Sekiranya kita memancing spesies bersisik seperti kerapu, jenahak dan kerapu di sesuatu lubuk, di bahagian manakah yang terbaik untuk dilabuhkan umpan? Sama ada di bahagian depan, tengah atau di belakang lubuk?
JAWAPAN:
Jika kita memancing di kawasan lubuk (kawah, lubang, kapal karam atau tukun) sasaran melabuh umpan terbaik adalah di dalam lubuk di mana tempat ikan selalu berkumpul di dasarnya.
Ads
Lubuk begini lazimnya lubuk kawah atau lubang yang tiada hadangan di tengah-tengah lubuk.
Namun berbeza jika kita memancing di lubuk yang mana di tengah lubuk terdapat reba, tukun atau kapal karam.
Ads
Sudah tentu jika kita melabuhkan umpan di tengah lubuk maka umpan, mata kail dan ladung akan turut sama menjadi tukun.
Jika kita memancing di lubuk sebegini maka sasaran terbaik melabuhkan umpan adalah di bahagian hadapan lubuk.
Ads
Seperkara lain lazimnya, ikan-ikan besar sering berada di hadapan dan dalam tukun untuk melakukan serang hendap dan sebagainya.
Lokasi pilihan lain ialah bahagian sisi lubuk sama ada di sebelah kiri atau kanan sisi lubuk. Jangan berada di belakang lubuk kerana kawasan ini terlalu jauh dari zon serangan ikan bersisik.
Kebiasaannya ikan bersisik akan menyerang mangsa dari dalam dan belakang lubuk dengan menerpa arah hadapan di mana terdapat sumber makanan seperti anak ikan yang datang mengikut arus di hadapan lubuk.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Suatu ketika dahulu saya pernah mendengar tentang kewujudan tali perambut halimunan yang dinamakan `perambut hantu’ tetapi kini sudah tidak kedengaran lagi. Boleh tak admin jelaskan apa yang dimaksudkan dengan perambut hantu?
JAWAPAN:
Perambut hantu ini sebenarnya ialah perambut fluorocarbon yang banyak digunakan masa kini. Pada awal pengeluaran perambut ini suatu ketika dahulu terdapat dua jenama yang popular iaitu Fluorocarbon Invisible Line dari jenama Sufix dan Berkley Vanish.
Mungkin ramai yang tidak mengetahui kewujudan tali perambut ini pada waktu itu kerana perambut ini kerana harganya terlalu mahal. Ia telah terbukti penggunaannya sangat effective terutamanya semasa keadaan air yang jernih.
Walaupun ikan tidak sekolah tetapi ia tidak akan makan umpan kalau nampak tali perambut berbeza dari warna air. Bila keadaan ini berlaku penggunaan perambut hantu sangat berkesan.
Walaupun air tak berapa jernih namun dibandingkan dengan pancing yang gunakan perambut biasa ia lebih berkesan. Walau pun harganya mahal namun hasilnya berbaloi.
Kalau nak dibandingkan antara Sufix dengan Berkley varnish, bagi saya Sufix lagi baik tapi pastikan yang ada tertera gambar hantu kerana brand ini kalau sudah kerinting masih boleh dipakai.
Caranya dengan menarik kedua dua hujung dengan kuat, ia akan lurus kembali. Jadi kita boleh jimatkan kos untuk leader line.
Tapi kini sudah banyak terdapat brand yang mengeluarkan fluorocarbon tetapi yang tertipu dengan label kerana ada sesetengahnya tertulis 100% fluorocarbon tetapi sebenarnya tidak.
Salam admin… saya masih baru lagi dalam hobi memancing. Jadi, saya nak tau bagaimana hendak memastikan kekuatan aksi pada setiap joran? Senang sikit nak beli rod.
JAWAPAN:
Setiap rod atau joran pancing biasanya akan dicatatkan aksi dan kekuatannya oleh pengilang. Oleh boleh dilihat daripada nombor kekuatan yang diberikan, kita boleh mengagak jenis aksi joran terbabit.
Contoh, jika joran memaparkan kekuatan 20Ib-30Ib maknanya kekuatan joran adalah dari 20lb di bahagian hujung (tip) hingga maksimum 30lb di pangkal joran.
Kalau perbezaan kekuatan tidak ketara antara 20lb hingga 30lb, joran ini adalah joran aksi perlahan dengan lenturan parabolik. Sebaliknya, jika kekuatan dipaparkan ialah 8Ib – 30Ib maknanya joran ini adalah aksi cepat dengan lenturan tertumpu di bahagian hujung terlebih dulu.
Semakin besar jurang perbezaan kekuatan yang dipamerkan pada sebatang joran bermakna joran berkenaan memiliki aksi cepat dan sebaliknya. Aksi ‘ultralight’ pula merujuk kepada joran kecil seperti joran udang yang kekuatannya daripada 2lb hingga 8lb Status ‘heavy action’ pula merujuk kepada joran berkekuatan melebihi 80lb atau minimum aksi hujung dengan 50lb.
First time saya nak mancing kat rumah rakit ni. Jadi, boleh tak admin bagi sedikit tips umpan yang terbaik yang saya nak guna nanti? Terima kasih admin.
JAWAPAN:
Terlebih dahulu admin ucapkan tahniah kerana anda meluaskan wilayah padang pancing. Seperkara yang harus diingati, pancingan di rumah rakit atau kelong lebih berkonsep pancingan santai. Oleh yang demikian, anda haruslah bersedia sekiranya tiada tangkapan istimewa yang diperolehi. Malah berkemungkinan besar langsung tiada hasil.
Tidak dinafikan umpan memancing merupakan salah satu daripada faktor penting bagi kejayaan memancing di rumah rakit. Selain itu, faktor pasang surut dan pergerakan arus juga perlu diambil kira untuk memperoleh hasil yang baik. Jika sekadar ingin bersantai, faktor ini tidaklah perlu diambil kira.
Biasanya waktu air pasang besar merupakan tempoh terbaik untuk memancing di rumah rakit. Terutamanya rumah rakit yang terletak agak ke dalam sungai berjauhan dari muara atau kuala. Waktu ini ikan-ikan besar dari laut gemar memasuki sungai hingga ke sempadan air payau.
Umpan yang paling biasa digunakan bagi pancingan muara ialah semua jenis ruat atau umpun-umpun. Selain itu, sebaiknya anda bawa juga umpan udang hidup dan udang mati. Udang hidup merupakan umpan paling baik jika sungai di rumah rakit tersebut dihuni siakap, jenahak, tetanda atau sembilang.
Anda juga boleh bawa umpan lain berbentuk hidupan muara. Namun memadai jika membawa udang hidup dan perumpun.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...