SHANA: Penglibatan memancing bermula dari ikut kawan. Dari situ mula join aktiviti yang berkaitan dengan memancing. Sejak dari itu rasa seronok dan rasa mencabar.
Dulu, dari kecik selalu juga memancing di sungai tapi itu cuma hobi biasa. Bila bila tau ada kelab untuk pemancing wanita terus join group dan jadikan memancing ini sebagai hobi sampai sekarang.
Ads
UMPAN: Kenapa anda memilih hobi ini berbanding hobi lain?
SHANA: Suka hobi ini sebab rasa tenang. Mungkin juga sebab saya suka pada air dan laut menjadikan ini satu hobi yang tak pernah bosan.
Memancing juga mengajar saya erti kesabaran menunggu sesuatu. Jika stress, hanya dengan memancing ia dapat menenangkan jiwa.
UMPAN: Apa cabaran yang dihadapi sepanjang memancing dan apa harapan anda untuk meneruskan hobi ini?
Ads
SHANA: Cabaran dalam memancing ni ia menguji setiap kesabaran untuk menaikkan ikan. Lagi teruji bila berjam-jam memancing pun masih belum dapat seekor ikan.
Harapan saya dalam dalam meneruskan hobi ini adalah saya berharap semua pemancing wanita akan diberi layanan sama seperti pemancing lelaki kerana kami para wanita juga mampu untuk mempunyai hobi.
Sememangnya dari dulu lagi sudah ada pemancing wanita cuma tidak diketengahkan.
So saya harap selepas ini para pemancing wanita tidak dipandang rendah lagi oleh pemancing lelaki dan perbanyakkan aktiviti untuk kami ikuti.
UMPAN: Ceritakan pengalaman manis & pahit ketika memancing?
Ads
SHANA: Pengalaman memancing yang tak dapat dilupakan bila pergi ke tengah laut. Hanya beberapa minit saja mampu bertahan.
Sememangnya saya mabuk laut tapi saya tak akan serik untuk pergi laut dan memancing. Setakat ini saya lebih banyak memancing di sungai, tasik dan kolam.
Setakat ini juga saya belum dan berharap tidak akan berlaku pengalaman yang pahit.
UMPAN: Pencapaian membanggakan dan apa sasaran anda seterusnya?
SHANA: Setakat ini pencapaian terbaik saya dalam memancing ialah saya berjaya menaikkan seekor sotong kurita yang sama berat macam batu. Hahahaha…
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
UMPAN: Sejak bila anda mula terlibat dengan dunia hanyir ini?
AKIIRA: Sejak dalam perut mak lagi… haahaahaa… just kidding. Sejak dari kecik lagi memang dah ceburi dalam dunia hanyir (teknik bottom) bersama family and kawan rapat sebab Kiira ni jenis lasak sikit.
Pada 2017 Kiira mula belajar teknik casting daripada abang ipar bersama buah hati. Dan sehingga kini, kedua-dua teknik menjadi aktiviti harian Akiira.
AKIIRA: Salah satu sebab, dah memang sedia ada perasaan minat pada dunia hanyir. Ia dapat mengajar kita erti kesabaran, dapat memperluaskan sedikit sebanyak ilmu tentang
dunia hanyir, dan salah satu sebabnya dunia hanyir ni kena dengan diri Kiira yang boleh tahan lasaknya. Dapat menambah kawan-kawan (cari kawan bukan lawan).
Kiira mempunyai 6 adik beradik dan Kiira anak yang keenam. Kesemuanya perempuan dan mempunyai minat yang sama, termasuk mak dan arwah abah.
Ibaratnya kitorang ni mewarisi hobi ibu bapa. Sekarang semuanya aktif dalam dunia hanyir. Hanya kakak nombor 3, 5 dan Kiira yang menggunakan teknik casting.
Emak dan akak yang selebihnya memancing teknik bottom.
Kadang-kadang akan buka Google map atau tanya kawan-kawan sehobi untuk mencari port dan akan berkomplot mini dengan family dan kawan-kawan.
Ada masa kitorang (family) berkhemah dalam hutan untuk memburu penghuni sungai. Kiira bersyukur mempunyai family, buah hati dan kawan-kawan yang sentiasa memberi dorongan dan nasihat tentang dunia hanyir.
UMPAN: Apa rintangan dan harapan anda dalam meneruskan hobi ini?
AKIIRA: Kiira beranggapan ini adalah satu cabaran di mana seorang wanita yang meminati hobi yang sedikit lasak. Bukan semua wanita yang sanggup hadapi cabaran ini. Malah lelaki pun ramai yang tak sanggup.
Harapan Kiira, semoga semua wanita di luar sana tidak takut untuk menceburkan diri dalam dunia hanyir dan dihormati seperti pemancing lain.
Bukan lelaki je boleh minat dengan hobi ni, perempuan pon boleeeeeee! #YakinBoleh. Haahaahaa… kita caster tiada beza!
UMPAN: Boleh ceritakan sedikit pengalaman pahit dan manis ketika memancing?
Akiira: Kenangan manis of course la bila salah satu lemparan yang kita lontarkan disambut oleh penghuni dalam air.
Dan paling indah bila kita dapat spesies yang kita idamkan dan berat yang kita impikan.
Lagi manis bila Kiira dapat meranduk sebab saya pantang nampak air… nak meranduk aje kerjanya.
Kenangan paling pahit bila lintah atau pacat melekat kat kaki… hahahaha. Pernah juga kena kejar dengan biawak dan selalu tergolek sama ada naik motor (tanah lembik) atau
masa jalan kaki (jalan licin). Kumpau ni bukan kenangan pahit sebab kumpau itu indah sebenarnya.
“IKUTLAH resmi ikan seluang, jangan jadi macam ikan dukang (belukang). Ikan seluang nampak biasa-biasa saja tapi amat cerdik.
Orang bagi umpan macam mana banyak, macam mana mahal sekali pun semua dia makan sambil buat main-main saja.
Tahu-tahu si pemancing bila angkat joran tinggal mata kail saja, umpan dah habis, ikan tak mengena. Ikan dukang nampak bukan main bekeng (bengis), tapi baru taruk umpan murah dah sangkut kat mata kail”.
Begitulah kata-kata Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ketika rombongan penulis bersamanya ke Tasik Kenyir satu ketika dahulu.
Menyingkap latar belakang Abdul Hadi, beliau yang popular dengan panggilan nama Ayah Chik ini dilahirkan pada 6 Zulhijah 1366H bersamaan 20 Oktober 1947 di Kampung Rusila,
Marang, Terengganu. Beliau diberi pendidikan awal daripada bapanya sendiri pada usia yang masih kecil lagi.
Bapanya, Tuan Guru Haji Awang Muhammad merupakan guru bahasa Arab dan politik kepada beliau.
Memulakan pengajian di SK Rusila kemudian menyambung pelajaran ke Sekolah Agama Marang, seterusnya ke Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin. Beliau
melanjutkan pengajian ke Universiti Islam Madinah dengan biasiswa dari kerajaan Arab Saudi dan melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar ke peringkat M.A. (Siasah Syariah) dan berjaya menamatkannya hanya dalam tempoh 2 tahun sahaja.
Di sebalik ketokohan dirinya sebagai ahli politik, beliau sebenarnya merupakan kaki pancing tegar dan kerap mengunjungi lokasi-lokasi menarik dalam dan luar negara jika berkesempatan.
“Ketika keluar memancing saya gemar melihat satu-satu kejadian alam itu sebagai satu iktibar dan renungan untuk difahami bersama,” katanya.
Ini kerana, beliau yang juga Ahli Parlimen Marang dan ADUN Rhu Rendang ini berasal dan membesar di perkampungan nelayan.
Malah sejak dari kecil lagi beliau sudah menjadikan laut sebagai padang pancingnya. Jadi tidak hairanlah, beliau lebih serasi memancing di laut berbanding padang pancing lain dan turut memiliki bot sendiri bagi memenuhi hobinya itu.
Walau bagaimanapun, ketika musim tengkujuh di mana keadaan laut yang kurang selamat untuk aktiviti memancing, beliau akan beralih ke tasik seperti Tasik Kenyir bagi meneruskan aktiviti memancing apabila berkelapangan.
Selain memancing, beliau juga meminati aktiviti menjala ikan dan hobinya itu tejrus kekal hingga ke hari ini meskipun terpaksa membahagikan masa sebagai pemimpin rakyat dan keluarga.
Tambah Abdul Hadi lagi, melalui aktiviti memancing, beliau memanfaatkan aktiviti memancing sebagai salah satu platform untuk meluangkan masa bersama rakyat.
Menariknya, setiap kali turun memancing, beliau kerap ditanya apakah doa khusus untuk memancing. Jawapan beliau cukup mudah… nabi tak memancing.
Dalam erti kata lainnya, memancing bukanlah aktiviti atau perbuatan yang dilakukan oleh nabi. Maka ia bukan sunah kerana setiap perbuatan yang dilakukan nabi ada doa-doanya sebagaimana doa makan atau doa menunggang unta.
Namun katanya, bolehlah diamalkan doa mohon murah rezeki kerana setiap hasil memancing itu adalah rezeki pemberian Allah.
Dalam masa yang sama, beliau turut menyangkal hobi memancing dianggap sebagai membuang masa.
Menurutnya memancing sebenarnya mampu melatih diri mengenal erti sabar dan syukur. Selain itu ia juga bagus untuk meredakan tekanan sambil memberi peluang berzikir.
Ketika memancing, soal solat lima waktu jangan diabaikan kerana ia tiang agama. Sebaik-baiknya adalah dirikanlah solat secara berjemaah bersama rakan trip yang lain.
Ketika ini juga, beliau telah pun berkesempatan mengutip pengalaman memancing dan bertarung dengan ikan-ikan monster di luar negara seperti Indonesia, Maldives, Dubai, Oman dan beberapa buah negara lagi.
Dalam hobi ini, beliau tidak menyimpan sebarang koleksi peralatan memancing khusus kerana kebanyakan peralatan memancingnya sering dijadikan koleksi hadiah oleh orang lain.
Bercakap mengenai hobi memancing ini juga, Abdul Hadi amat bersetuju dan menyokong jika ada pihak yang berusaha menaik taraf status memancing daripada hobi kepada sukan. Sebaris dengan sukan-sukan yang lain.
“Dalam hobi memancing ini, jangan sesekali melibatkan diri dengan pertandingan memancing yang ada unsur pertaruhan dan perjudian.
Ia adalah musuh utama dalam keseronokan hobi ini dan perlu segera bertaubat sekiranya pernah melakukan,” katanya lagi.
SITI: Bermula dari usia 8 tahun. Start memancing dekat ban, parit, sungai dan muara. Semuanya hanya untuk suka-suka saja bagi mengisi masa luang.
UMPAN: Kenapa anda memilih hobi ini berbanding hobi lain?
SITI: Pada mulanya saya ikut ayah angkat saya tengok lembu kat kandang, sambil tunggu ayah halau lembu dengan kambing masuk kandang, saya mengail guna batang sawit.
Guna umpan cacing. Antara hasil pertama ialah haruan, keli, puyu, temekung. Start umur 10 tahun saya mula ke laut bersama arwah tokwan saya ketika hari cuti untuk menangkoi
ketam sesambil memancing spesies muara seperti sembilang, jenahak, duri, ketuka, gelama dan lain-lain.
UMPAN: Apa rintangan yang dihadapi sepanjang memancing dan apa harapan anda untuk meneruskan hobi ini?
SITI: Bila memancing di laut, ada masa panas terik yang kuat, ribut, alun kuat… bagi bot kecik dah tentu terasa. Kadang saya tumpang berteduh di pondok terapung tengah laut sebelum menyambung semula aktiviti memancing.
Ketika cari umpan pulak antara risiko haiwan berbisa macam ulaq kapak , babi hutan dan benda-benda tajam.
UMPAN: Ceritakan pengalaman manis & pahit ketika memancing?
SITI: Manis dapat menciptakan rekod sembilang terbanyak dalam masa 1 jam anggaran dalam 12kg. Masa tu menggunakan umpan udang pijak.
Dapat mancing bersama family sebab mak seorang nelayan. Kenangan pahit… bila umpan banyak tapi hasil kurang menggalakkan. Cuaca tak elok… alun kuat… dan banyak lagi kenangan pahit yang sukar untuk dilupakan.
UMPAN: Pencapaian membanggakan dan apa sasaran anda seterusnya?
SITI: Setakat ni yang paling syok dapat daratkan sembilang, gemang & serta barracuda. Saya tak sasarkan apa-apa pencapaian tinggi dalam memancing ni. Sasaran sebenar saya untuk belajaq banyak lagi kaedah-kaedah memancing.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...