensi yang terdapat di laluan kapal dagang memaksa para tekong mengambil risiko untuk memenuhi permintaan pemancing bagi mendapatkan strike. Antara risiko yang turut dihadapi oleh pemancing ialah ombak atau alun yang terjadi dari tujahan kapal dagang. Jika tidak bersedia atau tidak menyedari kehadiran alun tersebut, silap-silap boleh terhumban ke laut jadinya.
Namun kejadian ini boleh dielak sekiranya korang dapat menduga saiz alun yang bakal dihasilkan oleh kapal dagang berhampiran. Caranya ialah dengan memerhatikan riak alun pada bahagian bonggol hadapan kapal.
Ads
Bongkah hadapan jika begini akan menghasilkan alun sehingga terasa hentak tulang pinggang. Jadi bersiap-sedialah menunggu alun yang dihasilkan melanda bot korang.
Ads
Tenggelam begini lagi dalam dan power alunnya. Biasanya ia berlalu dengan senyap seolah-olah tiada kapal yang lalu berdekatan. Sekiranya terkena secara tiba-tiba dan tidak bersedia, cerah harapan korang terhumban ke air.
Durian yang rasanya kurang sedap atau kurang berkualiti biasanya dijadikan tempoyak. Tapi bagi pemancing, durian sebegini sebenarnya boleh dimanfaatkan untuk dijadikan bahan perisa (bau) di dalam umpan. Ia ternyata berkesan dan lebih efektif berbanding menggunakan esen atau pes durian moden.
Surfcasting atau pancingan pantai merupakan salah satu teknik memancing yang menyeronokkan. Dengan menggunakan joran panjang, batu ladung dan mata kail alatan utama, ia juga merupakan sukan memancing yang berisiko tinggi ditimpa kemalangan jika cuai atau kurang waspada.
Terutamanya jika memancing secara beramai-ramai di kawasan yang sempit, khususnya di dalam pertandingan.
Pastikan juga kawasan pemburuan tersebut tidak terlalu terpencil dan cuba elakkan dari memancing seorang diri. Sekarang ini semakin banyak kes penjenayah mensasarkan pemancing sebagai mangsa samun dan sebagainya.
Kaedah Balingan
Sentiasa pastikan di mana kedudukan batu ladung dan mata kail sebelum membuat balingan. Elakkan dari melakukan balingan sekiranya ada sesiapa yang bergerak di belakang anda.
Cuba elak daripada mengamalkan teknik balingan secara putaran untuk mendapatkan momentum balingan kecuali tiada sesiapa di kiri dan kanan anda.
Pastikan tiada halangan atau sesuatu yang terbelit sebelum melakukan lontaran. Dengan momentum balingan yang kuat, tali pancing atau hujung joran boleh patah sekiranya terdapat halangan.
Jika anda bukan seorang perenang yang baik, sebaiknya jangan lakukan balingan di dalam air melebihi paras pinggang, apatah lagi ketika permukaan laut agak berombak. Risiko ditarik ombak ke tengah laut kemungkinan besar akan berlaku.
Pastikan drag kekili diketatkan sebelum melakukan balingan. Sebaiknya juga alas jari anda dengan plaster atau memakai sarung tangan. Seretan tali sulam dengan mudah menghiris jari umpama mata pisau.
Selepas melakukan balingan, longgarkan drag kekili dan sebaiknya jangan pancangkan jorak melebihi sudut 90 darjah. Sentapan ikan bersaiz monster boleh menyebabkan hujung joran patah.
Sekiranya ingin melakukan lontaran dari dalam air, pastikan kawasan tersebut bebas dari kewujudan ulat bulu laut. Atau sebaiknya jangan berkaki ayam ketika meredah masuk ke dalam air.
Secara umumnya, ikan sembilang atau gemang lebih menggemari kawasan laut yang berhampiran dengan mulut muara atau estuari. Kadangkala ia turut memasuki sungai hingga ke kawasan berair tawar mengikut aliran air laut terutama apabila berlaku fenomena air pasang besar. Kebiasaannya ia akan bergerak berpasangan atau dalam kumpulan yang kecil.
Manakala sembilang karang pula lebih suka mendiami kawasan terumbu karang sepanjang pantai terbuka dan kadangkala bergerak ke muara tetapi jarang sekali memasuki perairan yang bersaliniti rendah. Ia juga bergerak dalam kumpulan yang agak besar yang terdiri dari beberapa ratus individu.
Walaupun kedua-dua spesies ini mempunyai habitat berbeza, namun mereka mempunyai tabiat hidup yang hampir sama. Sebagaimana sifat kebanyakan ikan bermisai (catfish) lain mereka tidak suka bergerak bebas.
Sebaliknya lebih banyak menghabiskan masa dengan melekapkan diri pada dasar perairan dan sesekali merayap mencari makanan. Dalam hal ini, sesungut yang berada di sekitar mulut banyak membantu dalam proses mencari makanan.
Tabiat pemakanan yang agak pasif ini menyebabkan jenis makanan yang diambil adalah terhad kepada kehadiran makanan di bahagian dasar dan juga organisma yang tidak mampu bergerak pantas.
Berdasarkan analisa kandungan perut, kedua-dua spesies sembilang ini secara semulajadinya menjadikan krustasea kecil, moluska dan anak-anak ikan sebagai makanan utama.
Di kalangan pemancing, tabiat pemakanan sebegitu sedikit sebanyak memberi peluang kepada mereka untuk memancing sembilang dengan mudah. Ini kerana ikan-ikan sebegini tidak terlalu cerewet dalam memilih umpan. Jadi pemancing tidak perlu terlalu serius mencari umpan jika ingin memburu sembilang. Mereka turut memakan umpan yang mudah dicari seperti isi ikan yang dipotong-potong.
Namun begitu banyak pendapat yang mengatakan sembilang lebih tertarik kepada umpan-umpan semulajadi terdapat di sekitar kediaman mereka seperti perumpun, anak-anak udang dan siput.
Selain itu bivalvia seperti kerang segar turut menjadi umpan pilihan pemancing. Bau umpan yang hanyir ini akan menarik perhatian sembilang yang terdapat di sekitarnya.
Memandangkan tabiat sembilang yang kurang bergerak, pengetahuan tentang tempat mereka berkumpul adalah penting.
Di kawasan tertentu, sangkar-sangkar ternakan ikan sering menjadi pilihan pemancing. Ini kerana kebanyakan ikan termasuk juga sembilang sering berkeliaran di bawah sangkar menunggu sisa makanan yang terjatuh ke dasar.
Walaupun ikan sembilang bukan dari jenis yang mampu bersaing hebat, namun rentapannya semasa merampas umpan sememangnya mendebarkan. Apatah lagi jika ia adalah sembilang bersaiz kasar atau gemang. Gemang bukan sahaja ganas merentap umpan tetapi turut membuatkan pemancing lenguh mengawal kekili sebelum dapat menewaskannya.
Seperkara lagi yang menarik apabila memancing sembilang ialah sekiranya anda bertemu rombongannya (biasanya sembilang karang). Dalam hanya beberapa ketika anda sudah mampu mendaratkan berpuluh-puluh ekor ikan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...