Saya biasa tengok orang pakai mesin spinning dengan joran baitcasting tapi akan jadi kalau pakai multiplier dengan rod spinning? Boleh ke?
JAWAPAN:
Bercakap pasal boleh atau tidak ini agak subjektif sikit. Umpama memakai selipar terbalik. Tentu korang waktu kecil-kecil dulu pernah memakai selipar terbalik kan?
Boleh ke tak boleh pakai selipar terbalik? Boleh tu memanglah boleh cuma ia tidak selesa. Samalah keadaan jika menggunakan joran dan kekili yang tak sepadan.
Ads
Kekili menegak atau multiplier jika dipadankan dengan joran mendatar (spinning), kesannya akan mengurangkan kecekapan pada kekili dan juga joran.
Salah satu sebabnya ialah kekili menegak memerlukan joran yang mempunyai cincin yang lebih rapat berbanding kekili mendatar.
Ads
Ini dapat kita lihat sendiri pada joran kekili mendatar dan joran kekili menegak yang sama panjang. Sebagai contoh, jika joran kekili mendatar sepanjang 6 kaki memiliki 7 cincin, joran kekili menegak pula memiliki 9 cincin.
Ketika joran melentur, tali pancing akan ikut lenturan pada joran. Semakin kuat tekanan lenturan diterima, tali akan melepasi joran menjadikan joran akan melentur dalam keadaan yang tidak seimbang.
Ads
Kecekapan joran akan menurun dan tidak lagi mampu menampung daya lenturan yang dikenakan.
Tali akan menyentuh joran ketika lenturan berlaku. Lenturan joran akan menjadi tidak seimbang.
Seperkara lagi, menggunakan kekili menegak dengan joran kekili mendatar umpama kita membongkok melawan arah. Apa akan jadi jika kita membongkok ke belakang?
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Saya ingin tahu teknik memancing di pesisir pantai yang mempunyai cerun dan berbatu karang di kawasan seperti Teluk Kemang dan sebagainya lagi.
JAWAPAN:
Saya mengandaikan soalan ini lebih merujuk kepada pancingan di atas bot berbanding pancingan pantai atau surfcasting.
Oleh yang demikian, saya berikan jawapan jika memancing menggunakan bot atau sampan.
Jika memancing di pantai yang mempunyai kawasan air bercerun, satu-satunya teknik yang paling efektif adalah dengan menghanyutkan umpan hidup dengan menggunakan belon.
Sasaran utama adalah ikan-ikan pelagik yang berlegak di kawasan cerun dan juga berbatu karang.
Selain itu boleh juga dengan teknik apollo di mana dengan kaedah ini, ia dapat menghindari mata kail tersangkut di karang.
Jika ingin memancing dengan kaedah pancingan dasar (berlabuh) di kawasan karang tinggi pastikan perambut halus diikat pada ladung supaya ia mudah putus apabila tersangkut.
Atau boleh juga batu ladung tersebut disambungkan dengan perambut hanya diikat dengan getah.
Jadi, mata kail dan ikan masih dapat diselamatkan apabila tersangkut. Satu lagi cara lain ialah perhatikan kawasan yang terang (jika air jernih) dan buat lontaran umpan di kawasan ini kerana terang menandakan tiada karang atau karang nipis.
Kalau gelap tempat itu tentu berkarang tinggi. Semoga jawapan ini menepati kehendak saudara.
Boleh tak admin terangkan kepada saya cara-cara untuk menjaga peralatan pancing supaya tahan lama? Maksud saya mampu bertahan elok untuk yang lama sehingga 10 atau 20 tahun. Sebabnya saya tengok set saya baru dua tiga tahun dah ada yang rosak.
JAWAPAN:
Apa saja peralatan pasti ada tempoh masa kegunaannya. Begitu jugalah alatan pancing. Namun ia masih mampu bertahan lama jika kita tahu mengguna dan menjaganya dengan baik. Bagi penjagaan alatan pancing termasuk alatan terminal amat penting untuk jangka hayat yang panjang.
Secara asasnya, penjagaan perlu dibuat setiap kali selepas anda memancing terutama di kawasan air masin. Pastikan set pancing dibilas dengan air tawar termasuk tali dan cincin rod. Selain itu, pastikan anda membuat servis kekili anda secara berkala iaitu menambah minyak dan gris apabila merasakan kayuhan sudah tidak lancar.
Satu perkara lain yang jarang pemancing teliti ialah kesesuaian padang pancing dengan alatan pancing yang digunakan. Sekiranya kita memancing di laut contohnya, pastikan alatan pancing khusus untuk kegunaan air masin. Tidak kiralah sama ada kekili, joran atau peralatan lain.
Sekiranya kita tidak memancing untuk satu tempoh yang panjang, pastikan barangan pancing yang disimpan itu telah dibersihkan sepenuhnya. Apa saja kekotoran yang melekat pada barangan pancing akan menyebabkan ia terdedah pada kerosakan apatah lagi jika dibiarkan untuk tempoh yang lama tanpa digunakan.
Saya akan join satu trip trekking di sebuah sungai hutan pergunungan yang perlu dirahsiakan. Saya nak minta pendapat admin, kalau nak casting kat jeram-jeram sungai, gewang jenis apa yang paling sesuai?
JAWAPAN:
Bagi teknik casting di kawasan berjeram atau sungai pergunungan, beberapa jenis gewang boleh digunakan. Namun gewang yang paling efisien untuk dimainkan adalah dari jenis sesudu atau spoon. Ini kerana sesudu tidak mudah hanyut dibawa arus sekaligus menjejaskan prestasi renangannya.
Terdapat banyak jenis sesudu yang ada sekarang ini di pasaran. Gewang bentuk Altima dan Abu Island paling banyaj digunakan. Namun saya mengesyorkan anda dapat seketul dua sesudu Tokwan Sodo. Penggunaan sesudu sudah banyak terbukti berkesan menjerat menjerat spesies penyerang dan kawasan berjeram seperti tengas, sebarau dan bujuk. Selain itu disyorkan juga menggunakan mata tunggal berbanding mata tiga.
Anda juga boleh menggunakan gewang shallow runner atau selaman cetek atau sederhana (minnow) jika bersesuaian. Anda perlulah bijak memilih gewang minnow yang mampu mengekalkan aksi renangan dengan ketika hanyut mengikut dan melawan arus. Elakkan menggunakan selaman dalam kerana kawasan berjeram selalunya mempunyai kedalaman yang sederhana sahaja.
Selain gewang, penggunaan kekili dengan ratio tinggi juga amat penting untuk kegunaan sungai berjeram. Pastikan anda gunakan kekili sama ada kekili menegak atau mendatar dengan nisbah ratio 6:1 dan ke atas.
Secara peribadi pula saya amat menggemari gewang Rapala Team Esko ketika casting di jeram. Kelebihan gewang ini ialah mampu berenang dengan sempurna ketika berada di dalam arus berjeram.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...