Memang tidak dinafikan sotong torak atau mengabang bersaiz besar (melebihi berat 500gm dan ke atas) dagingnya agak liat atau keras sedikit. Tapi sebenarnya ada cara untuk melembutkannya sebelum ia dimasak.
Cara-cara melembutkan daging sotong
IKLAN
⇒ Salah satu daripadanya adalah dengan dengan membelah dua badannya dan ketuk dagingnya (jangan sampai hancur) sebelum potong mengikut saiz dan resipi apa dikehendaki.
⇒ Apabila memasak sotong sebaiknya elak daripada memasaknya terlalu lama. Sotong yang dimasak agak lama akan menyebabkan dagingnya menjadi liat.
IKLAN
⇒ Selain itu elok amalkan memasak dengan bantuan wap pemanas atau stim. Penggunaan stim membolehkan daging sotong.
⇒ Jika menggoreng atau menumis sotong, gunalah penutup agar wap panas yang terkumpul itu membolehkan isi sotong masak dengan lebih cepat dan sempurna.
IKLAN
⇒ Mengukus sotong terlebih dahulu sebelum dijadikan menu utama juga mampu melembutkan daging sotong.
⇒ Elakkan memasak sotong dengan resipi masam kerana masakan masam seperti tomyam akan menyebabkan dagingnya semakin mengecut, memendek dan liat.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Memancing merupakan kegiatan yang menyenangkan dan juga menyihatkan, ditambah lagi jika berhasil mendapatkan ikan sasaran. Tapi, harus diingat agar selalu menjaga kebersihan dan kelestarian dalam laut. Berikut beberapa cara pancingan di laut.
Teknik Bottom fishing
Teknik memancing ini merupakan teknik yang paling asas dan umum digunakan oleh para pemancing. Untuk memancing dengan teknik ini, hanya memerlukan kelengkapan pancingan dasar, kemudian umpan dipasang dan dilepaskan ke laut dan tunggu sehingga ada ikan yang menyambar.
Teknik pancingan ini boleh menggunakan joran dengan reel spinning atau overhead atau koyan. Memancing dengan teknik ini juga wajib menggunakan pemberat atau batu ladung yang membolehkan umpan berada di dasar untuk memburu ikan dasar.
Teknik Drifting
Teknik ini biasanya digunakan untuk memburu ikan yang berada di permukaan dan pertengahan air. Ia menggunakan ikan hidup sebagai umpannya. Selar, tamban, atau kembung biasanya dijadikan umpan untuk teknik ini.
Cara memancing menggunakan teknik ini adalah umpan hidup dibiarkan berenang menjauhi bot untuk menuju spot sambil menunggu ikan yang akan memangsanya. Belon biasanya diikat pada tali utama ini agar ikan tidak berenang jauh ke bawah. Batu ladung kecil digunakan sekiranya arus deras bagi mengelakkan umpan terapung di permukaan air.
Teknik Trolling
Teknik memancing ini umumnya digunakan ketika bot sedang berjalan dengan kelajuan 4-6 knot. Umpan yang digunakan oleh teknik ini adalah umpan tiruan untuk memancing ikan tenggiri dan wahoo dan lain-lain lagi.
Selain gewang berbentuk ikan, umpan lain yang digunakan adalah skirt menunda yang berbentuk seperti kepala sotong dengan warna terang. Biasanya jarak umpan dari bot mencapai 10 hingga 30meter tergantung kepada ukuran gewang tundaan. Selain itu, joran trolling juga biasanya jenis overhead iaitu reel yang posisinya berada pada sisi atas joran.
Teknik Casting
Memancing jenis ini menggunakan umpan tiruan atau lure untuk mendapatkan ikan. Lure boleh berbentuk ikan, serangga atau binatang laut lainnya. Caranya adalah dengan melemparkan lure menuju target menggunakan rod dan reel.
Perbuatan melemparkan dan menggulung lure merupakan kunci dari teknik ini, sehingga ada juga yang mempraktikkan teknik ini hanya dengan tangan kosong atau handline. Lure dilontar dan dikarau sebanyak kali yang mampu sehingga mendapat strike. Maka dari itu, teknik ini seringkali dikategorikan sebagai sportfishing atau sukan memancing.
Teknik Surfcasting
Teknik ini hampir sama dengan teknik casting, namun teknik ini dilakukan dengan joran yang lebih panjang sekitar 350—450 cm. Teknik asasnya pun sama dengan casting iaitu melemparkan umpan sejauh-jauhnya, tapi dalam surf casting, umpan yang dilemparkan akan dibiarkan mendarat seperti memancing dasaran. Maka dari itu, memancing dengan teknik ini pun memerlukan pemberat agar umpan tidak hanyut.
Perbezaan antara casting dan surfcasting juga terletak pada umpan yang digunakan. Jika casting menggunakan umpan tiruan, dalam surfcasting umpan yang digunakan bukanlah umpan buatan, melainkan ikan-ikan kecil, perumpun, udang ataupun kerang yang banyak ditemukan di pesisir pantai.
Waktu yang paling tepat untuk memancing menggunakan teknik ini adalah saat air bergerak pasang naik, kerana saat itulah ikan-ikan berenang mendekati pantai untuk mencari makan.
Teknik Jigging
Jigging dipercaya teknik memancing yang sudah ada sejak ribuan tahun lalu. Di mana saat itu nelayan mencuba untuk memancing ikan menggunakan umpan yang dibuat daripada timah atau logam lain yang kemudian dilemparkan ke dalam air dan kemudian ditarik dengan laju ke atas.
Biasanya teknik memancing seperti ini digunakan untuk memancing di kawasan terumbu karang dengan kedalaman 50-100 meter. Ketika memancing menggunakan teknik ini, jig tidak dihayunkan langsung ke spot yang disasarkan, melainkan dilemparkan dan dibiarkan meluncur hingga ke dasar laut secepat mungkin baru kemudian menggulung reel dengan cepat sambil disentak-sentakan. Ia dilakukan agar umpan tersebut bergerak seperti ikan yang menuju ke atas sehingga ikan sasaran mahu menyambarnya.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Sebagaimana manusia yang tidak akan membuat rumah di tengah jalanraya, begitu jugalah dengan ikan. Untuk mencari ikan ikan di tengah-tengah laluan sungai tentu sukar. Berikut disenaraikan beberapa panduan atau tip mencari lubuk ikan di sistem sungai.
Carilah kawasan yang banyak reba pohon tumbang ke dalam sungai. Lazimnya ikan gemar bermain di kawasan berstruktur seperti ini untuk menghendap mangsa.
Carilah kawasan-kawasan yang ditumbuhi pohon rendang dan buahnya boleh dimakan oleh ikan. Kawasan pohon rendang seperti pokok ara kerana kebiasaannya ada ikan seperti patin yang menanti buah-buahan gugur dari pokok.
Carilah kawasan tunggul kayu yang biasanya tegak di tengah-tengah sungai. Ikan kelah dikatakan amat gemar bermain arus pada tempat begini sambil menangkap buih-buih yang terhasil daripada kesan arus yang “membelah” tunggul tersebut.
Carilah kawasan yang dalam dan airnya kelihatan agak gelap. Ikan gemarkan tempat dalam kerana arusnya tidak terlalu laju berbanding kawasan cetek.
Carilah kawasan arus yang mengalir agak perlahan atau lambat dan terdapat air yang berpusar. Ia agak sukar untuk dikesan tetapi sekiranya ditemui jarang menghampakan.
Carilah kawasan air berpusar membawa makanan masuk ke dalam air dan sudah pasti ada ikan menanti di kawasan seperti ini.
Carilah kawasan yang dilitupi atau ditumbuhi hidupan air seperti kangkung, teratai. Ia merupakan kawasan persembunyian ikan untuk menghendap mangsa.
Carilah kawasan rumpun buluh yang menganjur ke dalam sungai. Ikan-ikan seperti lampam dan kelah amat gemar memakan ulat buluh yang terjatuh ke dalam sungai.
Carilah kawasan yang mempunyai timbunan sampah yang tersekat di dalam sungai. Ikan keli dan kaloi amat gemar lokasi yang sebegini.
Carilah kawasan tebing yang kelihatan berlubang-lubang pada musim kemarau. Ikan baung biasanya bersembunyi di dalam lubang-lubang tersebut pada musim air kering dan akan keluar apabila air besar.
Carilah kawasan tepi jambatan, jeti, sangkar ikan atau empangan. Ikan gemar bermain di kawasan seperti ini sekaligus mengundang ikan pemangsa lain.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Kreh knot merupakan salah satu contoh ikatan bagi menghubungkan perambut dengan terminal tackle seperti gewang tanpa menggunakan klip atau kili. Ia merupakan ikatan terbaik jika anda menggunakan tali mono untuk mengilat.
Sekiranya anda menggunakan tali sulam sebagai tali utama yang disambung dengan leader, ia agak kurang praktikal kerana akan menyebabkan leader menjadi semakin pendek apabila perlu dipotong untuk menukar gewang.
Tutorial 1
Buatkan satu simpulan biasa kira-kira sejengkal dari hujung tali. Bulatan simpulan ini jadikan kecil saja dan tak perlu diketatkan.
Tutorial 2
Masukkan hujung tali ke dalam ring gewang atau eye mata kail. Biarkan ring gewang mengenai simpulan yang hasilkan tadi.
Tutorial 3
Hujung tali yang memasuki ring gewang itu kemudiannya dimasukkan pula ke dalam simpulan yang dihasilkan tadi.
Tutorial 4
Bahagian hujung tali itu kemudiannya dililitkan pada tali utama melepasi simpulan. Buat lilitan sekurang-kurangnya 3 hingga 5 kali. Jika tali perambut halus, sebaiknya 5 kali dan perambut kasar 3 kali sahaja.
Tutorial 5
Hujung tali itu kemudiannya dimasukkan kembali ke dalam gelung simpulan menuju ke arah gewang.
Tutorial 6
Kemudian tarik bahagian hujung tali dan pangkal tali bersama-sama. Dalam pada masa yang sama pastikan gelung yang dihasilkan di depan ring gewang tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar. Tujuan gelung di hadapan gewang ini adalah bagi membolehkan gewang beraksi dengan bebas.
Tutorial 7
Tutorial seterusnya adalah mengetatkan simpulan. Lepaskan bahagian hujung tali dan tarik bahagian pangkal tali serta badan gewang. Tarik sehingga simpulan betul-betul ketat.
Tutorial 8
Potong lebihan hujung tali dan ikatan kreh telah siap. Ikatan ini hampir menyamai beberapa ikatan yang seumpamanya. Ia hampir menyamai Rapala knot cuma berbeza sudut selitan hujung tali di dalam gelung. Namun kedua-dua sama-sama kuat ikatannya.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...