Taksonomi:

 

Kingdom:  Animalia

Phylum:  Chordata

Class:  Actinopterygii

Order: Siluriformes

Family:  Ariidae

Genus: Hexanematichthys

Species: H. sagor

Binomial name: Hexanematichthys sagor (Hamilton, 1822)

 

Mengenal Identiti Khas Spesies Belukang

 

Ikan belukang, adalah dari jenis catfish atau ikan bermisai yang lazimnya boleh didapati di tepi pantai berlumpur dan kuala sungai. Ikan dengan nama umum sagor catfish, sagor sea-catfish atau Sunda sea-catfish ini tergolong dalam keluarga besar Ariidae, dalam genus Hexanematichthys dengan nama saintifiknya Hexanematichtys sagor.

IKLAN

 

Taburan ikan belukang amat meluas meliputi pesisir Lautan Hindi, bermula dari pantai-pantai di wilayah India, Pakistan, Sri Lanka, Asia Tenggara hingga ke Malaysia, Indonesia dan Filipina.

 

Mengenal Identiti Khas Spesies Belukang

 

Ikan belukang hidup di laut berlumpur berdekatan pantai dan di estuaria (badan air setengah tertutup di wilayah pesisir dengan satu sistem sungai atau lebih yang mengalir masuk ke dalamnya, serta terhubung bebas dengan laut terbuka.

 

Kebanyakan muara sungai ke laut membentuk estuaria namun tidak demikian jika bermuara ke danau, waduk atau ke sungai yang lebih besar). Sagor catfish ini sering merayau sama ada ke hulu atau ke hilir hingga ke sempadan air pasang tinggi.

 

IKLAN

Mengenal Identiti Khas Spesies Belukang

 

Daripada aspek morfologi, ikan belukang merupakan ikan bersaiz sederhana. Memiliki badan licin tanpa sisik. Ia mampu membesar panjang sehingga 45 cm namun kebanyakan spesimen yang ditemui sekitar 30 cm sahaja.

 

Ikan belukang memiliki bentuk kepala memipih datar ke arah muncung, dilengkapi dengan tiga pasang sesungut. Sepasang sesungut yang paling panjang berada pada rahang atas, panjang mampu  mencapai pertengahan sirip pektoral atau lebih.

 

Mengenal Identiti Khas Spesies Belukang

 

IKLAN

Bahagian atau sisi atas kepala ikan belukang terbentuk keping-keping tulang umpama perisai yang berpola kasar permukaannya. Lekuk fontanel yang memanjang di tengah dahi di antara dua belah mata. Bentuk arah kepala belakang membundar, dan bentuk sirip anal umpama saya kupu-kupu.

 

Ikan belukang dibarisi gigi berbentuk kerucut dan tersusun dalam barisan melintang pada empat plag yang berderet di langit-langit mulut (palatum), plag gigi yang sebelah depan (plag maksilar) melengkung sempit dari sisi ke sisi.

 

Mengenal Identiti Khas Spesies Belukang

 

Pada siri sirip dorsal dan kedua-dua sirip pektoral ikan ini masing-masing memiliki duri atau patil yang bergerigi dan berbisa. Sisi atas dan samping atau tepi badan ikan berwarna keabu-abuan gelap kecoklatan atau kebiruan,  sisi bawah atau abdomen berwarna putih susu, lazimnya hadir 10 atau lebih garis-garis melintang putih keperakan, kebiruan, atau kehijauan. Semua siripnya berwarna kusam kehitaman, hanya bahagian filamen dari sirip dorsal yang berwarna terang.

 

Daripada aspek ekonomi, ikan belukang bukanlah ikan yang bernilai tinggi sekali gus menjadikannya ikan yang kurang di pasaran. Justeru ia tidak ditangkap secara komersial dan tiada sebarang ancaman kepupusan terhadap spesies ini.

 

Mengenal Identiti Khas Spesies Belukang

 

Sementara dari sudut perikanan rekreasi pula, ikan belukang lebih dianggap sebagai ikan pengacau yang menghabiskan umpan. Namun spesimen yang kasar berupaya menghadirkan keseronokan dalam sesi memancing dan bernilai amat tinggi jika hadir di meja timbang sesuatu pertandingan memancing.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI