Mengenal Puyu Jantan Dengan Puyu Betina!!

Share

 

Tips paling senang, urut perlahan-lahan di bahagian abdomen ke arah alat sulitnya. Perhatikan ada cecair putih keluar sedikit dari alat sulitnya. Itu menunjukkan ia ikan puyu jantan.

 

 

Ikan puyu betina pula badan agak lebar, perut buncit. Urut perlahan-lahan di bahagian abdomen, perhatikan betul-betul akan ada keluar butiran kecil (telur ikan). Namun pastikan ikan-ikan ini sudah cukup tempoh kematangannya.

 

Ikan jantan tubuhnya lebih kecil dari ikan betina. Ikan jantan akan bergerak lebih lincah dari ikan betina.

 

Ikan jantan mempunyai satu lubang pada kelamin sedangkan ikan betina mempunyai dua lubang pada kelaminnya.

 

Dan apabila ikan jantan diurut pada bagian perutnya ke arah bawah akan mengeluarkan cairan sperma berwarna putih, sedangkan ikan betina apabila diurut pada bagian perut ke arah bawah akan mengeluarkan telur yang berwarna bening kecoklatan.

 

 

Ciri-Ciri Ikan Puyu Jantan

 

Bentuk badannya ramping dan panjang

Warna badan agak cerah

Sirip ekornya lebih panjang

Bahagian bawah perut rata

Jika perut diurut akan keluar cecair sperma berwarna putih susu

 

 

Ciri-Ciri Ikan Puyu Betina

 

Bentuk badannya gemuk dan lebar

Warna badan agak gelap

Sirip ekornya lebih pendek

Bahagian bawah perut agak melengkung

Jika matang bahagian perut jika diurut akan keluar telur

Alat kelamin berwarna kemerahan

 

IKLAN