Tips paling senang, urut perlahan-lahan di bahagian abdomen ke arah alat sulitnya. Perhatikan ada cecair putih keluar sedikit dari alat sulitnya. Itu menunjukkan ia ikan puyu jantan.
Ikan puyu betina pula badan agak lebar, perut buncit. Urut perlahan-lahan di bahagian abdomen, perhatikan betul-betul akan ada keluar butiran kecil (telur ikan). Namun pastikan ikan-ikan ini sudah cukup tempoh kematangannya.
Ikan jantan tubuhnya lebih kecil dari ikan betina. Ikan jantan akan bergerak lebih lincah dari ikan betina.
Ikan jantan mempunyai satu lubang pada kelamin sedangkan ikan betina mempunyai dua lubang pada kelaminnya.
Ads
Dan apabila ikan jantan diurut pada bagian perutnya ke arah bawah akan mengeluarkan cairan sperma berwarna putih, sedangkan ikan betina apabila diurut pada bagian perut ke arah bawah akan mengeluarkan telur yang berwarna bening kecoklatan.
Ciri-Ciri Ikan Puyu Jantan
Bentuk badannya ramping dan panjang
Ads
Warna badan agak cerah
Sirip ekornya lebih panjang
Bahagian bawah perut rata
Jika perut diurut akan keluar cecair sperma berwarna putih susu
Ads
Ciri-Ciri Ikan Puyu Betina
Bentuk badannya gemuk dan lebar
Warna badan agak gelap
Sirip ekornya lebih pendek
Bahagian bawah perut agak melengkung
Jika matang bahagian perut jika diurut akan keluar telur
Alat kelamin berwarna kemerahan
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Sekiranya anda berpeluang memancing ke sungai pegunungan di Berau, Kalimantan, saya sarankan agar anda jangan sesekali lepaskan peluang tersebut. Hanya di Berau sajalah anda berpeluang menggunakan satu jenis gewang saja untuk memburu 5 spesies air tawar yang pelahap ini.
Badong
Tidak disangkal lagi bahawa spesies sebarau merupakan ikan yang banyak dan mudah untuk diperoleh di sini. Namun, beberapa hari lamanya kami keliru dengan identiti sebenar sebarau di sini. Ini berikutan majoriti sebarau yang kami daratkan bersaiz besar di mana trademark popularnya, belang hitamnya tidak lagi terpalit dengan ketara pada badannya. Jika ada tanda hitam pun ia berkeadaan berselerak dan pudar.
Justeru kami beranggapan ia adalah sebarau belang tunggal (Hampala macrolepidota) yang biasa kami pancing di Semenanjung. Hanya setelah sebarau bersaiz kecil yang diperoleh, barulah kami dapat mengesahkan spesies sebenar sebarau tersebut. Rupanya ia adalah sebarau dua belang atau H. Bimaculata.
Sedikit info tentang spesies ini, H. bimaculata ia dikenali sebagai sebarau dua belang, dungan, arungan dan barb hampala. Ia dikatakan hanya boleh ditemui di Borneo dan perairan Indonesia. Ikan sebarau dua belang adalah spesies endimik di Borneo. Ia dicirikan oleh dua barisan tompok menegak pada sisi badannya.
Kedudukan dua belang hitamnya itu terletak di bawah sirip dan dorsal dan satu pada caudal peduncle (sudut bahagian yang menyambung badan dan ekor ikan). Ikan buruan pengilat ini sangat sensitif terhadap kualiti. Justeru ia lebih mudah ditemui terutamanya di sungai pengunungan atau sungai yang bebas dari sumber pencemaran.
Sapan
Kelah merah atau sapan mengikut bahasa tempatan merupakan ikan sasaran utama dalam trip ke Berau ini. Apa yang paling menarik ialah kelah merah di sini masih boleh dipujuk dengan gewang dan bukannya melalui pancingan dasar menggunakan umpan semulajadi.
Sedikit info tentang kelah merah, dalam kajian terbaru (Walton et al 2015) common mahseer of Malaysia iaitu kelah merah yang selama ini dikelasifikasikan sebagai Tor tambroides telah diganti dengan Tom tambra.
Kajian ini sekaligus merubah nama saintifik kelah merah (semenanjung), empurau (Sarawak), dan sapan (Indonesia) yang sekian lama telah diguna pakai.
Nyenyuar
Ikan nyenyuar atau scissor tail bukanlah spesies sasaran sebaliknya ia merupakan tangkapan bonus. Bukan senang untuk melihat ikan nyenyuar di perairan kita apatah lagi dengan saiz sedemikian. Ia adalah spesies yang sama seperti kelah yang memerlukan sistem perairan yang betul-betul bersih untuk hidup.
Menurut guide kami, ikan nyenyuar ini lebih sedap isinya berbanding ikan kelah. Namun kami tidak berpeluang untuk merasainya kerana semua nyenyuar tersebut dilepaskan kembali. Kalau tau sedap, memang kami simpan buat lauk!
Baung
Sebagaimana di negara kita, ikan baung kerap kali juga berjaya dipujuk menggunakan gewang. Walaupun ia bukanlah ikan sasaran, namun memperolehinya dianggap satu bonus juga. Setidak-tidaknya dapat juga merasa bagaimana keenakan baung yang dipanggil sebagai patin oleh penduduk tempatan ini.
Tembaring
Disebalik senarai spesies pelahap gewang ini, kami hanya kekurangan satu spesies saja. Ia turut berkongsi sistem sungai yang sama namun kehadiran kami pada waktu itu bukanlah masa yang terbaik untuk merasai gigilan sebenar bertarung dengan tembaring / kanai air tawar atau black bass. Beruntunglah pemancing yang berjaya menjinakkan spesies bonus ini kerana sangat jarang spesies bersaiz monster ini membuat penampilan.
Tiada masalah untuk anda cuba casting menggunakan jig atau gewang di kelong, rumah rakit atau sangkar ikan, namun penggunaan jig dan gewang selaman bergantung kepada kesesuaiannya dengan keadaan dasar air. Bagi penggunaan warna gewang pula, tiada warna khusus yang boleh diperkatakan kerana persembahan gewang dan persekitaran air turut memainkan peranan.
Bagaimanapun, bagi siakap liar, warna biru boleh dikatakan antara warna yang paling popular. Adalah bonus sekiranya, anda terlihat deburan air atau melihat ikan kecil seolah melarikan diri. Segeralah baling gewang setepat yang mungkin kerana ia petanda ikan besar dan di muara, prospek utamanya berkemungkinan besar adalah siakap.
Untuk senangin, anda boleh menggunakan jig kecil sama ada dengan cara cast jigging (menggunakan micro jig) atau mengunjunnya dari atas sangkar (bergantung di manakah lokasi sangkar). Melalui kaedah ini, besar kemungkinan, spesies lain juga boleh dijerat seperti kerapu, baby GT, siakap merah yang mungkin berada di bawah tiang-tiang kelong atau rumah rakit.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...