
SOALAN:
Merujuk kepada artikel ‘Lesen Badong 3.3kg’, saya terpanggil untuk bertanyakan soalan berkaitan badong.
Setahu saya, badong itu adalah sebarau… tetapi kenapa ia dipanggil badong? Setahu saya juga, sebarau besar akan dipanggil badong tetapi saiz sebesar mana yang boleh dipanggil badong?
JAWAPAN:
Dah beratus soalan yang dikemukakan dan inilah satu-satunya soalan yang admin tidak dapat nak jawab dengan fakta.
Namun saya bersetuju dengan saudara bahawa badong itu merujuk kepada spesimen sebarau yang bersaiz besar.
Atau dalam erti kata lainnya sebarau dan badong adalah spesies ikan yang sama, bukannya spesies yang berbeza sebagaimana yang masih dipertahankan oleh sesetengah pemancing.
Walau bagaimana pun saya tiada sebarang jawapan untuk menjelaskan kenapa sebarau bersaiz besar dinamakan badong.
Kalau dari segi motif pula, pada pendapat admin ia tiada tujuan selain untuk bermegah-megah. Jika itu tujuannya maka matlamatnya dikira tercapai kerana sekadar menyebut
BADONG sahaja sudah dapat merasakan aura kemegahan dan keperkasaannya. Ini kerana apabila menyebut badong, secara tidak langsung ia seperti terkait secara sendirinya dengan badang.
Sementara saiz sebesar mana yang layak dipanggil badong juga tiada siapa yang dapat menjawabnya dengan tepat.
Namun, berdasarkan kesepakatan ramai pemancing, dikatakan spesimen sebarau yang melebihi berat 2 kg, sudah boleh dianggap sebagai badong.
Bagaimana pun, kejayaan mendaratkan badong tidak menjanjikan apa-apa pangkat atau status pemancing tersebut untuk bermegah dengan badongnya itu.
Ini Sebabnya Pemancing Lelaki Kena Makan Ikan Puyu!!

Spesies ikan darat atau air tawar itu dikatakan mampu mengatasi masalah osteoporosies atau tulang reput selain mengatasi masalah LEMAH TENAGA BATIN LELAKI.
“Di negara jiran itu mereka memproses tulang ikan puyu menjadi serbuk sebelum dibuat kapsul kerana dikatakan tulang puyu mampu menguatkan tulang dan merawat masalah tenaga batin lemah,” katanya.
Mohd Izzat berkata, khasiat tersebut membuatkan ikan puyu mendapat permintaan tinggi selain popular sebagai makanan eksotik termasuk di negara ini.
Menurutnya, menyedari potensi besar dalam industri ikan puyu telah mendorong pelbagai pihak mula menternak ikan puyu secara komersil.
“Di negara ini, ikan puyu lebih popular sebagai makanan eksotik yang diproses dengan pelbagai cara termasuk pekasam,” katanya ketika ditemui di rumah seorang penternak ikan puyu, Ridzuwan Mustafa, 50, di Kampung Keluang.
Mohd Izzat memberitahu lagi, sehubungan itu persatuan menggalakkan orang ramai yang berminat agar menceburi bidang penternakan ikan puyu kerana ia memberi pulangan lumayan sekiranya diusahakan secara serius.
Menurutnya, pihaknya mengesyorkan penternak memelihara ikan puyu baka Chumphon 1 yang diimport dari Thailand kerana baka jenis ini mempunyai rasa dagingnya yang lebih manis dan lemak.
“Spesies ini juga boleh mencapai saiz melebihi 3 kg seekor selain tempoh masanya yang lebih singkat untuk membesar berbanding ikan puyu tempatan,” kata graduan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) ini.
Ujar beliau, penternakan ikan puyu baka Thailand semakin menjadi pilihan kerana penjagaannya mudah dan tidak memerlukan perhatian serius termasuk tidak cerewet dari aspek pemakanan.
Ridzuwan bercita-cita menjadi penternak ikan puyu yang berjaya dan dapat membekalkan ikan untuk pasaran tempatan.
Menurutnya, di negara ini ikan puyu boleh dipasarkan secara hidup, pekasam, ikan kering, sejuk beku dan umpan hidup (umpan pancing).
“Ikan spesies ini boleh dipasarkan seawal sebulan iaitu setelah mencapai ukuran 5.08 sentimeter (2 inci) panjang bagi tujuan umpan hidup yang dijual dengan harga sekitar RM1 seekor.
“Harga ikan puyu hidup semasa di pasaran dari baka ini mencecah RM20.00 sekilogram manakala harga benihnya adalah 30 sen seekor,” katanya yang turut membekalkan benih ikan ini untuk penternak dari Kelantan dan Terengganu.
Mohd Izzat berkata, pihaknya sedang menggiatkan usaha menambah bilangan penternak ikan itu di negeri khususnya di daerah Besut daripada 30 orang sekarang kepada bilangan lebih besar memandangkan bekalan ikan puyu tidak dapat memenuhi permintaan pasaran,
Sementara itu salah seorang penternak, Ridzuwan berkata, dia mula berjinak dalam ternakan ikan puyu pada Mac lalu sebanyak 3,000 ekor selepas mengetahui potensi ternakan ini yang sangat besar.
Menurutnya, dia membela ikan tersebut dalam dua kolam buatan dan satu kolam tanah di halaman rumah.
“Saya merancang untuk membesarkan perusahaan saya namun berharap agensi berkaitan atau kerajaan dapat membantu penternak sepertinya untuk memajukan lagi dalam bidang ini,” katanya.
Gewang Antik Yang Korang Tak Terfikir Akan Kewujudannya

Apa yang membuatkan gewang klasik, antik atau vintaj menjadi kegilaan kepada pengumpul gewang? Bergantung kepada individu pengumpul, faktor utama mungkin berbeza. Gewang ‘killer’ tidak selalunya menjadi faktor penentu kepada nilai gewang mahu pun nilai pengumpul.
Pikie Minnow – Most Likely to be Found in Every Tackle Box from the ‘30s to the ‘60s
Pixie Minnow bermula sekitar 1919 dan seterusnya mengalami evolusi saiz dan spesies target. Walaupun pelbagai kemasan warna, bentuk badannya kekal sama. Seterusnya gewang ini digelar ‘Famous Pixie Minnow’ kerana memang gewang ini cukup terkenal hingga hari ini.
Shakespeare Revolution Bait – Most Likely to Revolutionize Bass Fishing
William Shakespeare menawarkan gewang ini di pasaran sekitar 1900-an. Gewang ini dianggap pencetus revolusi gewang buatan kerana dibuat daripada aluminium tetapi merupakan gewang permukaan. Tambahan lagi, pada era tersebut kebanyakan gewang yang dihasilkan merupakan gewang selaman.
Cotton’s Topwater – Best Adaptive Reuse of Skunk Parts
Cotton’s Topwater dibuat oleh Cotton Layfield dari Texas dan gewang ini mempunyai pedal pengayuh yang unik untuk mengayuh jika berada di atas kawasan yang mempunyai rumput atau samai. Pada bahagian mata kail pula dilengkapi dengan bulu daripada skunk yang membuatkan gewang ini beraksi baik di atas permukaan.
Bite-Em Bate @ Bates – Most Effective Revolving Bait
Bite-Em Bate atau gelaran pendeknya Bates merupakan antara gewang antik paling berwarna-warni dan sofistikated. Pengeluarannya dalam jangka masa yang singkat iaitu sekitar 1917 hingga pertengahan 1920, gewang ini merupakan gewang kayu yang berputar pada paksinya selain dilengkapi mata kail yang agak unik.
Clyde Hoage Spoon-Fin Minnow – Most Beautiful Unpainted Wooden Lure
Gewang ini dibuat pada tahun 1930-an di Minnesota dan merupakan sebuah gewang yang dibuat menggunakan mesin. Gewang ini mempunyai sirip sesudu seakan sirip pektoral. Gewang ini diingati kerana disiapkan pada kayu asal tanpa diwarnakan selain kotak asal gewang ini yang sukar ditemui.
Bass Oreno – Most Likely to Stand the Test of Time
Gewang Bass Oreno yang terkenal ini dibuat oleh South Bend Bait Co. Sekitar tahun 1916 dan masih boleh didapati hingga hari ini. Terdapat lebih 400 Bass Oreno pelbagai saiz, warna dan kemasan mata hari ini. Gewang ini juga terbukti mampu menggoda pelbagai spesies ikan bass.
Long Island Flasher – Most Outlandish Marketing Claim
Di buat sekitar tahun 1930-an oleh Long Island Manufacturing Co., Long Island Flasher dikatakan dibuat dengan paten dan kemasan yang menggunakan bahan asal daripada sisik ikan bagi menghasilkan kilatan yang sebenar.
The Fish Nipple – Weirdest Use of Raw Materials
Ini merupakan antara gewang yang agak pelik dihasilkan oleh Moonlight Bait Co. dari Michigan. Seperti namanya, material gewang ini juga agak unik kerana diperbuat daripada getah yang dilengkapi dengan batu ladung serta bulu daripada kuda. Mungkin antara gewang paling pelik ketika itu dan kerana itu juga, gewang ini menjadi carian kepada para pengumpul hari ini selepas gewang kayu.
Miller’s Reversible – Most Likely to Leave a Bigger Wake than the Fish it Catches
Dilengkapi dengan sepasang propeller yang mempunyai 8 bilah setiap satu, Miller’s Reversible mampu menghasilkan kocakan air yang sangat besar dan menarik perhatian. Gewang klasik ini dibuat pada tahun 1914 oleh Union Springs Specialty Co. dari New York.
Kenali Rakit Retro – Rakit Pak Abu!!

Perjalanan dari Jeti Kong Kong untuk ke Rakit Pak Abu memakan masa hampir 10 minit. Sepanjang perjalanan kami memang dihidangkan dengan pemandangan memukau hutan paya bakau dan Jambatan Lebuh raya Senai-Desaru yang merentasi Sungai Kong Kong.
Sesampai sahaja di rumah rakit yang berkeluasan 24 x 60 kaki ini sudah mampu menaikkan keghairahan kami untuk memancing.
Apatah lagi bila dihidangkan cerita-cerita rakan pemancing yang pernah menaikkan pelbagai ikan gred A seperti merah, kerapu, jenahak, tebal pipi dan senangin.
Bagaimana ia bermula
Sebelum tiba di rumah rakit ini, penulis terlebih dahulu sempat berbual dengan pemilik rakit yang lebih mesra dipanggil Pak Abu.
Menurut Pak Abu, rumah rakit ini mula dibina pada tahun 2009. Dikhabarkan ia menggunakan sebanyak 165 biji tong untuk menampung rumah rakit yang mampu memuatkan 10-15 orang pada satu-satu masa ini.
Namun akibat kerosakan yang ketara pada tahun 2013, Pak Abu terpaksa membaiki semula rumah rakit ini dengan kos yang lebih besar.
Pada awal tahun 2014, Pak Abu mula menarik rumah rakit ini lebih jauh ke muka laut yang menghala ke Teluk Sengat iaitu berhampiran dengan Jambatan Lebuh raya Senai-Desaru untuk memastikan hasil yang lebih baik buat kaki pancing yang berkunjung ke sini.
Ini menjadikan Rakit Pak Abu sebagai antara yang terunik di perairan Kong Kong ini kerana ia terletak lebih jauh dan berhampiran dengan laut luas berbanding rumah rakit lain yang kebanyakan terletak di kuala sungai.
Tak hairanlah sambutan kaki pancing juga amat menggalakkan terutama di hujung minggu dan cuti umum.
Ujian Lapangan
Menurut Pak Abu, waktu terbaik untuk memancing di rumah rakit ini ialah sewaktu air kecil atau air menyorong besar. Ini kerana pada waktu itu arus agak kurang deras dan ikan-ikan banyak bermain di sekitar rumah rakit.
Namun, malang nasib kami kerana sewaktu kunjungan, kami berhadapan dengan air besar dan sudah tentulah arusnya cukup berdesup pada waktu itu.
Namun, rezeki tetap masih memihak kami apabila masing-masing dimeriahkan dengan tarikan ikan tebal pipi, duri, gerut-gerut, gelama dan seekor merah tunggal yang membaham umpan udang kopek.
Apa yang boleh penulis katakan, dengan bayaran serendah RM25 seorang, sememangnya menjadikan Rakit Pak Abu sebagai antara lokasi yang berbaloi untuk kaki pancing cuba dan rasai sendiri pengalaman memancing di sini.
Jika kena pada airnya pastinya kaki pancing tidak akan pulang dengan tangan kosong.
Baca juga Rumah rakit sungai pahang
Khidmat Sewa Bot
Bagi yang kurang berminat dengan pancingan rumah rakit, jangan risau! Pak Abu juga menyediakan khidmat sewa bot untuk kaki pancing menduga perairan Kong Kong.
Dengan khidmat sewa bot ini, pemancing boleh menduga lebih banyak lubuk di perairan Kong Kong dan lebih banyak teknik boleh diaplikasikan sama ada teknik casting, light jigging dan juga bottom.
Terdapat 2 pilihan bot dengan harga yang amat berpatutan ditawarkan oleh Pak Abu. Dengan bayaran RM50 (hari biasa) dan RM60 (hujung minggu), pemancing dibekalkan dengan bot fiber 19 kaki yang dipadankan dengan enjin 30 hp.
Manakala untuk bot fiber 22 kaki dengan enjin 40 hp, bayaran yang dikenakan hanya RM100, dan kedua-dua bot ini untuk masa 7 pagi – 7 malam.
Ada pelbagai lubuk terbaik untuk memburu ikan-ikan seperti siakap, merah, kerapu, siakap merah dan macam-macam lagi yang boleh anda terokai di sini.
Apa yang penting, rajin-rajinkanlah diri bertanya tip dengan Pak Abu ataupun kaki pancing yang biasa memburu di perairan Kong Kong untuk mendapatkan hasil terbaik.
Apa pendapat anda? Tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih.
Jangan lupa like & see first Facebook Majalah Umpan.