Ads

Korang Tanya Umpan Jawab -(S6S13)- Teknik yang lebih syok layan tenggiri??

 

SOALAN:

Antara teknik casting menggunakan gewang pintail dan jigging menggunakan jig, teknik manakah yang lebih syok apabila memancing tenggiri?

 

JAWAPAN:

Ikan tenggiri merupakan antara ikan yang boleh dipancing dengan pelbagai cara. Selain teknik konvensional menggunakan umpan ikan hidup, ia juga boleh dipancing dengan umpan tiruan.

Ads

Dari aspek keberkesanan ternyata penggunaan umpan ikan hidup yang merupakan diet sebenar ikan teryata lebih efektif berbanding penggunaan umpan tiruan.

 

Sebaliknya jika inginkan sesi pancingan yang berbeza maka pancingan tenggiri menggunakan umpan tiruan adalah lebih mencabar dan menyeronokkan.

Terdapat empat teknik menggunakan gewang tiruan bagi memancing tenggiri iaitu casting, poping, jigging dan trolling.

Ads

 

Apabila ditanya teknik manakah yang lebih syok atau seronok, tentu saja setiap teknik itu ada cabaran dan keseronokan tersendiri.

Begitu jugalah jawapannya pada perbezaan keseronokan antara jigging dan casting.

Ads

 

Secara peribadi pulak, admin lebih menggemari teknik poping kerana melalui ini kita akan dapat menyaksikan secara langsung tenggiri menghentam popper.

Aksi tenggiri terbang keluar dari aksi sewaktu menyambar popper, sama ada tersangkut pada mata kail atau tidak, ia tetap satu keseronokan yang tidak dapat disaksikan melalui teknik.

 

Namun keseronokan sebenar ialah berjaya memperoleh hasil. Sekiranya kumpau, apa saja teknik yang dilakukan sama ada jigging, casting, poping, trolling atau menggunakan umpan ikan hidup, semuanya langsung tidak menyeronokkan.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan tip memancing, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Tak Kumpau Punya!

Buat Perkara Ini Jika Hujan Ketika Mancing

 Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...