SOALAN:

Saya ada soalan nak tanya. Umpan apa yang terbaik untuk memikat siakap dan jenahak di dalam kolam pancing.

Apakah waktu yang sesuai untuk menarik perhatian ikan tersebut?

 

JAWAPAN:

Sebagaimana yang diketahui, ikan siakap atau jenahak yang diletakkan di dalam kolam memancing bukanlah berasal dari ikan-ikan liar yang ditangkap di muara sungai.

IKLAN

Sebaliknya ia merupakan ikan yang diternak dan membesar di dalam sangkar ternakan.

 

Sebagaimana resam ikan yang membesar di dalam kurungan, maka ia akan terbiasa dengan makanan yang disediakan oleh pengusaha sangkar seperti ikan-ikan buangan dan pelet makanan ikan.

 

Walau bagaimana pun ia tetap tidak kehilangan naluri asal sebagai ikan pemangsa yang akan membaham ikan-ikan kecil serta krustasea.

IKLAN

Oleh kerana demikian, umpan terbaik untuk memikap siakap dan jenahak di dalam kolam pancing terdiri daripada hirisan ikan, ikan belanak serta udang.

 

Sementara waktu yang sesuai untuk menarik perhatian ikan-ikan ini memakan umpan agak subjektif.

Mungkin waktu terbaik ialah waktu yang sama ketika ia diberi makan ketika berada di sangkar.

IKLAN

 

Atau mungkin juga sewaktu ia dilepaskan dari sangkar kurungan di kolam pancing.

Lazimnya ikan-ikan ini akan dilepaskan dalam keadaan kelaparan. Oleh yang demikian, apa saja bentuk makanan yang berdekatan akan dibahamnya.

 

Begitu pun ada juga yang berpendapat, pengaruh pasang surut air laut turut memainkan peranan keaktifan ini memburu makanan.

Sekiranya ia aktif memburu makanan ketika air laut sedang bergerak surut, maka memancinglah pada waktu berkenaan.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI