Selain daripada menggunakan teknik casting dan pelampung, adakah ikan siakap boleh dipancing menggunakan teknik pancingan dasar?
Ads
JAWAPAN:
Ada banyak teknik untuk memancing ikan siakap seperti mengelau, menunda serta memancing dasar. ‘Mengelau’ merupakan satu cara mengail ikan dengan mengocak atau menggedik umpan di atas permukaan air dari tebing sungai sambil berjalan perlahan-lahan atau dengan cara menaiki sampan dan bergerak sampan dengan perlahan. Cara ini adalah cari tradisi orang dulu memancing untuk ikan siakap, haruan, toman dan banyak lagi ikan yang menyambar.
Ads
Menunda dari bot atau sampan juga boleh di laksanakan untuk memancing ikan siakap. Bot di gerakkan perlahan lahan lebih kurang 3 – 4 knot dengan menggunakan umpan segar atau umpan tiruan. Memancing dasar juga boleh digunakan dengan penggunaan umpan segar seperti udang atau ikan.
Pada pertengahan Februari dua tahun kita dikejutkan dengan penemuan hidupan laut yang mengejutkan. Obor-obor beracun yang dikenali sebagai portuguese man o’ war (physalia cnidaria) ditemui terdampar di Pantai Pulau Kekabu, Marang oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Marang ketika sedang menjalani Latihan Penyelamat Pantai APM.
Pengarah Perikanan Terengganu, Zawawi Ali berkata, hidupan laut dalam spesies obor-obor yang dikategorikan dalam filum cnidaria itu mempunyai ribuan sel penyengat berbisa.
“Physalia adalah haiwan yang dikategorikan dalam filum cnidaria bersama-sama obor-obor di mana ia tidak boleh berenang dan bergantung kepada arus.
“Haiwan ini mempunyai ribuan sel penyengat yang boleh menyebabkan rasa sakit melampau jika terkena pada badan,” katanya.
Beliau berkata, haiwan tersebut biasanya ditemui di Lautan Pasifik, namun sejak kebelakangan ini ia turut dikesan di perairan Thailand, Kuantan, Pulau Tioman dan Sabah.
“Sekiranya hidupan ini ada ditemui di Marang dan Setiu, bermakna di perairan Kuala Terengganu pun berkemungkinan ada spesies haiwan yang sama,” katanya.
Sekali pandang, objek yang kelihatan berwarna keungu-unguan ini kelihatan comel dan tidak berbahaya. Namun, sekiranya disentuh, hospital merupakan destinasi pertama anda selepas itu.
Dikenali sebagai Portuguese Man-Of-War. Ia tergolong dalam keluarga obor-obor yang mempunyai sesungut dan mempunyai sebanyak 30 kaki.
Sebenarnya, haiwan ini amat berbahaya sehingga boleh mengundang maut! Ia lebih berbahaya daripada obor-obor. Sudah banyak tanda-tanda amaran yang telah diletakkan di pantai untuk mengelakkan anda daripada memegang mahupun memijak haiwan ini.
Walaupun haiwan ini cantik, bersinar dan lembut, jika anda terkena sengatan Man-Of-War ini, ia boleh menyebabkan badan anda mengeluarkan bintik-bintik merah, lumpuh dan akhir sekali menjurus kepada kematian.
Sekiranya anda telah disengat oleh haiwan ini, jangan buang air di kawasan pantai berkenaan kerana ia akan membuat keadaan anda lebih teruk. Anda dinasihati supaya bergegas ke klinik atau dapatkan rawatan secepat mungkin sejurus terkena sengatan haiwan ini.
Maklumkan juga pada keluarga dan rakan sekiranya mereka melihat gelembung ungu mahupun biru terapung di perairan laut semasa mereka berada di pantai kerana ia adalah haiwan yang sama.
Jangan ambil ikan melebihi keperluan. Pilih yang bersaiz majoriti sekadar untuk dimakan, lepaskan selebihnya.
Lepaskan ikan besar untuk menjaga warisan genetik.
Lepaskan ikan induk untuk membiak.
Amalkan kaedah yang betul dalam C&R.
Fahami bahawa ikan adalah spesis yang sangat rapuh.
Tangkap dan lepas wajib dijadikan amalan bagi setiap pemancing rekreasi.
Ikan-ikan terancam di Malaysia
Air tawar: Kelisa, temoleh, toman bunga, jengkua, kelah (kecuali di Taman Negara), jelawat liar, patin liar seperti patin muncung, kenerak, begahak, sikang.
Air masin: Semua ikan berparuh seperti layaran dan marlin, ikan yu besar, kerapu bara (coral trout).
Jangan mencemar atau merosakkan
Lupus sampah, tali, umpan dan perkakas pancing lain dengan sempurna; recycle jika mampu.
Pencemaran merosakkan habitat ikan dan menjadikan persekitaran kurang menyeronokkan. Sedikit pencemaran mampu mencetus perbezaan yang besar.
Perlu diingat bahawa kita bukan nelayan. Pertimbangkan keselamatan pemancing lain disekeliling dan juga diri sendiri. Jangan biarkan orang lain bimbang sedangkan kita berseronok.
Patuhi undang-undang memancing dan pengendalian bot.
Percaya bahawa peraturan adalah untuk keselamatan kita dan untuk memastikan kesejahteraan sumber.
Jangan mengganggu keselesaan pemancing. Sentiasa menjaga nilai persahabatan. Hormati barangan milik pemancing.
Jika hak dihormati, memancing akan menjadi lebih seronok.
Hormati hak pemilik properti.
Termasuk nelayan.
Jangan menceroboh.
Mohon kebenaran, jika perlu.
Kawasan memancing biasanya ditutup bila hak milik persendirian tidak dihormati.
Imej pemancing terletak ditangan setiap pemancing.
Membantu pemancing lain menjadikan anda pemancing yang lebih baik. Lebih keseronokkan untuk semua orang.
Belajar dan tingkatkan skill. Bersedia menjadi pelabur.
Elakkan dari menjadi agen penyebar spesies asing
Biodiversiti aturan Tuhan adalah paling sempurna.
Berhati-hati menggunakan umpan hidup dari spesies yang tidak wujud dalam sistem semulajadi kawasan pancingan.
Spesies asing di perairan negara.
Cichlids: flowerhorns, peacock bass, jaguar cichlids, tilapia bunga, semua jenis dari keluarga tilapia.
Kap: Kap rumput (tongsan sisik kasar), leekoh, kap kepala besar (tongsan sisik halus), kap perak, rohu.
Boleh dianggap sebagai umpan terbaik bagi pancingan pantai atau pesisir. Sekiranya ingin memancing siakap, pari, kerapu atau jenahak maka jangan lupakan ikan belanak ini. Selain digunakan sebagai umpan hidup, belanak juga boleh digunakan secara hirisan isi ikan. Isinya yang agak pejal dan kulit yang liat membolehkan ia bertahan dengan baik pada mata kail sehingga dimakan ikan.
Ikan Bilis
Sama ada dalam keadaan hidup atau sudah mati tetapi dalam keadaan segar, ikan bilis merupakan ikan yang sangat berkesan untuk dijadikan umpan. Berikutan sukar untuk memperolehinya, ikan bilis hidup lebih banyak digunakan bagi pancingan di kelong. Sekiranya anda berjaya apollo ikan bilis ini, maka cerahlah peluang anda untuk strike ikan gred A.
Ikan Tamban
Umpan yang sangat berharga jika digunakan ketika ia masih hidup. Apa saja ikan pelagik atau pemangsa seperti tenggiri, talang, senangin atau jenahak jarang melihat saja umpan tamban melintas di depan matanya. Malah ikan pemangsa bersaiz besar seperti ikan layaran turut menggemari aksi tamban hidup ini. Hirisan isinya juga sesuai digunakan sebagai umpan.
Ikan Pelaling
Ramai yang berasa sayang untuk menggunakan umpan ini ketika ia masih hidup. Tetapi jika inginkan strike dari layaran, tenggiri atau barracuda maka cangkuklah ikan kembung ini pada mata kail. Selain digunakan sebagai umpan hidup, kembung juga boleh digunakan dalam keadaan segar dalam bentuk seekor mahupun secara hirisan. Keluarga ikan kembung yang lain seperti pelaling juga sangat efektif.
Ikan Selayang
Ikan selayang atau sardin merupakan antara umpan hidup yang popular di perairan Laut China Selatan. Ramai pemancing yang percaya jika memperolehnya hidup-hidup maka berpeluang cerah untuk mendapatkan ikan pemangsa. Malah jika digunakan ketika ia masih segar ia turut berpeluang untuk memikat kerapu, merah, aruan tasik dan lain-lain lagi.
Ikan Tongkol
Umpan yang sinonim untuk pancingan laut dalam bagi memburu ikan-ikan monster seperti ruby snapper, kertang, yu kemejan dan lain-lain lagi. Ikan tongkol sememangnya umpan yang sangat berkesan berikutan memiliki darah yang banyak, struktur daging yang pejal dan kulit yang sangat liat. Selain digunakan dalam bentuk hirisan, ia juga sesuai digunakan seekor untuk memburu ikan monster.
Ikan Cabuk
Ikan parang atau lebih popular dengan nama cabuk agak kurang digunakan sebagai umpan oleh pemancing masa kini. Ikan parang yang manis isinya ini cukup digemari oleh kebanyakan ikan seperti tenggiri, ebek, malong, pari dan lain-lain lagi. Selain digunakan secara potongan atau hirisan,ia juga digunakan dalam bentuk seekor khususnya untuk menjerat tenggiri.
Ikan Selar
Ikan selar (terutamanya selar kuning) merupakan ikan pelagik yang wajib dipancing di kawasan unjam sebagai persediaan umpan hidup untuk memancing. Berbanding ikan tamban atau kembung, ikan selar lebih berdaya tahan apabila dijadikan umpan. Namun apabila sudah mati di mata kail, ia kurang berkesan untuk dijadikan umpan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...