SOALAN:
Saya dah malas nak pergi ke kedai pancing tapi belum berani nak beli secara online. Apa tips yang boleh admin beri untuk beli barang pancing online?
JAWAPAN:
Shopping secara online sudah lama menjadi trending dan dalam industry memancing juga tidak terkecuali. Admin sendiri pun turut sama terjebak. Tetapi, sebelum terjebak tu elok juga anda buat homework sikit.
Kenal pasti dahulu maklumat si penjual. Sama ada dia aktif membuat jualan online. Kalau tak aktif, abaikan saja.
Sekiranya dia betul-betul penjual barangan pancing, periksa juga status rekod jualannya. Semak komen-komen dari rekod jualannya.
Kalau banyak yang negatif dari yang positif, elok abaikan saja.
Kenal pasti nilai sebenar barangan tersebut di pasaran sebenar. Tanya pada rakan yang arif. Kalau mahal melampau, buat apa nak beli.
Kalau murah melampau pulak, kemungkinan besar itu kerja penipu atau scammer.
Jika anda tidak berpuas hati dengan foto produk yang diiklankan, minta foto tambahan dari penjual. Lebih-lebih lagi jika penjual memaparkan foto yang dimuat naik dari internet.
Jangan segan untuk membuat tawaran harga yang berpatutan. Sebagai pembeli kita berhak untuk meminta pengurangan harga walaupun sepuluh sen.
Jika boleh, sebaiknya lakukan jual beli secara COD. Ia lebih baik bagi kedua-dua belah pihak.
Terlebih dahulu admin ucapkan tahniah kerana anda meluaskan wilayah padang pancing. Seperkara yang harus diingati, pancingan di rumah rakit atau kelong lebih berkonsep pancingan santai.
Oleh yang demikian, anda haruslah bersedia sekiranya tiada tangkapan istimewa yang diperolehi. Malah berkemungkinan besar langsung tiada hasil.
Tidak dinafikan umpan memancing merupakan salah satu daripada faktor penting bagi kejayaan memancing di rumah rakit.
Selain itu, faktor pasang surut dan pergerakan arus juga perlu diambil kira untuk memperoleh hasil yang baik. Jika sekadar ingin bersantai, faktor ini tidaklah perlu diambil kira.
Biasanya waktu air pasang besar merupakan tempoh terbaik untuk memancing di rumah rakit.
Terutamanya rumah rakit yang terletak agak ke dalam sungai berjauhan dari muara atau kuala. Waktu ini ikan-ikan besar dari laut gemar memasuki sungai hingga ke sempadan air payau.
Umpan yang paling biasa digunakan bagi pancingan muara ialah semua jenis ruat atau umpun-umpun. Selain itu, sebaiknya anda bawa juga umpan udang hidup dan udang mati.
Udang hidup merupakan umpan paling baik jika sungai di rumah rakit tersebut dihuni siakap, jenahak, tetanda atau sembilang.
Anda juga boleh bawa umpan lain berbentuk hidupan muara. Namun memadai jika membawa udang hidup dan perumpun.
SOALAN:
Saya masih baru lagi memulakan hobi memancing. Mancing pun kat kolam air masin je. Masalah yang saya alami ialah nak strike siakap. Saya menggunakan udang hidup yang dicangkuk pada bahagian ekor dan menggunakan pelampung.
Apabila pelampung tenggelam, saya terus menggulung tali dengan perlahan. Apabila tangsi tegang sedikit saya terus membuat sentapan. Tetapi malangnya tak tersangkut ikan atau mata kail terlucut. Boleh tak admin beritahu di mana salah dan silap saya dan terangkan teknik memancing ikan kolam air masin dengan betul?
JAWAPAN:
Teknik memancing di kolam air masin sebenarnya hampir sama saja dengan memancing ikan liar di muara atau laut. Yang membezakannya hanya setting peralatan yang digunakan. Melakukan sentapan balas sejurus ikan menyambar umpan adalah satu tindakan yang kurang tepat.
Kebiasaannya pemancing akan membenarkan umpan dikemam oleh ikan seketika. Harus diketahui tabiat ikan siakap tidak terus menelan mangsa atau umpan. Apabila menyambar umpan dengan cara menyedut. Biasanya ia akan melarikan umpan sebelum menelannya. Namun ada juga yang bertindak mendiamkan diri.
Oleh yang demikian, apabila tali pancing menegang dan keluar dari spool menandakan umpan mula disedut dan dilarikan ikan buat seketika, barulah lakukan sentapan balas. Cara ini lebih kurang seperti memancing haruan di mana anda perlu memberi sedikit masa untuk ikan betul-betul menelan umpan sepenuhnya.
Monsun atau musim tengkujuh ini juga mempengaruhi spesies di perairan terbabit. Permulaan musim, spesies ikan daripada kumpulan mackerel (tenggiri, alu-alu), threadfin
(senangin, kurau dan lain-lain) dan juga croaker (gelama) lebih banyak sementara grouper (kerapu) akan berkurang kerana akan bergerak lebih jauh ke tengah laut.
Waktu terbaik untuk memancing akan kembali sekitar April selepas inter-monsun. Waktu ini spesies grouper dan snapper akan kembali menghampiri ke kawasan pantai dan pemancing boleh menikmati aktiviti memancing sehingga Oktober.
Dalam erti kata lainnya, musim tengkujuh akan mempengaruhi habitat ikan serta sedikit tabiat pemakanannya.
Lazimnya, suhu yang jatuh sedikit pada musim tengkujuh (jika hujan berterusan) akan membuatkan ikan kurang aktif memburu makanan.
baca juga keniam selepas tengkujuh
Begitu jugalah dengan aktiviti memancing pada musim tengkujuh perlu berehat seketika. Keadaan laut yang bergelora sama sekali tidak sesuai untuk meneruskan aktiviti memancing.
Ajukan kemusykilan anda kepada kami.
Apa pendapat anda? Ayuh komen & share artikel ini.
Jangan lupa like & see first Facebook Majalah Umpan.