Admin faham dengan jelas persoalan yang anda kemukakan. Lebihan tali selepas dimasukkan ke spool merupakan perkara umum yang berlaku kepada pemancing yang membeli tali pancing dengan cara ini.
Dan menggunakan lebihan tali tersebut yang disambungkan dengan tali lain juga bukanlah sesuatu yang asing malah dipraktikkan oleh ramai pemancing.
Begitu pun admin nasihatkan, sebaik-baiknya lebihan tali tersebut dijadikan tali spare bagi menggantikan tali yang digunakan sekiranya ia putus.
Dalam soal penyambungan tali (sekiranya tali asal putus), sebaiknya pastikan dulu tali mana yang lebih panjang.
Ads
Sekiranya tali utama lebih panjang dari tali spare maka tali spare tersebut haruslah disambung pada bahagian belakang.
Ini bagi mengekalkan bahagian sambungan berada di dalam spool terutamanya ketika sedang bertarung dengan ikan.
Ads
Sekiranya ingin menyambung lebih tali itu dengan tali yang lain, sebaiknya pastikan tali lain itu sama diameter dengan tali lebihan.
Begitu juga dengan kapasiti tali yang ingin disambung tersebut. Sekiranya ia lebih panjang maka jadikan lebihan tali berada di bahagian belakang sebagai back up.
Ads
Cara ini lebih selamat agar bahagian sambungan tidak berhadapan dengan risiko terlucut ikatannya.
Banyak ikatan yang boleh digunakan untuk penyambungan tali. Begitu pun admin sarankan anda aplikasikan ikatan double uni knot.
Ia terbukti berkesan walaupun menyambung tali berbeza diameter.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Tiada jalan mudah untuk memperoleh lesen ikan kelah. Ia tidak sama seperti mencari lesen sebarau atau sebarau. Kelah perlu dipancing di lubuknya di hulu sungai pegunungan. Oleh yang demikian, banyak perkara yang perlu korang fikirkan sebelum menyertai mana-mana trip memburu kelah. Kalau korang sanggup hadapi semua ini… cerahlah peluang untuk strike kelah!
Kos kerugian hangus
Satu trip bot panjang anggaran kos dia RM300 untuk 3 hari 3 malam. Biasanya ia meliputi kos bot, guide dan permit. Maksimum ahli trip 10 orang.. pukul rata dalam dalam RM300 seorang. Itu pun kalau cukup korum… kalau tak cukup maka bertambahlah kos.
Krem kaki naik bot
Lazimnya masa yang diambil menaiki bot ke check point untuk memulakan trekking memakan masa 3 jam. Semua duduk mencangkung je dalam bot tu. Bot langsung takde bumbung atau kabin. Seratus peratus open air. Bergerak dari jeti pulak sebelum Subuh. Bayangkan kesejukannya… silap-silap belum start trekking betis dah krem!
Trekking mintak nyawa
Yang pastinya kena trekking sekurang-kurangnya 3 jam. Ada juga lubuk yang kena trekking sampai 8 jam. Lagi jauh berjalan lagi cantik lubuk yang akan korang jumpa. Kalau lubuk dekat-dekat setakat trek landai susur sungai, boleh tahan lagi. Tapi kalau panjat bukit pacak mau lutut cecah dagu jadinya.
Khemah tahap basic
Khemah yang didirikan biasanya khemah terbuka. Kanvas atas bawah… atas buat bumbung, bawah buat tilam. Ada masanya selamat dari nyamuk dan agas. Ada masanya nyamuk dan agas berjuta-juta. Biasanya nyamuk dan agas masih boleh handle lagi walaupun tak selesa sangat menyanyi kat telinga. Yang tak tahan kalau ada member yang berdengkur sebelah telinga.
Belum tentu tak kumpau
Bukan senang nak menewaskan kelah sebenarnya. Kalau ikan tengas, umpan cengkerik dalam tin pun jalan. Baung guna umpan isi ayam atau ikan pun boleh naik. Tapi kelah… walaupun guna umpan feveret dia, kalau tak kena dengan cara… dia pandang sebelah mata je umpan korang tu. Memang tak berbaloi jawabnya dengan penat lelah dan modal yang dilaburkan.
Syarat tambahan
Kalau dah jumpa lubuk dan gasak kaw-kaw… jangan mulut lembik. Up status dan sebar lokasi lubuk pada umum. Kesannya sudah banyak berlaku. Banyak lubuk terbaik kena bom… kena karen… kena tuba! Harap simpan rahsia untuk kaki-kaki pancing yang masih kumpau nak tarik kelah.
Gewang Rapala Deep Tail Dancer (TDD) merupakan gewang selaman dalam yang memiliki aksi renangan cantik dan sangat stabil. Diperbuat daripada kayu balsa yang ringan, daya apungan tinggi kayu balsa inilah yang memberikan aksi lenggok uniknya yang tidak ada pada gewang lain.
Akan tetapi, badan gewang yang diperbuat daripada kayu balsa yang agak lembut ini mudah pecah atau koyak sekiranya digasak ikan bersaiz kasar. Sering berlaku sekiranya ia disambar ikan bersaiz kasar ialah lidahnya patah atau tercabut dan juga ekor gewang yang terkoyak.
Oleh yang demikian, kami belanja sedikit cara untuk mengikat gewang ini bagi memperkukuhkannya.
Keperluan:
Gewang TDD
Playar
Jarum peniti
Gam gajah
Cara-cara DIY:
Tutorial 1
Jarum peniti mestilah dikepit kemas dengan playar sebelum ditekan masuk perlahan-lahan. Jika tangan ada tidak kuat, anda boleh panaskan mata jarum peniti untuk ia mudah menembusi lip atau bibir gewang berkenaan.
Tutorial 2
Pastikan kedudukan jarum peniti haruslah berada di tengah-tengah mata gewang replika ikan berkenaan. Jika tidak tepat, cabut dan cucuk semula.
Tutorial 3
Tekan perlahan-lahan hingga ia tembus.
Tutorial 4
Pastikan jarum peniti tembus sepenuhnya.
Tutorial 5
Potong lebihan jarum peniti berkenaan dengan menggunakan playar atau pemotong besi.
Tutorial 6
Akhir sekali titiskan gam gajah bahagian atas dan bawah jarum peniti dan biar sehingga kering.
Ikan cermin atau barcheek trevally merupakan ikan laut dari keluarga trevally sebagaimana ikan gerepoh, cupak, sagai dan lain-lain lagi.
Dari segi morfologi, ikan cermin hampir menyerupai ikan cupak dan sagai. Persamaan yang hampir ketara pada sagai kecuali ia tidak memiliki sirip dorsal yang berjurai panjang sebagaimana dimiliki ikan sagai.
Berbanding keluarga trevallies yang lain, ikan cermin lebih popular di meja makan berikutan ia lebih mudah ditemui di pasaran.
Berikutan dagingnya yang enak dan harga berpatutan, ramai netizen mengenali ikan cermin walaupun bukan kaki pancing.
Dan sebagaimana ia boleh ditangkap dengan penggunaan pukat, ikan cermin juga boleh dipancing.
Dalam dunia pancingan, ikan cermin bukanlah ikan sasaran utama dalam sesebuah trip memancing laut dalam.
Lazimnya ia diperoleh secara tidak sengaja apabila memakan umpan untuk ikan sasaran seperti merah atau kerapu.
Sekiranya ingin menyasarkan ikan cermin sebagai sasaran utama, pemancing haruslah tahu habitat, diet dan tabiat makannya.
Sebagaimana diketahui, ikan cermin merupakan ikan pelagik yang mendiami kawasan perairan pantai dan luar pesisir, di sepanjang lereng lagun dan terumbu karang.
Dengan dengan memiliki mulut agak kecil dan tabiat makan secara menyedut, ikan cermin merupakan merupakan pemangsa kepada ikan kecil dan krustasea.
Pancingan dasar merupakan teknik pancingan asas yang banyak dipraktikkan bagi memikat ikan cermin.
Lazimnya umpan hirisan ikan dan sotong, dengan penggunaan mata kail agak kecil saiz 9 atau 10 dan teknik perambut apollo adalah kaedah terbaik jika mensasarkan spesimen ini sebagai ikan sasaran utama.
Ia biasanya menjadi ikan sasaran apabila ia mengambil umpan yang disasarkan bagi ikan lain.
Dan apabila seekor cermin didaratkan, maka peluang untuk mendaratkannya dengan lebih banyak amat cerah kerana ia merupakan ikan yang bergerak secara berkumpulan.
Selaku keluarga ikan trevallies, ikan cermin mampu memberikan tentangan yang mengasyikkan sehingga ke permukaan air.
Jika mendambakan pertarungan yang lebih mendebarkan, bolehlah ganti peralatan berat seperti kekili elektrik atau multiplier dengan set peralatan yang lebih ringan.
Lariannya dalam usaha meloloskan diri dari cangkuk mata kail begitu mempersonakan.
Selain teknik pancingan dasar, ikan cermin turut boleh diperdaya melalui teknik jigging.
Sama ada melalui teknik jigging perlahan dan jigging ringan, kedua-duanya berjaya menipu spesies ini dengan penggunaan jig kecil 40gm hingga 80gm.
Melalui teknik jigging ini juga kebanyakan spesimen yang didaratkan adalah lebih besar berbanding pancingan dasar.
Dengan mencangkuk umpan pada assist hooks, peluang untuk memperdaya spesies ikan cermin ini ternyata sangat berkesan. Cubalah…!
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...