Nama : Jamilatul Khairiah

Nama FB: Puan Jamie

 

UMPAN: Sejak bila memancing?

JAMIE: Masih baru dan aktif sejak beberapa tahun ini. Tapi saya layan macam-macam. Sungai dan laut dalam teknik bottom.

Baru kenal dengan teknik casting ultra light dan jigging pada tahun 2018 lalu.

 

Lady Angler – Jamie Ingin Takluk Semua Teknik Mancing

 

UMPAN: Kenapa anda memilih hobi ini?

JAMIE: Hobi ni lasak dan saya sukakan adventures. Suka tengok air sungai, tasik dan laut sebab air ni energy. Bila memancing rasa ada semangat apalagi bila strike.

Selain tingkatkan energy, memancing ni jadikan saya penyabar, tenang, sentiasa bersyukur dengan rezeki dan menghargai alam ciptaan Allah SWT.

Siapa jangka makhluk yang berada di bawah air sana jadi sumber rezeki untuk kita bawa balik, masak dan makan dengan family.

 

Lady Angler – Jamie Ingin Takluk Semua Teknik Mancing

 

UMPAN: Rintangan dan harapan dalam hobi ini?

JAMIE: Bila dah booking trip pemancing tak cukup. Kebiasaan trip saya utamakan pemancing wanita dahulu.

Saya harap sangat trip penuh dengan pemancing wanita tapi bila tak ramai yang beri sambutan saya terpaksa buka trip untuk pemancing lelaki.

Selain itu sama seperti semua orang, kekangan masa. Saya seorang housewife dan hanya cuti bila anak-anak cuti sekolah. So masa cuti sekolah saja saya boleh join mana-mana trip.

 

 

Lady Angler – Jamie Ingin Takluk Semua Teknik Mancing

 

Harapan dan impian utama, nak join trip laut dalam jika ada peluang. Dan saya nak terus belajar semua teknik memancing yang ada, InsyaAllah selagi minat masih bertapak di hati.

Saya suka mengkaji bagaimana setiap teknik memancing ni dapat menarik perhatian ikan sampai dapat dinaikkan.

Secara mekanismanya, habitatnya sampai ke cara handling tools yang guna untuk naikkan ikan.

 

Selain itu saya harapkan wanita yang minat dengan aktiviti ni jangan takut untuk turun mencuba. Jika ada minat yang mendalam jangan takut sebab hobi ni adalah hobi yang sihat.

 

Lady Angler – Jamie Ingin Takluk Semua Teknik Mancing

 

UMPAN: Pengalaman memancing yang manis / pahit?

JAMIE: Pengalaman manis bila dapat daratkan dari sekecil ikan sampai ke ikan yg diidamkan.

Bila makan di tangan kepuasan tu tak boleh gambarkan. Kemudian target ikan lain pula. Maka belajar pula teknik lain, bila berhasil itu yang best.

 

Usaha menjadi bila alatan memancing kita sendiri yang sediakan. Aktiviti ini juga dapat kenalkan saya dgn ramai rakan baru. Baik hati dan suka beri tunjuk ajar.

Respect sangat semua yang tak kedekut ilmu, buat trip ramai-ramai, bertukar pendapat dan kongsi macam-macam cerita.

Semua itu dapat jadikan kita lebih berpengalaman dan jadi lebih yakin dalam dunia memancing.

 

Lady Angler – Jamie Ingin Takluk Semua Teknik Mancing

 

Pengalaman pahit, masa memancing di bawah jambatan Penang. Tak tengok tide chart, air tinggi masa tu. Bila hujan dan angin kuat, air melimpah atas tapak.

Terus call tekong utk pick up ke darat. Tak sampai satu hari pun memancing. Lepas tu bila nak turun bawah sana mesti kaji tide chart dulu, seriau dah. Hehe.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI