SOALAN: Saya suka makan ikan keli dan patin. Masalahnya saya ada terdengar (tak tahu betul atau tidak) ada sesetengah penternak ikan keli dan patin ni diberi makan bangkai daging khinzir. Jadi, apa hukumnya kalau kita makan ikan-ikan tu?

 

JAWAPAN:

Dalam menjawab soalan ini, isunya terkait hukum memakan haiwan Jallalah, yakni haiwan yang halal dimakan tetapi memakan najis, ialah makruh tanzih menurut pendapat muktamad dalam mazhab al-Syafie.

 

Perkataan ‘Jallalah’ pada asalnya merujuk kepada unta yang memakan tinja haiwan sehingga nyata bau busuk keluar daripada haiwan tersebut.

Namun hukumnya juga terpakai kepada haiwan-haiwan lain yang halal dimakan seperti lembu, kambing dan ayam.

 

Terdapat perbezaan pendapat dalam kalangan ulama mengenai bagaimana cara hendak mengenali haiwan Jallalah.

Sebahagian mereka berpendapat jika majoriti makanan haiwan berkenaan ialah najis maka ia diiktibar menjadi haiwan jallalah.

 

IKLAN

Manakala sebahagian lain termasuklah ulama mazhab Syafie, tidak mensyaratkan banyak atau sedikit, tetapi apabila zahirnya bau dan bau tengik atau busuk najis tersebut, seperti

bau tinja yang dimakan itu, daripada haiwan tersebut, atau berubah dagingnya, pada warna, bau dan rasa.

 

Korang Tanya Umpan Jawab – Hukum Makan Ikan Yang Diberi Makan Benda Kotor??

 

Fuqaha juga berselisih pendapat pada hukum memakannya. Sebahagian mereka menyatakan halal memakannya, sebahagian juga mengatakan haram memakannya.

Pendapat yang muktamad dalam mazhab al-Syafie ialah makruh tanzih. Ini berdasarkan hadis Ibn Umar r.a., yang bermaksud,

IKLAN

“Rasulullah SAW melarang daripada memakan haiwan Jallalah dan susu-susu daripada haiwan berkenaan.” – Hadis riwayat Imam Abu Daud.

 

Meskipun hadis berbentuk larangan, namun larangannya bersifat makruh tanzih kerana kuantiti najis itu tidak cukup banyak untuk mengubah daging itu, justeru ia tidak menjadi haram. Larangan ini juga mencakupi hukum bagi telur, contohnya telur ayam atau burung.

 

Para ulama juga berpendapat cara untuk menghilangkan hukum makruhnya ialah:

Dengan mengkuarantinkan haiwan Jallalah sehingga bau busuk itu hilang;

Dengan memberi makan makanan yang halal sehingga hilang baunya;

IKLAN

Mengkuarantinkan selama tiga hari atau lebih sehingga hilang baunya. Inilah pendapat dalam mazhab Hambali.

 

Justeru, melihat kepada keterangan di atas, ikan keli atau patin yang diberi makan daging adalah termasuk dalam kategori Jallalah jika zahir bau dan bau tengik daging babi tersebut.

 

Sebagai langkah berhati-hati dan keluar daripada khilaf, kami berpendapat agar dikuarantinkan ikan tersebut selama 3 hari sehingga hilang bau najis sebelum dimakan atau dijual.

(Sumber: muftiwp.gov.my)

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI