Untuk memancing ikan-ikan sasaran sebagaimana yang dinyatakan, saya mencadangkan anda gunakan perambut dari jenis fluorocarbon berkuatan 30lb sepanjang 1 hingga 1.5 depa dan mata kail saiz 1/0- 2/0.
Umpan pula saya lebih sarankan udang hidup dan juga perumpun.
Namun, untuk memancing sasaran utama muara seperti siakap, saya menggalakan anda guna perambut dupont 30lb sepanjang satu depa dengan mata kail 2/0.
Ads
Umpan pula udang hidup atau ikan hidup. Sekiranya menggunakan umpan ikan hidup, sebaiknya ikan itu dicangkuk pada bahagian tengkuk ikan.
Sekiranya menggunakan udang hidup pula, cangkuklah pada bahagian ekor. Dan jika ingin menggunakan umpan ikan tamban segar, sebaiknya potonglah bahagian sirip ekor dan cangkuklah pada bahagian batang ekor.
Ads
Perambut dupont sangat sesuai untuk pancingan siakap kerana profil permukaan perambut itu keras dan kuat tanpa perlu menggunakan perambut dawai atau wayar.
Berbanding perambut fluorocarbon pula ia lebih elastik yang membolehkan umpan hidup bergerak lebih bebas dan tahan lama.
Ads
Kalau untuk pancingan semasa air berarus pula, amat disyorkan menggunakan teknik langsung tanpa pelampung. Sekiranya tiada arus barulah gunakan pelampung.
Namun, jika anda rajin bolehlah gunakan teknik casting. Teknik casting sebenarnya lebih mencabar dan menyeronokan bagi pancingan siakap.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Ikan tenggiri merupakan spesies pelagik paling bernilai yang boleh dipancing dengan pelbagai cara. Salah satu metode atau kaedah pancing yang paling popular masa kini ialah jigging. Teknik jigging yang paling berkesan adalah teknik speed jigging.
Untuk berjaya memperoleh hasil terutamanya ikan sasaran utama seperti tenggiri, dengan mempraktikkan teknik speed jigging, beberapa perkara harus dipertimbang dan dikaji.
Pertama sekali, kita harus memahami serba sedikit info berkenaan spesies sasaran. Ikan tenggiri adalah jenis ikan berenang laju (purata kelajuan 70 km/j) dan tabiat makan secara menyambar.
Oleh yang demikian umpan (jig) yang digunakan haruslah digayakan dengan kelajuan yang sesuai untuk menarik perhatian tenggiri serta mahu menyambarnya. Begitu juga jenis mata kail yang sepadan untuk tabiat ikan yang makan secara menyambar.
Setup Peralatan
Kekili
Bagi saya untuk mencari tenggiri dengan lebih efektif ialah pastikan peralatan memancing itu tepat. Penggunaan kekili berkelajuan tinggi adalah satu kemestian. Pilih kekili saiz sederhana (3000-6000) yang mampu memuatkan tali sehingga 200 meter.
Joran
Pilih joran yang ringan tetapi berupaya menggayakan jig sehingga berat 100 gm dengan sempurna. Joran yang berat atau aksi perlahan hanya menyebabkan anda keletihan sebelum sempat merasa tarikan tenggiri yang diburu. Ini penting bagi mengelakkan penggunaan tenaga yang berlebihan sepanjang berjigging.
Jig
Manakala jig yang mempunyai warna asas perak berkilau, berat 40-80 gm menjadi pilihan kebanyakan pemancing memburu tenggiri.
Tali utama
Sementara tali utama memadai tali sulam berkekuatan 15-40 lb dengan leader 20-40 lb. Assist hook pula WAJIB daripada dari dawai atau kevlar steel. Untuk insuran tambahan bolehlah menggunakan perambut dawai sepanjang 2-3 inci. Walau bagaimana perambut dawai ini hanya sesuai tatkala ikan frenzy membaham jig, air sedikit keruh dan waktu malam.
Gaya persembahan
Boleh dikatakan hampir kesemua pemancing bersetuju bahawa jig perlu dikarau dengan selaju yang mampu untuk menerima sambaran. Saya bersetuju untuk tidak bersetuju.
Pada saya, tahap kelajuan mengarau jig bergantung pada jenis kekili yang digunakan. Sekiranya menggunakan kekili ratio sederhana, sememangnya perlu dikarau selaju mungkin.
Namun, jika menggunakan kekili ratio tinggi (melebihi 7:1) maka tidaklah perlu mengarau seperti orang kena rasuk.
Jika terlalu laju sehingga mengatasi kelajuan tenggiri itu sendiri sebenarnya tidak membantu juga. Banyak keputusan berakhir dengan perambut putus gara-gara tenggiri gagal menyambar tepat pada jig. Gaya terbaik adalah dengan cara karau stop and go.
Karau dengan kelajuan sepadan dan berhenti untuk beberapa saat sebelum meneruskan kayuhan. Ketika stop and go ini sebenarnya peratusan strike adalah lebih tinggi.
Selain itu faktor stamina juga sangat perlu dititikberatkan bagi semua pemancing. Alangkah ruginya ketika berehat panjang akibat kepenatan, tatkala itulah tenggiri baru aktif membaham jig.
Malas nak ke kedai pancing? Apa susah, korang boleh beli barang pancing secara online. Pilih saja apa barang yang korang nak. Begitu jugak kalau korang nak jual barang pancing. Lagi dengan secara online. Tapi sebelum tu elok juga korang buat homework dulu sebelum jual barang pancing ni.
Identiti Penjual
Kenal pasti dahulu maklumat si penjual. Sama ada dia aktif membuat jualan online. Kalau tak aktif, abaikan saja. Tapi yang penting, pastikan dulu dia menjual barangan pancing, bukannya barang dapur atau barangan kecantikan.
Rekod Jualan
Sekiranya dia betul-betul penjual barangan pancing, periksa juga status rekod jualannya. Semak komen-komen dari rekod jualannya. Kalau banyak yang negatif dari yang positif, elok abaikan saja.
Semak harga
Kenal pasti nilai sebenar barangan tersebut di pasaran sebenar. Tanya pada rakan yang arif. Kalau mahal sangat, baik beli yang baru. Melainkan barangan tersebut antik, rare atau limited edition.
Minta kurang
Jangan segan untuk membuat tawaran harga yang berpatutan. Sebagai pembeli kita berhak untuk meminta pengurangan harga walaupun sepuluh sen. Tapi jangan pula minta kurang melampau sangat.
Info produk
Sebagai penjual pula, sebaiknya serta maklumat barangan yang ingin dijual dengan lengkap dan pelbagaikan sudut foto barangan yang ingin dijual. Jangan sesekali guna gambar carian dari Google!
Jujur
Jujur memberitahu apakah ada kerosakan kecil, calar pada item yang ingin dijual. Terutamanya bahagian dalam kekili. Nyatakan dengan jujur kondisi barang jangan sekadar hanya tulis saja.
Komunikasi
Dalam komunikasi melalui media sosial, mestilah telus. Kalau pembeli lebih banyak cakap merapu berbanding urusan niaga baik tak payah layan. Terlalu banyak komen yang meraban akan menjejaskan reputasi anda.
Keterangan produk
Pos barangan dengan teliti. Sebaiknya jangan isytihar secara detail apakah barang yang di pos pada slip pos laju. Maklum sajalah barangan pancing bukan murah harganya.
COD
Jika boleh, sebaiknya lakukan jual beli secara COD. Ia lebih baik bagi kedua-dua belah pihak. Selagi boleh berurusan secara begini, lakukan saja.
Sesuatu yang positif dalam industri perikanan rekreasi kini sudah ramai di kalangan pemancing tanah air kita mulai sedar tentang kepentingan memelihara populasi ikan (ikan natif atau ikan asal bukannya ikan alien atau ikan pendatang) yang semakin berkurangan di negara kita dengan mempraktikkan kaedah tangkap & lepas atau catch & release (CnR).
Malangnya tidak semua dari kalangan kita memahami teknik berkenaan dengan cara yang betul. Adakalanya melepaskan ikan kelihatan seperti agak mudah iaitu dengan menanggalkan mata kail terus dari mulut ikan dan terus dilepaskan ke dalam air lalu ia berenang dengan bebasnya.
Malah ikan juga tidak menunggu kita untuk dirinya dibebaskan, sebaliknya ia akan meronta-ronta dengan meliang liuk untuk membebaskan dirinya.
Kita sering beranggapan, pertarungan terutama ikan game fishing memberikan suatu cabaran dan keseronokan tak terhingga kepada kita, tetapi tidak sebenarnya kepada ikan. Ia bertarung untuk terus hidup. Oleh kerana separuh dari nyawanya telah hilang di dalam pertarungan.
Jika ikan tersebut kita pilih untuk konsep tangkap dan lepas (kecuali untuk tangkap dan makan), kita sebenarnya tidak boleh melepaskannya ke dalam air begitu sahaja sebelum dirawat dan dipulihkan terlebih dahulu.
Sekiranya kita membebaskannya serta merta, ikan tersebut akan berenang lemah secara terbalik atau mengiring. Kemungkinan besar ikan tersebut menunggu masa menemui ajal. Alangkah sayangnya, jika ikan itu adalah ikan layaran atau toman besar.
Jadi beberapa panduan di bawah dari pelbagai sumber rujukan sama ada internet atau telah diterjemahkan dari rujukan luar negara diharap dapat memberi manfaat serta boleh dijadikan panduan dan pedoman kepada kita semua.
Setting Peralatan Pancing
Gunalah tali pancing yang telah diuji ketahanannya bagi membolehkan hasil tangkapan didaratkan dengan mudah dan dan dalam tempoh segera.
Ikan yang dipancing dengan menggunakan fly atau lure lebih berpeluang tinggi untuk terus hidup berbanding penggunaan umpan hidup.
Sesuaikan mata kail dengan saiz sesetengah spesies seperti ikan layaran, mata kail jenis circle hook perlu digunakan dan bukannya mata kail jenis biasa (J hook). Paling baik, patahkan duri pandan agar mata kail lebih mudah ditanggalkan dari mulut ikan (barbless).
Sentiasa mendaratkan hasil tangkapan tanpa mengira saiz dengan menggunakan tangguk dan tangguk yang paling mesra ikan ialah tangguk berjaring tangsi atau plastik.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...