SOALAN:

 

Boleh tak admin beritahu teknik memancing ikan senangin dari segi teknik, panjang perambut, mata kail kerana ikan ini mencari makan di pertengahan air dan apakah umpan terbaik memancing senangin.

 

JAWAPAN:

IKLAN

 

Admin agak jarang memancing spesies senangin ini secara khusus atau mengadakan trip memancing khusus menyasarkan ikan ini. Walau pernah berjaya mendaratkan spesies ini melalui teknik pancingan biasa namun ia lebih kepada sasaran umum.

Oleh yang demikian admin cuba jawab berdasarkan teori yang diketahui.

 

IKLAN

Ikan senangin selalunya aktif pada masa air pasang surut serta bila arus laju, umpan yang sesuai adalah udang hidup, anak belanak, isi ikan parang (cabuk) dan isi ikan kembong.

Bagi tali perambut pula saya selalu menggunakan tali perambut 50 lb dari jenis tali florucarbon sepanjang 2 meter di mana mata kail jenis circle hook saiz no 2 atau 3 (bergantung pada besar umpan).

 

IKLAN

Tali perambut disambung ke tali utama dengan kili dan dipasang batu pemberat saiz no 3 atau 6 (bergantung pada arus) secara larian (running sinker) pada tali utama.

Apabila ikan menarik, anda perlu karau tali dengan perlahan sebab sekiranya sentap dengan kuat, bimbang mata kail jenis circle hook akan terlucut dari mulut.

 

Apabila melawan ikan senangin, anda perlu berjaga jaga kerana ikan senangin suka meluru ke hadapan jadi terpaksalah karau dengan kuat apabila ini berlaku. Tali pula mesti tegang sepanjang masa.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI