Baru-baru saya dan kawan-kawan ada satu trip memancing di laut. Dari pagi sampai petang kami berjigging, hasilnya… kumpau.
Cuaca pada hari itu memang kurang baik. Hujan renyai dan sekali-sekala petir dan guruh berdentum.
Menurut kata tekong, petir dan guruh itulah yang menyebabkan ikan takut dan kami pun kumpau. Apa pendapat admin?
Ads
JAWAPAN:
Pengalaman yang saudara alami mengingatkan admin kepada peristiwa yang pernah dilalui. Bezanya admin memancing udang galah di kolam bukannya di laut.
Cuaca pada malam itu cukup baik tiada hujan atau guruh dan petir. Cuma kebetulan pada malam itu merupakan sambutan Tahun Baru Cina dan meriah dengan dentuman mercun berdekatan kolam.
Ads
Kesan daripada bunyi bising dari mercun itu mengakibatkan admin dan pemancing pulang dengan tangan kosong.
Admin percaya, bunyi yang terlalu bising itu telah mempengaruhi rutin atau tabiat makan udang galah tersebut.
Walaupun tiada fakta yang membuktikan ikan takut kepada bunyi yang kuat seperti guruh, namun kebanyakan tekong berpengalaman yang ditemui bersetuju kesan daripada cuaca
Ads
yang kurang baik disulami pula dengan petir dan guruh yang menghasilkan gema di dalam air ini akan mempengaruhi tabiat ikan.
Kebanyakan trip memancing yang dilakukan pada waktu itu agak merudum. Ini kerana ikan menjadi pasif. Terutamanya di perairan cetek kurang daripada 100 kaki.
Apabila anak-anak ikan atau ikan kecil tidak aktif mencari makanan secara tidak langsung ia turut mempengaruhi tabiat ikan-ikan pemangsa.
Apabila ikan pemangsa tidak aktif dan tidak mahu buka mulut maka cerahlah peluang pemancing untuk kumpau.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Di Malaysia, sama ada ikan siakap yang diperolehi di kuala sungai, hulu sungai, tasik, kolam air masin atau kolam air tawar, ia adalah jenis yang sama iaitu spesies L. Calcarifer. Ia adalah spesies ikan brackish (brackish water) dari genus Lates yang hidup di air masin dan juga air tawar.
Oleh yang demikian tidak hairanlah ia boleh ditemui di tasik-tasik air tawar di Malaysia seperti Tasik Kenyir. Walau bagaimana ia bukanlah berasal (lahir dan membiak) dari Tasik Kenyir kerana tasik tersebut tidak bersambung secara terus dengan sistem sungai yang menghilir ke laut. Kewujudannya adalah di atas kerja tangan-tangan manusia sama ada melalui projek penternakan atau dilepaskan ke tasik tersebut.
Ini adalah kerana semua siakap yang berhijrah ke laut atau ke hulu sungai akan kembali semula ke muara atau perairan air payau untuk membiak dan bertelur. Ia akan membesar di sini untuk tempoh tertentu sebelum berhijrah ke hulu sungai atau laut. Namun ada juga siakap yang kekal di perairan kelahiranna.
Jika terdapat perbezaan antara siakap tasik kenyir dengan siakap air masin, ia adalah dipengaruhi oleh habitat, ekologi dan tabiat pemakanannya. Saya sendiri bersetuju jika perbezaan dari segi rasa. Terbukti siakap di Tasik Kenyir lebih sedap berbanding siakap muara.
Saya masih berbelah bagi sama ada nak ikat kabel pada Pintail. Saya pernah dengar orang kata kalau pakai perambut kabel tenggiri boleh nampak dan tak akan sambar Pintail tu. Tapi kalau tak pakai perambut kabel, takut pulak Pintail tu lebuh kena cukai. Tau-tau sajalah harga Pintail seketul sekarang ni. Mohon admin bagi pencerahan sikit.
JAWAPAN:
Penggunaan perambut kabel atau dawai untuk memburu spesies bergigi tajam seperti tenggiri, alu-alu, toman atau pacu bukanlah satu kemestian. Sebaliknya ia lebih menjurus sebagai insuran saja. Faktor utama kenapa perambut dawai ini digunakan kerana bimbang pemangsa-pemangsa bergigi tajam ini akan menelan umpan atau gewang hingga boleh memutuskan tali perambut.
Oleh yang demikian penggunaan perambut dawai adalah kemestian terutamanya bagi pancingan menggunakan umpan alami ataupun umpan tiruan seperti pintail dan sebagainya lagi. Ia juga perlu digunakan untuk casting dan trolling di laut kerana tidak pasti spesies apa yang bakal menyambar gewang tersebut.
Tidak dinafikan juga perambut dawai lebih mudah dilihat berbanding leader fluorocarbon tetapi ia masih boleh diatasi dengan menggunakan perambut dawai yang lebih halus diameter. Saya mencadangkan perambut dawai berkuatan 40lb ke bawah. Perambut dawai juga tidak perlu panjang, memadai 10cm ke bawah.
Seperkara yang perlu anda ingat, Pintail biasanya dimainkan dengan karauan yang laju. Dengan karauan yang laju, saya tidak fikir tenggiri berkesempatan untuk melihat dan menilai perambut yang digunakan. Apa yang jelas kelihatan hanyalah aksi renangan pintail tersebut.
Selain dijadikan umpan hidup, boleh tak ikan tersebut (contoh macam ikan tamban) atau ikan lain dijadikan umpan apabila ia sudah mati?
JAWAPAN:
Boleh… selain anak ikan dijadikan umpan hidup, ikan-ikan kecil atau ikan yang tidak diperlukan untuk hidangan juga boleh dijadikan umpan.
Namun cara penggunaanya tidaklah sama dengan cara menggunakannya ketika ia hidup.
Caranya buangkan sisik dan kemudiannya hiris badan ikan berkenaan untuk ambil isinya. Kemudian potong kecil mengikut saiz mata kail anda.
Kemudian lontarkan sahaja ke lubuk. Jika ingin dapatkan kilauan, sisik ikan umpan tidaklah perlu dibuang.
Berbeza dengan pancingan air tawar yang majoritinya boleh menggunakan apa sahaja jenis isi ikan (terbaik gunakan ikan terbul), namun di laut tidak semua isi ikan sesuai digunakan sebagai umpan atas sebab tertentu.
Umpan isi ikan yang paling sesuai digunakan adalah ikan belanak, tongkol, kembong.
Kerana ia cukup liat dan tidak mudah di getu ikan kecil berbanding isi udang pasar yang bukan sahaja cepat habis, tetapi juga mahal harganya.
Caranya sama sahaja, buang sisik, hiris, potong dan cangkuk pada mata kail. Selamat mencuba!.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...