Taksonomi

Kingdom: Animalia

Phylum:Arthropoda

Subphylum: Crustacea

Class: Malacostraca

Order: Decapoda

Infraorder:Caridea

Family: Palaemonidae

Genus: Macrobrachium

Species: M. rosenbergii

Binomial name: Macrobrachium rosenbergii (De Man, 1879)

 

Mengenal Identiti Udang Air Tawar Terbesar

 

Udang galah memiliki ciri fizikal yang pelik dengan bentuk penyepitnya yang panjang dan beruas. Udang galah mendapat nama disebabkan kaki berjalan keduanya memanjang melebihi ukuran badannya. Bentuk fizikal inilah yang membuatkan udang galah dikenali, bahkan mudah dibezakan daripada spesies udang air tawar yang lain.

IKLAN

 

Beberapa penyelidik meletakkan beberapa peringkat pengkelasan bagi mengenal pasti spesies udang berkenaan. Terdapat sembilan peringkat pengkelasan yang meliputi peringkat alam kehidupan hingga spesies. Udang galah (Macrobrachium rosenbergii) dapat ditemukan dengan mudah di sungai air tawar dan payau.

 

Mengenal Identiti Udang Air Tawar Terbesar

 

Habitat udang galah sentiasa berubah dan berbeza-beza, terutamanya dari peringkat larva, ataupun poslarva hingga dewasa. Fenomena migrasi juga memainkan peranan penting dalam populasi udang galah. Oleh sebab itu generasi udang galah sukar terhapus di persekitaran sungai walaupun populasinya sedikit.

 

Udang galah bersifat omnivor di samping memiliki saiz mulut yang kecil untuk makan daging dan tumbuhan. Bahan reput, tumbuhan akuatik, daging haiwan, dan daging ikan juga merupakan sumber makanan udang galah.

 

Disebabkan makanannya mendap di dasar sungai, udang galah menjadi hidupan akuatik yang amat sesuai mendiami habitat di dasar sungai.

IKLAN

 

Mengenal Identiti Udang Air Tawar Terbesar

 

Macrobrachium rosenbergii merupakan spesies terbesar dalam kalangan udang air tawar dengan panjang keseluruhan termasuk kelanya mencecah hingga 70 sentimeter dan berat yang melebihi 500 gram. Kadang-kadang boleh mencecah sehingga 2kg.

 

Haiwan akuatik ini berwarna kebiru-biruan, kehijau-hijauan dan kelabu dengan memiliki kaki renang sebanyak lima pasang termasuk tiga pasang kaki jalan, sepasang penyepit dan sepasang kaki pemungut makanan.

 

Mengenal Identiti Udang Air Tawar Terbesar

 

IKLAN

Kulit udang galah yang berupa eksoskeleton adalah separa lembut dengan diselaputi lima segmen kulit yang memudahkannya bergerak, dan berenang.

 

Mata kumpulan yang dimiliki oleh udang galah membantunya melihat keseluruhan persekitaran. Hal ini menjadikan udang galah sukar terhapus generasinya dari segi keselamatan.

 

Deria penglihatan ini memudahkan udang galah mengesan musuh di persekitaran kerana udang galah menjadi kegemaran pemangsa seperti ikan haruan, toman, dan keli termasuk haiwan seperti memerang.

 

Mengenal Identiti Udang Air Tawar Terbesar

 

Di samping itu, bentuk udang galah juga memudahkannya melakukan penyamaran semasa berada di dasar sungai. Antenular yang berbentuk sesungut berupaya mengesan gradien kimia serta menentukan punca pencemaran.

 

Udang galah ini bergerak dan mendiami suatu kawasan dalam bentuk kumpulan yang kadangkala mencecah hingga 50 ekor. Namun, kumpulan yang mengawan sentiasa bergerak mengikut pasangan dan memerlukan lopak di dasar sungai. Udang galah juga merupakan krustasea yang gemar akan suasana separa gelap dan kurang pendedahan cahaya matahari.

 

Mengenal Identiti Udang Air Tawar Terbesar

 

Sifatnya yang suka menyorok dicelah batu, kayu dan lubang di dasar sungai menjadikan udang galah sebagai hidupan yang unik.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI