
Saya sebenarnya bukanlah tak pernah umpan tiruan yang diletakkan bulu itik sebagai aksesori untuk memperdaya ikan. Malah ada individu yang mengusahakan umpan bullet fly. Tapi tak pernah pula tengok sehelai bulu dan mata kail saja yang digunakan.
Untuk memuaskan hati saya, tekong tersebut sedia melakukan tutorial serta demontrasi. Dan saya memerhati dengan tekun. Beliau mengeluarkan sehelai bulu itik dari bekas pancingnya dan sebatang mata kail.
Kemudian dia ambil tali perambut dan tali perambut itu digunakan untuk mengikat mata kail bersama Perambut mata kail berbulu itik sepanjang sedepa itu kemudian disambung ke set pancing yang telah disiapkan dengan pemberat.
Mata kail berumpankan bulu ayam itu kemudian diturunkan ke air sehingga pemberat mencecah dasar lalu dikarau dengan kadar kelajuan yang agak tinggi juga.
Dan ia segera berhasil! Hanya dengan semudah itu cencaru serta alu-alu berjaya didaratkan.
Inovasi bulu
Melihat kepada kesan penggunaan bulu tersebut, saya segera menginovasikannya dengan meletakkan bulu ayam pada assist hook yang digunakan untuk jigging.
Terbukti ia adalah pendekatan yang cukup berkesan kerana bukan saja cencaru yang mengejarnya malah ikan-ikan pemangsa lain juga.
Kaedah Terbaik Memancing Ikan Talang Padi!!

Disyorkan guna peralatan aksi ringan dengan kekuatan tali antara 10Ib sudah memadai. Ada juga yang lebih cenderung menggunakan set ultralight seperti joran grafit teleskopik dengan kekuatan 6Ib.
Tangsi pilihan ialah maxima 4Ib aksi ringan yang diubah suai sendiri untuk menahan asakan talang padi yang kuat berenang ketika melawan. Begitupun apa-apa saja joran dan saiz kekili boleh digunakan asalkan sistem tegangan dan tali sesuai sepadan agar lebih serasi dan seimbang kombinasi kedua-dua peralatan tersebut.
Sistem tegangan (drag) adalah perlu baik agar mudah dilaras pada kekuatan yang sesuai bergantung kepada saiz talang yang dijinakkan serta untuk membenarkan tali keluar dengan lancar pada tahap yang telah ditentukan.
Ini adalah kerana pada permulaan tarikan, talang padi cuba melarikan tangsi buat seketika, di mana sistem tegangan yang telah dilonggarkan sedikit membenarkan tangsi keluar ketika ditarik, sebelum diketatkan sedikit semasa membalas untuk menujah mata kail melekat pada bahagian mulutnya.
Begitupun tidak salah mencuba apa saja jenama kekili, mata kail, dan tangsi dan buatlah perbandingan sendiri dan tidak perlu lagi dengan iklan dari orang lain.
Teknik paling mudah menjerat talang padi ialah pakai apollo yang mudah didapati di kedai pancing. Tidak perlu guna umpan cuma perlu rajin sahaja menghenjut pancing berterusan sehingga terdapat getuan atau sambaran.
Apabila kita dah tahu tentang tabiat dan sifat haiwan ini yang gemar berlegar di permukaan air jadi teknik yang terbaik adalah memancingnya dengan umpan dilabuhkan dari permukaan dan pertengahan air. Untuk menambah keseronokan, cuma beranikan diri menggunakan tali 4lb dengan joran udang yang mampu memberi lenturan U.
Jika anda merasai sekali pasti mahu ia berterusan kerana saiz padi amat sesuai dengan peralatan kecil yang disyorkan. Cubalah sekali untuk menikmatinya sendiri kalau tak percaya.
Umpan terbaik untuk memancing talang padi mahupun talang yang lain adalah bilis segar dan kalau dapat hidup lagi besar peluangnya. Bilis adalah salah satu spesies ikan pelagik yang berkumpulan dan hidup di permukaan air.
Bukan saja talang padi malah pemburu mangsa yang lain juga gemarkan bilis seperti anak tenggiri papan, senangin, anak gerepoh turut sama berkongsi habitat bersama talang padi.
Warna jernih serta isi yang lembut membuatkan ikan talang padi tidak begitu cerewet jika dihidangkan dengan bilis. Bilis mati perlu dicangkuk dengan betul pada mata kail agar ia kelihatan hidup dibuai arus di dalam air. Jika bilis kecil digunakan, cangkukkan pada mata hingga memenuhi mata kail yang digunakan.
Selain bilis, udang, hirisan ikan kembung, sotong dan ikan pelagik boleh digunakan sebagai alternatif atau kawasan tertentu sesuai dengan jenis sumber diet utama yang terdapat di sekitar.
Umpan Roti Pancing Kolam!!

(Oleh: KD Negri)
Roti sandwic yang berasaskan tepung gandum sememangnya diet yang sesuai untuk makanan ikan.
Namun, tanpa sebarang perisa atau bau-bauan, ia umpama sesuatu yang halimunan pada deria ikan.
Bagi menarik perhatian ikan pada kepalan roti yang bersifat kosong, ia memerlukan bahan perisa bukan saja yang memiliki sifat rasa, bau-bauan dan juga warna yang menyerlah.
Bahan-bahan umpan:
Roti sandwic (potong dadu)
Musang Strawberry A1
Sos Raya A1
Esen Badam
Esen Nenas
Esen Pisang
Cara-Cara Penyediaan Umpan
➡ Langkah 1
Satu bungkus roti sanwic dipotong dan dimasukkan ke dalam bekas bancuhan. Kemudian masukkan Sos Raya A1 (kuning) sebanyak 6 penutup.
➡ Langkah 2
Kemudian masukkan Musang Strawberry A1 sebanyak 6 penutup atau lebih. Goncang bekas bancuhan agar sos mengenai roti lebih sekata.
➡ Langkah 3
Masukkan 1 penutup botol esen pisang (goncang lagi).
➡ Langkah 4
Masukkan pula 2 penutup botol esen nenas (goncang lagi)
➡ Langkah 5
Seterusnya masukkan 1 penutup botol esen badam.
Cara penggunaan umpan
➡ Langkah 1
Setelah dibiarkan seketika agar setiap perisa sekata dengan roti, barulah cucuk roti dadu pada mata kail perambut V.
➡ Langkah 2
Kemudian kepal roti dadu yang lain pada perambut mata kail tersebut dan ia siap sedia untuk dilontar ke spot patin bermain.
Tips Pancing Dorado Guna Umpan Selar Hidup!!

Set Peralatan
Bagi memancing belitong, menggunakan set pancing aksi ringan paling menyeronokkan. Kekili siri 3000 hingga 5000 dan joran PE 1-3 adalah gabungan yang sepadan. Sementara tali sulam 20lb – 40lb sepanjang 150 meter di dalam spool. Perambut pula berkekuatan 50lb dengan satu mata kail 3/0 jenis Octopus yang tajam.
Jika ingin mengamalkan konsep sportfishing (tangkap dan lepas) maka mata kail lingkar harus digunakan. Walaupun penggunaan mata kail lingkar agar sukar untuk memperoleh hook up dan perlu hook up yang sempurna, ia bersifat mesra ikan kerana boleh dilepaskan kembali dengan baik.
Teknik
Teknik pancingan berhanyut atau drifting merupakan kaedah terbaik untuk memancing belitong. Umpan hidup dibiarkan hanyut bebas dengan menggunakan belon atau tanpa belon.
Penggunaan belon lebih efektif jika cuaca agak berangin dan berarus. Waktu air mati dan tiada tiupan angin, sebaiknya biarkan ikan umpan berenang tanpa belon. Tetapi jika banyak kelihatan belitong bermain di permukaan air, penggunaan belon lebih efektif bagi mengelakkan umpan menyelam lebih dalam.
Strike
Ikan belitong ini amat bijak mencuri umpan. Walaupun kelihatan rakus membaham umpan namun banyak berkesudahan dengan gagal strike. Ia tidak terus menelan umpan yang dihidangkan, tetapi sekadar menggonggong seketika dan membuat pusingan U sebelum membuat larian.
Oleh yang demikian kita haruslah bijak memilih waktu untuk melakukan strike. Waktu terbaik menyembat belitong selepas loncatan pertama ke permukaan air kerana ketika ini belitong terasa tusukan mata kail di mulutnya.
Selain bijak mencuri umpan, belitong juga akan berusaha mat-matian untuk memuntahkan mata kail yang tertancap di mulutnya. Lompatan akrobatik bersama libasan kepala dilakukan berulang kali. Ketika inilah pemancing perlu bijak meregang tali.
Jika tali pancing kendur ia akan memberi peluang kepada belitong untuk memutuskan tali atau menanggalkan mata kail.