Korang Tanya Umpan Jawab – Perlu Ke Tukar Mata Tiga Gewang Ori??

Share

 

Secara mudah, untuk mengelakkan dari pelbagai kemusykilan, hampir keseluruhan gewang atau umpan tiruan yang terjual di pasaran sudah siap 100% untuk digunakan.

Ia umpama membeli kereta juga. Kereta tersebut sudah boleh dipandu. Namun jika kita ingin menukar tayar atau sport rim, ia terpulang kepada kita tanpa sebarang persoalan.

 

Begitu juga kalau kita ingin menukar mata tiga pada gewang dengan mata tunggal. Ia tentu saja boleh dilakukan kerana ia bukanlah satu kesalahan. Persoalannya cuma, perlu ke tukar mata tiga tersebut dengan mata tunggal?

 

Secara logiknya, ramai mengatakan penggunaan mata tiga meningkatkan peratusan untuk hook-up. Saya tidak menafikannya, namun secara peribadi saya lebih memilih untuk
menggunakan mata tunggal.

 

Antara sebabnya ialah, jika penggunaan mata tiga mempunyai peratus hook-up sebanyak 3 kali, maka peratus untuk tersangkut juga meningkat 3 kali terutama gewang selaman dalam.

 

Selain itu, mata tiga juga sering kali terjadi foul-hook di mana keadaan ini akan mencederakan ikan. Seterusnya ketika membuka mata tiga daripada ikan, kemungkinan untuk anda cedera juga agak tinggi berbanding mata tunggal.

 

Jadi, anda boleh menukar mata gewang anda kepada mata tunggal kerana saya tidak melihat menukar kepada mata tunggal merupakan satu langkah ke belakang.

Tapi pastikan juga mata tunggal yang digunakan itu lebih kukuh berbanding mata tiga yang disediakan tersebut.

IKLAN