Ads

Korang Tanya UMPAN Jawab (S2S20) : Kenapa Buntal Suka Gigit Tali? *

SOALAN: Saya sering memancing di laut dan saya selalu berdepan masalah dengan ikan buntal yang sering memotong tali pancing saya. Admin ada sebarang tip bagi mengelakkan ikan buntal memotong tali pancing?

 

JAWAPAN: Jika disenaraikan musuh-musuh pemancing maka ikan buntal akan tersenarai sebagai musuh nombor satu pemancing. Bagaikan ada sumpahan antara pemancing dengan ikan buntal, gangguan ini tidak pernah terhenti sehingga kini.

Ads

 

Ikan buntal merupakan spesies ikan yang saya amat memeningkan kepala penulis. Sehingga sekarang saya masih mencari sebab utama kenapa yang dia suka sanggat memotong tali pancing. Adakah disebabkan oleh warna tali pancing, gerakkannya di dalam air atau disebabkan bunyi yang dihasilkannya.

Ads

 

Walau bagaimana pun hanya satu cara sahaja untuk mengelakkan ini berlaku iaitu menggunakan tali pancing dari jenis tali sulam (braided). Setakat ini sejak saya menggunakan tali jenis ini kurang juga ia menggigitnya.

Ads

 

Ketika saya memancing di kuala dan muara sungai sama ada memancing ikan atau udang galah, sememangnya kerap berlaku adegan tali pancing (tali tangsi atau mono) dipotong begitu sahaja tanpa sebab. Namun apabila menggantikan tali tangsi dengan tali sulam, perkara tersebut tidak lagi berlaku.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan tip memancing, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Tak Kumpau Punya!

Buat Perkara Ini Jika Hujan Ketika Mancing

 Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...