SOALAN:

Boleh tak admin jelaskan part pada bahagian joran yang mana perlu dijaga supaya joran boleh digunakan lebih lama?

 

JAWAPAN:

Sebenarnya, boleh dikatakan satu joran dari hujung hingga ke pangkal harus dijaga agar ia boleh digunakan untuk tempoh yang lebih lama.

Walau bagaimana pun kami huraikan bahagian-bahagian yang harus diberikan perhatian yang lebih.

 

 ➡ Cincin / guide

IKLAN

Terutamanya bahagian dalam cincin yang diperbuat daripada seramik kerana jika terdapat sedikit tekanan yang dikenakan ke atasnya ia mudah pecah.

Ini kerana sifat seramik itu sendiri yang keras tetapi rapuh.

Sementara bahagian cincin yang perlu diberikan perhatian ialah cincin hujung kerana ia merupakan tumpuan utama tali dikenakan ke atasnya.

 

 ➡ Tip

IKLAN

Lazimnya tip atau bahagian hujung joran yang paling banyak patah pada sesebatang joran kerana ia point atau titik yang paling lemah dalam pembinaan joran.

Namun insiden di luar memancing lebih kerap mematahkan tip ini berbanding ketika sedang memancing seperti patah ketika sedang menyimpan di dalam sarung, patah akibat terpijak, terhimpit atau tersepit pada pintu kereta.

 

 ➡ Epoksi

Gam atau varnis dan ikatan benang perlu bergabung antara satu sama umpama ikan dan air.

IKLAN

Jika epoksi terkopek, ikatan benang akan terdedah dan mudah luka sekaligus menyebabkan ia mudah putus.

 

 ➡ Penyambung joran

Ia berlaku kepada joran bersambung atau 2 pieces terutamanya joran yang diperbuat daripada fibre glass atau gentian kaca.

Penyambung joran gentian kaca diperbuat daripada logam dan murah menggerutu akibat proses pengoksidaan.

 

 ➡ Pemegang joran

Ia tidak mudah rosak tetapi terdedah kepada kerosakan kerana ramai pemancing yang gemar mencucuk mata kail pada pemegang joran. Selain itu ia juga perlu dibersihkan selalu agar tidak menjadi serangan kepada lipas.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI