Mempunyai satu atau dua blade atau kipas yang berputar sekeliling wire shaft. Setengah spinner mempunyai ekor yang diperbuat dari bulu binatang atau plastik lembut (soft plastic).
PLUG
Plug mempunyai badan yang diperbuat dari kayu atau plastik dan dicipta untuk digunakan di permukaan air atau dibawah permukaan air. Topwater atau plug timbul dicipta untuk timbul dipermukaan air sementara plug menyelam dicipta untuk menyelam ke kedalaman yang dikehendaki dengan adanya bibir atau lips yang diperbuat dari plastik atau logam.
Ads
SPOON
Spoon adalah gewang yang diperbuat dari logam dan menyerupai anak ikan atau ikan yang bergerak.
Ads
JIGGING LURE
Jig mempunyai pemberat pada badannya atau mempunyai kepala logam yang berat dengan ekor yang diperbuat dari bulu binatang atau bulu ayam, soft plastic, getah atau benang.
FLY
Ads
Fly adalah gewang kecil yang ringan dan diperbuat dari bulu binatang atau ayam, benang dan cork atau cebisan kayu dan plastik yang menyerupai umpan hidup seperti serangga, ikan, udang dan ketam.
SOFT PLASTIC
Gewang soft plastic diperbuat dari sejenis plastik yang lembut dan menyerupai umpan semula jadi seperti cacing, ulat, ikan, udang, lintah, dan lain lain. Penggunaan umpan dari jenis ini boleh digunakan begitu sahaja atau dengan penggunaan mata kail jari jenis jig head. Umpan dari jenis ini juga ada mempunyai bau-bauan yang disemadikan bersamanya.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Ramai yang bersetuju untuk memancing udang galah bukanlah satu tugas yang berat dan sukar.
Tetapi, untuk berjaya bergelar seorang pemancing udang galah tegar, bukanlah boleh diterjemah dalam tempoh yang singkat.
Jika bukan untuk menjadi seorang pemancing udang galah tegar sekali pun, banyak perkara yang perlu diteliti dan faham tentang udang galah sebelun mencuba untuk memancingnya.
Berikut kami dedahkan sedikit rahsia untuk memancing udang galah.
➡ KENALI UDANG, KENALI UMPAN
Udang galah dikelaskan sebagai haiwan omnivor yang boleh makan apa sahaja di hadapannya. Bagi memudahkan kita untuk mengesan udang galah, seeloknya gunakan umpan berbau.
Jika di kawasan air jernih, udang galah sangat peka dan agak sukar untuk ditangkap melainkan jika dipancing pada waktu malam atau di lokasi yang didominasi haiwan ini.
➡ UMPAN SESUAI
Umpan yang selalu digunakan untuk memancing udang galah adalah perumpun. Antara perumpun yang digunakan adalah jenis sarang, bakau, pantai, dan nipah.
Cacing tanah atau anak udang sebagai umpan juga digalakkan.
Isi kerang, remis, dan isi ikan juga selalu dijadikan umpan untuk memperdayakan sang udang galah.
Sebenarnya tidak sukar untuk mengumpan udang galah kerana spesies ini tidak cerewet. Udang galah boleh makan ikan longkang sama ada ia mati atau hidup.
Ada pilihan lain seperti jantung atau hati ayam tetapi lebih sesuai digunakan jika anda memancing di kolam.
Jangan pasang umpan yang terlalu besar pada mata kail kerana ia akan melambatkan udang galah untuk menelan mata.
Sebaiknya sediakan umpan yang sepadan dengan mata kail yang digunakan. Saiz mata kail udang dan jenisnya bergantung pada batang pancing.
➡ WAKTU SESUAI
Kebanyakan kaki pancing suka untuk menangkap udang galah kerana ia tidak bermusim.
Tapi waktu terbaik untuk mendapatkan udang galah adalah pada musim kering (tiada hujan sebelumnya).
Selain itu, menghendap udang galah pada waktu malam juga lebih mudah.
Kesimpulannya, udang galah tidak bermusim. Bila-bila masa pun ada! Cuma mungkin kurang sedikit di muara sungai selepas musim hujan atau ketika muara sungai tawar airnya.
➡ LOKASI / SPOT
Seandainya anda memilih kawasan pendalaman seperti hulu sungai atau bekas lombong lama, eloklah ambil berat tentang soal keselamatan. Tempat yang tidak dikenali seperti itu biasanya berbahaya.
Jika anda anda terdengar cerita tidak ‘elok’ tentang lokasi itu, tak perlulah menempah bahaya unuk ke sana.
Jika anda mahu mencari udang di muara sungai, biasanya udang galah akan banyak selepas beberapa hari turunnya hujan di tempat itu. Bila hujan, airnya akan keluar ke laut melalui sungai.
Haaa… Air inilah yang membawa udang galah bersama. Pada waktu ini, udang galah akan banyak di kawasan muara sungai. Udang galah akan mudik semula ke hulu sungai apabila air di muara sungai kembali payau atau masin.
➡ PERALATAN SEPADAN
Apa-apa saja joran yang dilabel sebagai joran udang galah boleh dipakai. Kekili pula biarlah sepadan dengan joran. Sebaiknya guna kekili kecil dengan siri 500 – 2000 sahaja.
Tali utama sebaiknya tali sulam berkuatan 10-15lb sahaja. Lagi halus lagi bagus bagi membelah arus. Perambut yang dicadangkan adalah yang menggunakan tangsi 6-12 paun. Ia sudah memadai untuk menampung berat atau kudrat udang.
Kebiasaannya, berat udang galah dalam lingkungan 50-500gm sahaja. Gunakan mata kail nombor 2 hingga mata kail nombor 6 kerana saiz ini paling sesuai. Sementara batu ladung
pula bergantung kepada arus. Lazimnya batu hidup saiz 4-6 menjadi pilihan ramai pemburu udang galah.
Kejadian kapal melanggar bot-bot kecil jarang kita dengar namun kes ini memang ada berlaku apabila bot-bot kecil ini memancing di alur laluan kapal dagang pada waktu malam terutamanya di perairan Selat Melaka.
Sebenarnya tekong mampu mencegah dari ia berlaku kerana keselamatan diri dan kaki pancing lain adalah perkara utama yang perlu di titik beratkan.
Dalam kes tersebut, kebiasaannya kes berlaku disebabkan tekong dan juga pemancing tertidur.
Justeru, jangan terlalu mengambil risiko memancing berada tepat di laluan kapal kerana kapal-kapal yang besar akan melalui laluan yang telah ditetapkan sepertimana kapal terbang yang terbang mengikut laluannya.
Sentiasa peka dengan kehadiran kapal-kapal besar sekiranya memancing di tengah. Jika tidak, jangan ambil risiko dan adalah lebih selamat sekiranya bot kecil hanya memancing pada siang hari atau lebih dekat dengan kawasan pantai.
Menggunakan lampu amaran adalah salah satu cara untuk menunjukkan kehadiran nelayan. Selain itu penggunaan sportlight yang cerah boleh menjadi penanda kepada sampan lain di sekitar supaya pelanggaran tidak berlaku.
Sekiranya memancing pada waktu malam pastikan jarak selamat dari laluan kapal dan jangan leka dan tidur ‘mati’ sehingga tidak sedar kehadiran benda asing di sekeliling.
Adalah lebih baik, anda memancing bersama rakan-rakan bot yang lain, agar sekiranya berlaku apa-apa boleh saling membantu.
Pastikan juga enjin bot dalam keadaan yang baik dan paling penting sentiasa perhatikan juga keadaan cuaca. Jangan ambil risiko sehingga membahayakan diri dan nyawa
Kebiasaannya kapal dagang akan membunyikan hon yang nyaring tanda ia sedang melalui kawasan berkenaan sekiranya kapten kapal menyedari terdapatnya nelayan sedang memancing atau melabuhkan pukat.
Tetapi bayangkan saiz bot yang kecil berbanding dengan saiz kapal yang besar dan ada kalanya setinggi bangunan 10 tingkat membuatkan bot kecil begitu kerdil dan terdedah kepada bahaya. Saiz yang kecil membuatkan ia lebih sukar dilihat.
Ombak lintasan kapal juga amat merbahaya kerana ia mampu mencecah 2 meter jika terlalu dekat.
Walaupun kapal dagang mempunyai alat pengesan benda asing di laluannya ia bukanlah menjadi lesen besar kepada bot kecil kerana masa yang diambil untuk berhenti secara
mengejut tidak mungkin berlaku kerana kapal tidak akan membuat brek kecemasan seperti kenderaan di jalan raya!.
Penggunaan assist hook adalah satu kemestian dalam segmen pancingan mengunjun atau jigging. Terdapat pelbagai kaedah untuk mengikat assist hook. Apa yang kami sediakan ini adalah salah satu daripadanya dan ia amat mudah.
Alatan keperluan:
Jig hook
Kevlar (100-200lb)
Solid ring
Gam gajah
Shrink tube
Langkah 1
Jangan potong tali kevlar terlebih dahulu dan masukkan hujung tali kevlar ke dalam lubang cincin mata kail.
Langkah 2
Masukkan pula split ring ke hujung tali tersebut.
Langkah 3
Masukkan kembali hujung tali kevlar ke lubang cincin mata kail.
Langkah 4
Buat ukuran dengan siaz jig sebelum memotong tali kevlar. Sebaik panjang tali setengah dari panjang jig.
Langkah 5
Buat simpulan biasa atau simpul mati dengan kedua-dua hujung tali kevlar. Jangan ketatkan simpulan.
Langkah 6
Masukkan hujung mata kail ke dalam simpulan yang dibuat tadi.
Langkah 7
Ketatkan simpulan atau ikatan yang terhasil pada teras mata kail.
Langkah 8
Letakkan gam pada ikatan dan potong sedikit lebihan simpulan.
Langkah 9
Masukkan shrink tube menutupi simpulan dan bakar dengan lighter untuk mengecutkannya.
Langkah 10
Ikatan mata jig yang cepat dan ringkas untuk digunakan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...