Gewang sesudu atau lebih senang dipanggil spoon oleh kebanyakan kaki pancing merupakan terminal tackle yang banyak digunakan dalam aktiviti memancing melalui teknik mengilat atau casting. Bagi pemancing yang belum mengenali gewang jenis ini, di sini kami buat sedikit huraian ringkas mengenainya.
Terdapat perlbagai bentuk dan warna sesudu di pasaran. Secara asasnya warna perak, tembaga dan emas mendominasi. Namun sekarang ada sesudu yang mengunakan 3 warna asas tadi tapi ditambah dengan kemasan warna-warna yang lain seperti hijau, merah, oren, biru dan macam-macam lagi. Terpulang kepada anda untuk mencubanya.
IKLAN
Bentuknya pula ada yang pendek melonjong dan ada yang kurus memanjang. Jika ia lebar, karauannya akan menjadi lebih berat dan olak air yang dihasilkan adalah besar. Manakala sesudu yang, ringan untuk dikarau dan olakan airnya kecil. Berat sesudu antara 4-20 gm sudah memandai, lagi berat sesudu lagi cepatlah ia tenggelam dan lagi mudah ia tersangkut reba.
IKLAN
Dipercayai bentuk sesudu jenis kurus memanjang paling efektif kerana ia lebih menyerupai seluang atau perimpin. Sesudu warna perak pula lebih sesuai digunakan pada waktu tengah hari yang terik di perairan yang sangat jernih dan tidak beberapa dalam, kurang dari 20 kaki. Manakala sesudu warna tembaga dan emas pula untuk cuaca yang berawan, di perairan yang gelap atau sedikit keruh dan kedalaman lebih 20 kaki.
IKLAN
Sama seperti permainan soft plastic, penggunaan joran haruslah yang beraksi pantas dan tali sulam lebih baik dari tali mono kerana permainan sesudu yang lebih kepada menyentuh dasar. Ini supaya setiap ragutan dapat disembat dengan lebih efektif.
Oleh kerana sesudu beraksi flutter dan bergelek, swivel wajib digunakan untuk mengelakkan tali dari menjadi berpintal dan kusut. Oleh kerana permainan sesudu lebih banyak di kawasan dasar yang tentunya bereba, penggunaan mata kail tunggal adalah lebih wajar dari mata tiga.
Apa yang membuatkan gewang klasik, antik atau vintaj menjadi kegilaan kepada pengumpul gewang? Bergantung kepada individu pengumpul, faktor utama mungkin berbeza. Gewang ‘killer’ tidak selalunya menjadi faktor penentu kepada nilai gewang mahu pun nilai pengumpul.
Vann-Clay Retrievable Minnow – Most Creative De-Snagging Invention
Dicipta oleh Thelma H. Clay pada lewat 1920-an, gewang klasik ini mempunyai inovasi tersendiri. Gewang ini mempunyai spring dalaman yang membolehkannya melonjak bahagian kepalanya daripada badan setika dihentam oleh ikan dan boleh dicantumkan kembali.
Kurz Buck Skin – Most Likely to be Mistaken for Your Pet’s Chew Toy
Kurz Buck Skin merupakan sebuah gewang dengan kemasan warna daripada tangan. Dibuat pada tahun 1936 oleh Kurz Brother Company, gewang ini hampir menyerupai seekor ikan. Jika digunakan dan selepas dihentam beberapa kali, gewang ini akan lusuh seakan barang permainan yang lama.
Shooting Lure – Most Patriotic Paint Job
Gewang mekanikal ini dihasilkan oleh Thomas G. Prentice sekitar pertengahan 1940. Gewang Shooting ini dilengkapi dengan spring yang dihubungkan dengan pin besi yang menarik mata kail yang terletak di belakangnya ke bahagian dalam. Apabila gewang dihentam, spring akan dilepaskan dan mata kail akan ditembak keluar. Gewang ini juga dikenali dengan warna patriotik di Amerika iaitu merah, biru dan putih.
The Bubble Minnie – Most Likely to Require a Pollution Discharge Permit
The Bubble Minnie, dibuat sekitar tahun 1940 oleh Fair Play Industries of Detroit. Gewang aluminium berbentuk bulan sabit ini mempunyai slot untuk isian barel pada badannya. Setiap barel ini mengandungi bahan cecair yang tidak ketahui yang mampu menghasilkan berbuih ketika digayakan. Gewang unik ini dikatakan amat jarang digunakan disebabkan isu persekitaran.
Froglegs Mechanical Fishing Lure – Best Use of Cartoon Characters
Dengan rekaan kotak yang kelihatan diinspirasikan oleh Disney, Froglegs ini dihasilkan sekitar tahun 1950 oleh Modern Sporting Goods Co., Texas. Gewang yang kelihatan sangat riang ini merupakan antara katak mekanikal yang ampuh untuk menggoda ikan.
Bunty – Best Proof That Size Doesn’t Matter
Tooley yang merupakan pencipta gewang ini merupakan antara caster terhandal ketika memasarkan gewang Bunty. Gewang kayu kecil ini terkenal dengan tagline “not a warship” yang menyindir kebanyakan hasil gewangketika itu yang rata-rata bersaiz besar sehingga mempunyai 5 bilah mata tiga.
The Charmer – Most Attractive Classic Lure (Because the Box Says So)
The Charmer dihasilkan sekitar tahun 1911 di Springfield dan merupakan salah satu gewang klasik “barberpole” terbaik pada eranya. Malah, tulisan “the most attractive fish lure any angler ever cast” pada kotaknya juga antara sebab mengapa The Charmer mempunyai tarikan tersendiri.
Beetle Lure – Most Laborious to Construct
Beetle keluaran Creek Chub Bait Co. merupakan antara gewang bentuk kumbang yang paling dicari pengumpul. Gewang kayu ini mempunyai bentuk seakan bersegmen dengan kemasan mata yang dibuat daripada tangan. Tona warnanya pula juga dianggap menawan termasuk bahagian sayap. Bahagian belakang gewang ini dilengkapi dengan 2 bilah blade berwarna mutiara (pearl) dan datang dengan 2 saiz serta 7 jenis warna berlainan.
Wonder Spoon – Best Use of Child Labor
Anton Lauby mempatenkan Wonder Spoon pada tahun 1935 dan memasarkannya sekitar tahun 1938. Sesudu kayu ini dikatakan dihasilkan dengan bantuan anaknya, Tillie untuk membuat corak warna pada sesudu unik ini. Malah corak warna Wonder Spoon juga dikatakan menjadi ikutan kepada anak-anak muda untuk mengecat kuku dengan corak sama.
Vacuum Bass Bait – Most Beautiful Product Flyer
Dipatenkan pada 1909, gewang ini dipasarkan dengan kotak pasteboard hitam pada dua tahun awal pemasarannya. Vacuum Bass Bait daripada syarikat Howe ini merupakan antara gewang klasik terawal. Dilengkapi dengan “swiveling hooks”, grafik pada pada pamphlet atau manual gewang ini tidak tercabar oleh mana-mana keluaran daripada syarikat pesaing.
PE rating atau ukuran PE sebenarnya bukanlah sukatan untuk kekuatan, sebaliknya adalah sukatan diameter. Ukuran PE digunakan banyak terutama di pasaran Jepun, awalnya digunakan sebagai pengukuran untuk ketebalan tali sulam (braided), dan diadaptasi untuk pancing.
Braided apa pun dari jenama apa pun yang menyatakan PE1 akan memiliki diameter yang sama. Ini lebih untuk keseragaman sistem untuk mengukur berapa banyak braided yang dapat anda masukkan pada spool kekili.
Ketika semuanya diukur menggunakan sistem yang seragam, anda tidak perlu risau lagi tentang `jenama apakah PE1 ini akan sesuai dengan jumlah yang sama pada spool saya seperti jenama PE1 lainnya?’ PE1 adalah PE1, jika anda dapat menempatkan 200m dari jenama A PE1 di spool kekili anda, anda akan dapat menempatkan 200m dari jenama Z PE1 juga.
Adapun pound (lb), secara kebetulan pemancing menemukan bahawa 10lb bersamaan per sukatan PE. Ini adalah hanyalah kebetulan semata-mata namun dijadikan aturan umumnya 1 PE bersama 10lb (1PE = 10lb).
Penting untuk anda tahu, dalam beberapa tahun terakhir, dengan teknologi baru tali PE di luar sana, terutama dengan 8 sulam (8X), ratio ini (1PE = 10lb) tidak lagi tepat.
Sebagai contoh, tali sulam YGK ultra castman / jigman, PE1 = 18lbs, PE1.5 = 26lbs, PE2 = 33lbs dan lain-lain lagi. Bahkan sufix 832 memiliki sukatan yang serupa.
Kaitannya dengan joran bolehlah dimaksudkan bahawa joran yang tertulis PE 1-3 itu hanya sesuai menggunakan tali sulam PE 1 hingga PE 3.