Boleh… tetapi dua perkara utama perlu diambil kira. Sebelum dilakukan make over terhadap joran pantai kepada joran bangla, kekuatan dan kemampuan rod tersebut perlu dipastikan terlebih dahulu.
Cara mudah untuk menguji adalah dengan mengangkat dan menampung beban sehingga 1kg.
Ini bagi bagi membolehkan ia menampung beban batu ladung ketika digunakan nanti.
Kedua, anda harus faham bahawa aksi rod pantai (kekili mendatar) dan rod bangla (kekili menegak elektrik) adalah berlawanan.
Ads
Cincin dan pemegang kekili rod pantai dipasang pada bahagian bawah tulang belakang rod, sementara cincin dan pemegang rod bangla dipasang di bahagian atas tulang belakang rod.
Oleh yang demikian, jika anda ingin menggunakan rod pantai sebagai rod bangla maka ia perlu dicustom atau diubahsuai sepenuhnya.
Ads
Semua cincin pada rod pantai perlu ditanggalkan dan ia tidak sesuai untuk digunakan. Begitu juga dengan pemegang joran.
Maka perlu cincin dan pemegang kekili yang baru perlu dipasang pada bahagian atas tulang belakang rod dengan sususan yang berbeza pula.
Ads
Kesimpulannya, memang boleh make over rod pantai menjadi rod bangla tetapi ia adalah satu kerja yang renyah.
Jika menggunakan khidmat pembuat rod custom pun belum tentu mereka mahu melakukannya dan kos upah dan alatan juga tinggi.
Silap hari bulan, ia lebih mahal daripada anda membeli rod yang khusus untuk kekili elektrik.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Nama Aznir Abdul Malek merupakan satu nama yang pasti dikenali di kalangan pemancing di Malaysia terutamanya pemancing air tawar. Cinta dan keghairahan kepada pancingan kelah menjadikannya antara watak penting dalam lapangan ini. Sering kali rujukan tulisannya ditatap terutama di kalangan kaki pancing baru yang sering mengidam bagaimana padunya tarikan ikan kelah.
Figura yang berasal dari utara semenanjung tanah air ini merupakan antara ‘orang lama’ atau lebih mudah disebut sebagai sifu @ otai dalam lapangan pancingan air tawar, lebih-lebih lagi dalam pancingan kelah. Dia mula memancing kelah sekitar tahun 1986 dan sehingga kini cinta dan keterujaan dalam menjinakkan kelah tidak pernah padam dalam dirinya.
Tempoh masa yang lama dalam lapangan pancingan kelah menjadikan Aznir Malek kaya dengan ilmu pancingan kelah. Dia juga sering menjadi rujukan bagi mendapatkan tip dan teknik pancingan kelah.
Cintanya dalam pancingan kelah atau mahseer juga telah membawanya dia mengambara hingga ke India untuk merasa tarikan kelah di sana. Aznir pernah mendaratkan kelah seberat 42 kg di Sungai Cauvery, India lantas menjadi rekod peribadi abadinya sehingga kini.
KELAH PERTAMA DI KENIAM
Mengimbau kembali jejak awal dia mengenal kelah tidak sukar. Segalanya masih tersemat rapi dalam memorinya. Sekitar tahun 1986, sewaktu ke Kuala Tahan atas dasar kerja, dia memancing dan hendak dijadikan cerita, pancingnya yang dicangkuk cacing disambar rakus oleh sang kelah.
Kelah yang bersaiz sederhana itu berjaya didaratkan setelah bergasak dengan lariannya. Waktu itulah dia tertanya-tanya perihal spesies yang cukup padu ini dan seterusnya mula jatuh cinta kepada pecutan sang mahseer.
RAHSIA PANCINGAN KELAH
Sepanjang memancing kelah, Aznir banyak membuat rujukan saintifik serta membuat pemerhatian secara peribadi. Selain pemerhatian, memancing mestilah memerlukan kesabaran dan strategi kerana ikan kelah sangat cerewet.
Bagi Aznir, antara rahsia memancing ialah memastikan lokasi yang ada ikan dan bagaimana mahu mengumpannya. Ikan kelah biasanya menjadikan habitat yang selamat, selesa dan mempunyai makanan sebagai tempat tinggalnya.
Buah hutan yang berwarna oren dan kemerahan menjadi pilihan kelah dan Aznir pernah mendaratkan kelah dengan menggunakan umpan tomato dan buah kundang dalam uji kajinya. Strategi berkaitan lokasi, umpan dan tempat pertarungan ketika ikan melarikan umpan amat penting ketika memancing kelah.
PENGLIBATAN DALAM KAGUM
Setelah sekian lama dalam lapangan memancing kelah, Aznir mengakui kelah di Malaysia semakin sukar dicari. Dari itu, dia banyak melibatkan diri dalam aktiviti konservasi ikan kelah dan habitat hidupan akuatik.
Aznir juga merupakan antara individu yang mewujudkan Kelah Association of Malaysia (KAGUM) dan merupakan presiden KAGUM yang pertama. KAGUM banyak terlibat dalam aktiviti kesukarelawan dalam memulihara habitat sungai-sungai dan habitat ikan. KAGUM juga bekerjasama dengan The Mahseer Trust dalam aktiviti konservasi spesies ini.
Profil
Nama : Aznir Abdul Malek
Umur : 57 tahun
Asal : Perlis
Lokasi pancing pilihan : Sungai Endau, Temenggor dan Sungai Cauvery, India
Buku : Fishing Forays – An Angler’s Travels in Malaysia (1999)
UMPAN: Sejak bilakah anda mengusahakan gewang buatan tangan ini?
ERY: Saya bukanlah pembuat gewang sepenuh masa. Jadi agak susah untuk saya menetapkan faktor waktu yang tepat sejak bila saya menjadi pengusaha gewang buatan tangan ini.
Jika ingin suatu tarikh, 2016 bermulanya tahun saya aktif mengusahakan Ery Craft.
UMPAN: Kenapa anda memilih mengusahakan gewang ini?
ERY: Pada awalnya saya sekadar suka-suka saja. Dengan sedikit bakat yang ada saya cuba membuat gewang sendiri dan untuk kegunaan sendiri.
Ia lebih kepada mencabar keupayaan diri sendiri. Saya melihat pembikinan gewang ini tidaklah terlalu sulit untuk dihasilkan sebagaimana menghasilkan kekili.
Jadi, bagi mengisi masa terluang saya melakukannya. Setelah ia siap dan diuji ternyata berhasil. Secara tidak ia menyuntik semangat saya untuk menghasilkan yang lebih baik.
Setelah mendapat sokongan dari para sahabat dan juga isteri, barulah saya berani melangkah setapak ke hadapan dengan menghasilkan produk Ery Craft.
Walau bagaimana pun saya tidak memilih bidang ini tetapi ia datang sendiri… kurniaan dari Allah SWT.
UMPAN: Apa rintangan dan harapan anda dalam meneruskan usaha ini?
ERY: Alhamdulillah saya tidak berhadapan dengan banyak rintangan dalam meneruskan usaha ini. Saya juga tidak bersaing dengan sesiapa.
Jika ada rintangan pun hanya pada kekangan masa. Kekurangan masa kerana saya juga ada pekerjaan tetap yang lain.
Harapan saya tentu saja produk saya ini terus kekal di arus perdana agar merancakkan lagi industri memancing tanah air terutamanya dalam teknik casting.
UMPAN: Apa kelebihan produk ini?
ERY: Kelebihan lure ini… saya lebih tekankan kepada kekuatan steel wire. Senang cerita kalau gewang kena baham sampai pecah pun ikan tetap dapat didaratkan.
Selain itu saya juga boleh custom lure mengikut kehendak pelanggan. Apa saja pelanggan inginkan saya akan lakukan sebaik mungkin.
Jika pelanggan ingin klon produk lain dan bagi menambah bunyi (bearing), saya tidak halangan untuk melakukannya sebagaimana request dari pelanggan.
UMPAN: Akhir sekali, boleh ceritakan sedikit pengalaman anda memancing?
ERY: Seingat saya, saya mula memancing dari umur 9 tahun. Semuanya gara-gara mengikut arwah abng dan rakan-rakan. Boleh dikatakan semua jenis pancingan saya layan.
Cuma sekarang ini saya lebih tumpukan kepada mengilat sebarau. Saya amat menggemari mengilat sebarau kerana itulah saya berusaha menghasilkan gewang yang digemari sebarau.
Pengalaman memancing itu lebih kurang sama macam pemancing lain juga. Ada masa menjadi, ada masa lokoh dan macam-macam lagi.
Walaupun boleh buat gewang sendiri, tak bermakna saya tak kumpau… kadangkala kumpau berdarah juga.
“Memancing kena enjoy, jangan ada sebarang tekanan, barulah perasaan gembira dan feeling akan mengalir dalam diri kita.”
“Untuk menjadi seorang pemancing yang baik, perlu senantiasa belajar banyak perkara tentang ilmu memancing dan jika sudah berilmu jangan lokek dan sombong untuk berkongsikan dengan pemancing lain terutama pemancing baru,”
itu kata azimat dari otai yang begitu professional dan dikenali dalam arena pancingan tanah air, Mejar (B) Ismail Feisol.
Bercerita dengan lebih lanjut perihal mengenai dirinya, Ismail atau lebih senang disebut Mejar atau ‘Major’ dikalangan orang yang mengenali dirinya, berkata memancing kini sudah begitu sebati dengan dirinya.
“Saya minat memancing sejak dari kecil lagi. Keluarga saya memang gila memancing termasuklah datuk nenek saya dan tempat favourite memancing kami sekeluarga adalah perairan Pulau Langkawi dan sekitar negeri Kedah.”
“Bahkan, pada awal usia kanak-kanak saya telahpun dibawa oleh keluarga memancing di laut dan ketika usia lima tahun saya telah berjaya merasai pengalaman bagaimana bergasak menaikkan ikan yu besar.”
“Kalau nak tahu, dua hari lepas saya dan isteri bernikah, saya pergi berbulan madu dan bulan madu kami itu sebenarnya kami pergi memancing di Langkawi,” katanya.
“Selepas menamatkan pengajian, barulah saya betul-betul serius dengan arena pemancingan dalam negara, luar negara, menternak dan buat bisnes berkaitan ikan, terlibat dengan pelbagai program dokumentari dan banyak lagi.”
“Sejak itu jugalah saya diundang sebagai kolumnis untuk kebanyakan penerbitan di tanah air berkaitan hobi memancing,” katanya yang telah memancing hampir keseluruhan tempat memancing terbaik dunia.
Ujar Major lagi, program dokumentari memancing pertama beliau di kaca televisyen adalah Pancing-Pancing yang disiarkan di RTM pada tahun 1996, dimana beliau bergandingan
dengan personaliti Maznah Zulkifli. Program berkenaan diterbitkan oleh Pesona Pictures dan disiarkan selama tiga tahun.
Disebabkan master mengenai serba-serbi tentang ikan baik kaedah pemancingan, teknik, kefahaman mengenai fisiologi ikan, bapa kepada tiga cahaya mata ini seringkali diundang
memberi ceramah mengenai Fishing World-Sport & Field oleh kebanyakan negara di dunia seperti Australia, Amerika Syarikat, Thailand, Denmark, New Zealand, Jepun, Indonesia, Arab Saudi dan banyak lagi.
Walaupun menyertai pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada tahun 1978, hobi memancing dan minatnya tentang ikan tidak pernah surut. Bahkan sebenarnya `memang tidak boleh tinggal langsung`.
Bertugas memerangi ancaman komunis di Royal Belum sekitar tahun 1980-an, turut mendekatkan dirinya dengan peluang memancing di kawasan `syurga ikan` (Orang awam dilarang masuk disebabkan darurat ketika ini).
Katanya, waktu itu hanya tuhan sahaja yang tahu, bagaimana seronoknya memancing ikan di kawasan yang banyak ikan dan bersaiz mega terutama ikan kelah.
SAMBUNG PENGAJIAN
Pada tahun 1993, Ismail bersara wajib dari ATM dengan berjaya menyandang jawatan mejar.
Disebabkan minatnya mendalam dengan dunia ikan, beliau kemudiannya melanjutkan pengajian di Oceanic Institute Brest, di Perancis dalam bidang fisiologi ikan selama enam bulan.
Bahkan Ismail juga dilantik pernah dilantik ‘produk tester’ jenama terkenal dunia seperti Lucky Craft, Duel, Ofmer, serta jenama lain.
Malah pengeluar gewang tersohor dunia, Lucky Craft telah mengiktiraf Ismail sebagai pemancing professional dan beliau satu-satunya pemancing dari Malaysia dan Asia Tenggara mendapat pengiktirafan berkenaan.
Tambah Ismail, harus diingat, memancing ini perlu sentiasa enjoy dan untuk memancing sebenarnya boleh pakai apa sahaja peralatan memancing, asalkan ia bersesuaian dengan ikan yang hendak dipancing.
Nasihatnya terutama kepada pemancing baru, tidak perlu terikut-ikut menggunakan set pancing mahal, ikut kemampuan poket masing-masing.
Pada masa yang sama sentiasa amalkan etika memancing yang betul seperti sentiasa lakukan catch & release, ambil ikan untuk makan hanya bila perlu dan sentiasa menjaga kelestarian alam padang pancing.
Tidak sesekali mahu berbangga dengan apa yang dikecapinya ketika ini, Ismail menambah, seorang pemancing sejati adalah pemancing yang dihormati kawan dan juga lawan.
HARAPAN
“Jika kita lihat, arena pancingan tanah air semakin berkembang dengan saban hari kita melihat ramai orang diluar sana mula berjinak-jinak dengan hobi ini.
Ia jelas member satu petanda yang baik, kepada semua pihak sama ada pihak pengeluar barangan pancing dan juga pihak kerajaan.
“Sayangnya, padang pancing yang kita ada sekarang ini semakin kekurangan ikan dan perlu satu gerakkan yang lebih intensif dilakukan oleh semua pihak.
Ancaman ikan pendatang yang bermahajalela sehingga memusnahkan populasi ikan tempatan juga harus diambil tindakan.
“Untuk semua kaki pancing, memancinglah sepenuh hati, kerana ia satu hobi yang amat menyeronokkan.
Sebagai seorang pemancing sentiasa amalkan etika-etika pemancing, sentiasa setiakawan dan jangan sesekali cuba merendahkan moral pemancing lain terutama pemancing-pemancing baru,” katanya mengakhiri perbualan.
Nama penuh: Ismail Feisol
Tarikh Lahir: 11 Ogos 1959
Tempat Lahir: Sitiawan Perak, dibesarkan di Kedah
Pekerjaan: Pemancing professional, ahli perniagaan, konsultan, penceramah jemputan
Hobi selain memancing: Mengambil gambar, kumpul senjata melayu lama & pemetik api Zippo koleksi khas
Lokasi memancing disifatkan terbaik dunia: Australia perairan air tawar dan air masin, Denmark dan perairan Sabah.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...