Mengenal Identiti Ruat Pasir Dan Cara Mencarinya

Share

 

Ruat pasir atau ada yang memanggil umpun-umpun atau perumpun  pasir merupakan antara umpan yang agak popular diguna pakai oleh kaki pancing pantai mahupun muara. Walaupun saiznya lebih kecil berbanding umpun-umpun yang lain, namun faktor ketahanannya selain ia mudah dicari menjadikan ia sering menjadi pilihan kaki pancing.

 

Kami kongsikan sedikit sebanyak info mengenai ruat pasir buat pemancing yang menggemari aktiviti memancing di pantai atau muara.

 

 

Habitat:

Sesuai dengan namanya, ruat pasir menjadikan kawasan berpasir sebagai habitatnya. Kebiasaannya umpun jenis ini senang ditemui di kawasan yang mempunyai pasir yang kasar. Khususnya kawasan berpasir dan bertanah lumpur.

 

Cara Mencari Ruat Pasir:

Terdapat pelbagai kaedah untuk mencari dan mendapatkan ruat pasir ini. Cara yang paling mudah adalah dengan menggunakan skop atau cangkul sahaja. Namun untuk mendapatkan saiz umpun pasir yang lebih kasar, teknik menangkap menggunakan tangan amat popular. Bagi kaedah ini anda perlulah cekap menggunakan tangan.

 

 

Pada kebiasaannya, campuran dedak ayam dan belacan atau ikan busuk sering digunakan untuk menarik perhatian ruat ini keluar dari pasir dan tangan haruslah sepantas yang mungkin untuk menarik umpan ini.

 

Spesies sasaran:

Gelama, bolos, daun baru, semilang, gerut-gerut, kerapu, tetanda, pari. Pernah juga pemancing berjaya menjinakkan siakap dengan ruat pasir ini.

 

 

Cara Menggunakan Ruat Pasir:

Umpun-umpun pasir dicangkuk padat pada mata kail. Lebih efektif jika menggunakan perambut 2 mata atau perambut apollo.

 

 

Lokasi sesuai:

Pantai berpasir, muara, tambak berbatu.

 

IKLAN