Taksonomi:

 

Kingdom: Animalia

Phylum: Chordata

Class: Actinopterygii

Order: Perciformes

Family: Haemulidae

Genus: Pomadasys

Species: P. kaakan

Binomial name : Pomadasys kaakan (Cuvier, 1830)

Nama lain: Kepala Besar, Selukut, Serkut, Ompak.

 

Mengenal Identiti Khas Spesies Tebal Pipi

 

Ciri Fizikal

IKLAN

 

Mempunyai dua tulang tebal dibahagian pipi, sirip dorsal cembung di atas warna kekuning dibahagian sirip dan hujung ekor. Badan berwarna silver dan kekuningan di bawah perut terutama selepas di bawah garis lintang hidup.

 

Diet: Sotong cumit, sotong kurita, udang, anak ikan, ketam kecil, perumpun

 

Habitat: Persisiran pantai, pulau dan kuala sungai sehingga kedalaman 60 meter

 

Taburan: Kebanyakan pantai barat semenanjung, Laut India, Selatan Australia dan Taiwan.

 

Mengenal Identiti Khas Spesies Tebal Pipi

IKLAN

 

Nama tebal pipi mungkin adalah satu nama spesies yang jarang didengar di kalangan pemancing baru. Apatah lagi bagi pemancing terus memilih teknik jigging di laut luas dan tidak pernah mencuba pancingan muara dan estuari.

 

Saya sendiri pada awalnya agak sukar untuk membayangkan rupa spesies ikan yang dikatakan mempunyai pipi tebal ini. Saya tidak dapat bayangkan sebesar manakah pipi yang dikatakan tebal atau muka yang dipanggil ‘tembam’ atau pipi yang montel. Kerana sifat pipinya maka ikan ini mendapat namanya.

 

Mengenal Identiti Khas Spesies Tebal Pipi

 

Tebal pipi mempunyai bahagian insang membengkak dan tulang pipi menonjol keluar, badan berwarna silver dan kekuningan dibahagian bawah terutama sirip dan ekor, kombinasi warna badan lebih cantik dari gerut-gerut, mempunyai tompok-tompok bintik hitam di bahagian atas  serta badannya lebih gempal.

 

IKLAN

Ikan tebal pipi atau javelin grunt / long head grunt dalam panggilan antarabangsa dan nama saintifiknya Pomadasys kaakan boleh dipancing sepanjang waktu namun ia lebih senang dicari pada bulan November hingga April. Berdasarkan pengalaman saya ia adalah waktu yang paling baik untuk memperoleh spesies ini.

 

Mengenal Identiti Khas Spesies Tebal Pipi

 

Tebal pipi boleh ditemui di kedalaman air sehingga 60 meter. Muara sungai dan pesisir pantai yang dalamnya lebih dari 10 meter juga menjadi pilihan spesies yang mempunyai pipi kiri dan kanan yang tebal dan keras ini.

 

Jarang didengar ia berjaya dipancing pada kedalaman kurang dari 3 meter kerana sifat ikan tebal pipi ini gemar kepada air yang lebih dalam.

 

Mengenal Identiti Khas Spesies Tebal Pipi

 

Sekiranya kualiti air bersih atau jernih di kawasan dasar, warna terutama di bawah perutnya lebih kuning dari bahagian badan yang lain kerana sisik yang bertindak balas dengan air persekitaran.

 

la lebih gemar kepada kawasan dasar berpasir dan kadang kala merayau di kawasan batu karang kecil atau berkelompok kecil di kawasan berpasir sesuai dengan tabiatnya mencari makanan di dasar. Dipercayai, spesies ini lebih banyak terdapat di Pantai Barat semenanjung.

 

Mengenal Identiti Khas Spesies Tebal Pipi

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI