Taksonomi:

Kingdom: Animalia

Phylum: Chordata

Class: Actinopterygii

Order: Cypriniformes

Family: Cyprinidae

Subfamily: Xenocyprinae

Genus: Hypophthalmichthys

Species: H. molitrix

Binomial name: Hypophthalmichthys molitrix (Valenciennes, 1844)

 

Mengenal Identiti Spesies Kap Perak

 

Ikan silver carp (Hypophthalmichthys molitrix) atau biasa disebut ikan kap perak atau tongsan sisik halus di negara kita, adalah spesies ikan cyprinid air tawar, tergolong dalam kepelbagaian ikan kap Asia asli China dan Siberia timur. Meskipun spesies terancam di habitat aslinya, ia telah lama diternak dalam kurungan di China.

IKLAN

 

Berdasarkan beratnya, lebih banyak ikan tongsan sisik halus diproduksi di seluruh dunia dalam akuakultur daripada spesies ikan lain kecuali ikan kap rumput atau tongsan sisik kasar. Ikan kap perak biasanya diternak dalam polikultur dengan ikan kap Asia lainnya, atau kadang-kadang dengan catla (kap India) atau spesies ikan lainnya.

 

Mengenal Identiti Spesies Kap Perak

 

Spesies ini juga telah diperkenalkan, atau disebarkan oleh sistem sungai yang terhubung, setidak-tidaknya 88 negara di seluruh dunia. Alasan pengimportan umumnya untuk digunakan dalam akuakultur. Di beberapa tempat ini, spesies ini dianggap sebagai spesies invasif.

 

Ikan kap perak mampu mencapai panjang rata-rata 60-100 cm dengan panjang maksimum 140 cm dan berat 50kg. Spesies ini adalah filter feeder atau jenis ikan yang menapis air untuk menyerap makanan melalui insangnya dan memiliki alat makan khusus yang mampu menyaring partikel sekecil 4 μm.

 

IKLAN

Mengenal Identiti Spesies Kap Perak

 

Jaringan insang bersatu menjadi agen penapis seperti span, dan organ epibranch mengeluarkan lendir yang membantu dalam memerangkap partikel kecil. Sejenis organ menyerap kuat air melalui jaringan insang ini. Ikan tongsan sisik halus, seperti semua spesies Hypophthalmichthys tidak memiliki perut.

Mereka menapis makanan sebahagian besarnya fitoplankton. Mereka juga memakan zooplankton dan detritus.

 

Di lokasi yang mana spesies yang memakan plankton ini telah diperkenalkan, mereka dianggap bersaing dengan ikan-ikan planktivorous asli, seperti di Amerika Utara termasuk paddlefish (Polyodon spathula), shad gizzard (Dorosoma cepedianum), dan ikan juvenil dari hampir semua spesies.

 

Mengenal Identiti Spesies Kap Perak

IKLAN

 

Kerana mereka memakan plankton, kadang-kadang mereka digunakan untuk mengendalikan kualiti air, terutama dalam mengawal blue-green algae berbahaya (cyanobacteria).

 

Spesies tertentu dari blue-green algae, terutama Microcystis yang beracun, dapat melewati usus ikan kap perak tanpa menjejaskannya, mengambil nutrisi dalam proses tersebut. Jadi, dalam beberapa kes, blue-green algae telah dihapuskan oleh ikan kap perak.

 

Ikan kap perak dalam kitaran alami berhijrah ke hulu sungai untuk pembiakan; telur dan larva kemudian hanyut ke hilir, dan benih ikan menetas di zon dataran banjir. Larva dan juvenil memakan zooplankton, beralih ke fitoplankton setelah ukuran tertentu tercapai. Spesies ini agak sensitif terhadap kondisi oksigen rendah.

 

Mengenal Identiti Spesies Kap Perak

 

Dua spesies lainnya berada dalam genus Hypophthalmichthys, ikan kap kepala besar atau bighead carp (H. nobilis) dan ikan kap sisik kasar atau largescale silver carp (H. harmandi). Nama genus Aristichthys juga kadang-kadang digunakan untuk ikan kap kepala besar, tetapi sudah jarang diguna pakai.

 

Ikan kap kepala besar berbeza dari ikan kap perak dalam perilakunya (tidak melompat dari air ketika terkejut) dan juga dalam makanannya. Ikan tongsan kepala besar juga menapis makanan tetapi mereka menyaring partikel yang lebih besar daripada ikan kap perak dan secara umum mengambil zooplankton yang lebih besar dalam makanan mereka daripada ikan kap perak, yang mengambil lebih banyak fitoplankton.

 

Mengenal Identiti Spesies Kap Perak

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI