SOALAN:

Bagaimana caranya untuk menentukan waktu dan tarikh terbaik memancing di laut dalam?

Walaupun sudah merujuk jadual air pasang atau surut, mengikut kalendar Islam atau sebagainya tetapi saya masih tidak faham untuk menentukan tarikh yang sesuai.

 

JAWAPAN:

Kalau kita faham mengenai sistem peredaran bulan yang berkait dengan kalendar Islam, secara tidak langsung kita akan memahami bila berlaku air besar dan air mati.

Ad 😭

Persoalan tentang air besar dan air mati ini juga sebenarnya sudah diperkatakan dalam portal ini.

 

Apa yang boleh saya simpulkan disini, jika kita membuat sedikit rumusan berdasarkan sesi memancing yang dilakukan setiap hari, bahawa bukan ketika arus perlahan, arus lemah

atau air mati saja kita boleh memancing tetapi ketika air besar pun kadang-kadang hasil pancingan adalah lebih baik.

Ad 😭

 

Bezanya, ketika air besar untuk kaki pancing dasar aktiviti agak terbatas kerana faktor arus yang laju.

Walau bagaimana pun ketika ini masih ada aplikasi lain yang boleh dipraktikkan seperti trolling, jigging, casting dan popping amat berkesan dipraktikkan.

 

Ad 😭

Jadual pasang surut pula digunakan untuk mengisyaratkan diri sendiri mengenai masa pertukaran arus yang bakal berlaku kerana ini masa terbaik berjaga ketika ikan mula aktif.

Selain itu, cara terbaik ialah merujuk kepada tekong kerana mereka pasti mengetahui pergerakan arus dengan lebih baik berbanding pemancing yang sekali sekala keluar memancing.

 

Dan kalau mengikut jadual memancing seorang pemancing tegar laut dalam, pada waktu air besar mereka akan buat program memancing di Pantai Timur dan ketika air mati mereka merancang memancing di sebelah Pantai Barat.

 

Ini bertujuan mengelakkan masalah arus laut terlalu deras. Namun bagi seorang jigger kental, setiap hari adalah sesuai untuk memancing tanpa mengira jenis arus.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI