Beberapa lagi istilah kaki pancing bahagian dua dalam umpantoon untuk diketahui , diingat dan dihafal dalam usaha nak jadi pemancing tegar atau nak join besembang dengan kaki pancing tegar.
Lubuk (fishing spot)
Kawasan berpotensi mempunyai habitat sasaran pemancing.
Mata bom
Sejenis perambut di mana terdapat 2 atau lebih mata kail yang dikumpulkan bagi memegang umpan.
Mesin katak
Kekili yang telah dimodifikasi mana mengeluarkan bunyi drag yang kuat dan nyaring. Biasanya menggunakan kekili jenis lama.
Ads
Bihun / sarang burung (noodle/bird’s nest)
Tali bersimpul di gelendong kekili. Kerap berlaku apabila balingan tidak betul atau tergesa-gesa di kekili baitcaster.
Ngeteh
Berbual-bual bersama rakan di restoran sambil minum tetapi tidak semestinya teh.
Ads
Boron (giant grouper)
Gelaran bagi ikan kerapu besar. Bila makin besar ia akan dipanggil sebagai tong gas.
Buntat
Tangkal yang digunakan pemancing.
Ads
Getuan (nibble)
Bila melihat hujung joran bergetar perlahan.
Gewang (lure)
Umpan tiruan yang biasa digunakan oleh kaki casting bagi menipu ikan.
Kapal selam (submarine)
Gelaran untuk ikan aruan tasik. Ini kerana kekuatannya melawan dari bawah hingga ke permukaan air.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Mimpi memancing ikan dipercayai sebagai lambang rezeki atau keberhasilan. Tetapi ada juga beberapa jenis ikan dalam mimpi yang akan membawa keburukan.
Mimpi memancing ikan juga membawa makna jika anda memperoleh wang tetapi akan cepat habis.
Selain itu, mimpi ini juga membawa makna kebahagiaan pada pasangan kekasih yang akan berkahwin.
➡ Mimpi dapat ikan besar
Ukuran atau jumlah ikan yang dipancing dalam mimpi boleh menjadi erti atau petanda berapa banyak keuntungan atau berapa besar kerugian yang akan menimpa pada beberapa hari yang akan datang.
Jika ia ikan bersisik, sebagai contohnya mimpi memancing ikan kelah yang ditangkap dalam jumlah besar itu bererti anda akan memperoleh rezeki yang besar, sementara jika
ikan tidak bersisik (macam ikan keli) yang ditangkap, maka keadaan sebaliknya yang bakal menimpa.
➡ Mimpi memancing ikan haruan
Erti dari mimpi memancing ikan haruan mungkin mempunyai makna yang baik atau bahkan buruk bagi kehidupan anda.
Hal ini bergantung kepada keadaan dan waktu yang berbeza. Sebagai jenis ikan pemangsa, ia membawa makna keburukan.
Namun, disebabkan ia tergolong ikan bersisik maka ia turut membawa erti kebaikan.
Selain itu ikan gabus adalah jenis ikan pemangsa, yang memiliki arti keburukan. Namun, ikan ini juga termasuk bersisik yang berarti bisa membawa keberuntungan.
➡ Mimpi memancing ikan keli
Makna yang berlawanan dengan mimpi memancing ikan bersisik, justeru ia merupakan khabar buruk. Dalam tafsiran mimpi lainnya, ia juga memberi petanda bahawa dalam waktu terdekat anda akan jatuh sakit.
Sekiranya bermimpi menangkap atau memegang ikan, ia bererti akan memperoleh untung yang lebih tetapi akan cepat habis.
➡ Mimpi memakan ikan
Jika anda bermimpi memakan ikan, ia bererti anda akan memperoleh rezeki halal yang diperoleh di luar bidang pekerjaan anda.
➡ Mimpi melihat ikan paus
Ia membawa erti ada salah satu sahabat yang akan meninggalkan anda. Ia juga memberi makna akan terjadi sesuatu yang sangat mendebarkan apabila berhadapan dengan sesuatu masalah.
➡ Mimpi menangkap ikan di air jernih
Ia membawa erti bahawa anda memperoleh hasil dari apa saja yang anda usahakan.
➡ Mimpi melihat orang tangkap ikan
Ia membawa maksud anda akan memperoleh kembali keseimbangan jiwa sehingga membolehkan kehidupan aman dan damai.
Tetapi, ia juga berkemungkinan sebagai isyarat bahawa anda bakal berhadapan dengan suatu masalah yang merisaukan fikiran.
➡ Mimpi melihat ikan-ikan monster (besar)
Ia membawa erti akan ada peningkatan (gaji) dalam pekerjaan Anda.
➡ Mimpi melihat ikan-ikan kecil
Ia membawa erti anda akan berasa kecewa pada seseorang berdasarkan pekerjaan yang dilakukannya.
➡ Mimpi melihat ikan kelah
Ertinya, bagi anda yang masih bujang, akan menjadi kaya selepas berkahwin. Sekiranya anda sedang melakukan sesuatu bisnes, maka mimpi ini menjadi satu petanda yang baik pada anda.
Cabaran paling getir memancing ikan pari ialah bila berhadapan dengan tindakan ikan pari melekap seluruh tubuhnya di dasar laut. Berikutan daripada itulah munculnya pelbagai petua untuk membebaskan pari daripada melekap. Ada petua yang logik tetapi kebanyakannya langsung tak boleh boleh diterima akal.
JENTIK TALI
Jentik tali pancing macam main gitar. Alasannya, pari akan terasa ngilu akibat daripada getaran tali pancing yang turut menggetarkan mata kail yang tertusuk pada mulut pari. Di mana logiknya korang fikirkanlah sendiri.
CURAH AIR TAWAR
Curah air tawar sama ada air paip atau air minuman pada tali pancing. Alasannya, air tawar yang akan mengenai mulut ikan pari akan menyebabkan kejutan atau melemahkannya. Sekaligus akan membuatkan ia bergerak keluar dari melekap. Logik ke air tawar boleh sampai ke mulut ikan pari setelah dicurahkan pada tali pancing?
GENTEL TEMBAKAU
Gentel atau lurutkan tembakau rokok pada tali pancing laju-laju. Alasan dan kesannya sama juga macam jentik tali pancing supaya ikan pari akan rasa ngilu. Di mana logiknya pun lebih kurang sama juga. Tak tercapai dek akal macam mana getaran tersebut boleh sampai ke mulut pari sekaligus rasa ngilu boleh mengatasi rasa sakit akibat tertusuk mata kail.
LEPASKAN BATU LADUNG
Sama ada menggunakan klip atau snap yang disangkutkan batu ladung, kemudian dilepaskan menerusi tali pancing dengan tujuan untuk mengetuk kepala atau mulut ikan pari, ia tetap merupakan satu tindakan yang tak masuk akal. Lebih-lebih lagi teknik pancingan tersebut menggunakan perambut tanduk atau ranggung.
TURUNKAN TEMBAKAU
Dikatakan ikan pari tidak suka bau tembakau (usah bincang bila masa pulak pari pernah hidu bau tembakau), maka tembakau dimasukkan di dalam uncang kain dan diturunkan melalui tali pancing menggunakan batu ladung sebagai pemberat. Persoalan paling utama, tak tersangkut ke uncang tembakau tu pada batu ladung yang digunakan di tanduk atau ranggung?
GUNA KAIN BERPETROL
Konsep yang sama menggunakan uncang tembakau. Kesannya juga nampak macam boleh diterima akal. Tapi pelaksanannya tetap tidak pratikal. Lebih buruk ia boleh mencemarkan alam sekitar. Silap-silap ikan lain yang ada di lubuk tersebut semua cabut lari sebab tak suka bau petrol.
Begitu juga dengan kaedah menggunakan tempurung kelapa, tutup botol atau daun sireh… semuanya petua yang susah untuk dihadam oleh logik akal.
Christmas Island terletak di Australia dan merupakan antara lokasi pancingan terbaik di dunia dengan keadaan cuaca yang baik sepanjang tahun. Spesies yang paling popular di sini pastinya spesies bonefish lebih-lebih lagi dengan teknik layang. Jika anda mahu lebih kepuasan, anda boleh cuba memancing spesies tuna.
Anda mahu memancing spesies bonefish, tarpon atau permit dengan kadar ‘sukses’ yang tinggi? Mungkin anda perlu cuba ke Bahamas, salah satu lokasi pancing terbaik. Bahamas juga sesuai sebagai lokasi percutian dengan keluarga.
Terdapat banyak tempat pancingan spesies red drum di sepanjang pesisir teluk, namun Louisiana Salt Flats merupakan lokasi terbaik kerana lokasi ini merupakan lubuk red drum yang lebih besar berbanding tempat lain.
Sama ada on-shore, off-shore atau pesisir pantai, Belize menawarkan hampir kesemua yang dimahukan oleh kaki pancing dan aktiviti memancing juga boleh dilakukan hampir sepanjang tahun. Memang terbaik!
Cape Point di Kepulauan Hatteras merupakan salah satu spot pancingan terbaik. Bahagian Outer Banks pula merupakan salah satu spot untuk pancingan surf casting terbaik di dunia. Bagi kaki surfcasting, spot ini antara spot idaman yang mesti dikunjungi.
Bagi peminat pancingan tasik pula, Lake Superior yang merupakan tasik terbesar di dunia merupakan lokasi yang harus dilawati. Dengan 88 spesies ikan di dalamnya, spot ini pastinya menjadi impian ramai kaki pancing.
Perairan Watamu dan Malindi di Kenya merupakan spot pilihan bagi ikan billfish. Ini menjadikan Kenya merupakan salah satu spot pancingan billfish terbaik di dunia dan pelbagai pertandingan billfish dilangsungkan di sini setiap tahun.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...